Si comel Haniis...
Esok hari Jumaat, bermakna genaplah seminggu Haniis bersama-sama kita. Alhamdulillah, dia semakin membesar, sihat dan sudah menampakkan karekternya yang tersendiri. Sedikit kekuningan tapi itu adatlah baby baru lahir. Insya-Allah tak lama lagi hilanglah tu...
Sudah seminggu jugaklah tugas-tugas memasak diambik-alih oleh Cik Abang... hehehe... lama sikitlah ya untuk keluar resipi masak-memasak. Selagi dia sanggup nak memasak, kita ambik cuti MC la...
Cik Abang ni boleh tahan jugak skill memasak dia. Cuma itulah... dapat rasa bila kita dalam berpantang aje. Budak-budak siap terkejut Babah diaorang pandai masak. Lepas ni bolehlah suruh diaorang usha-usha Babahnya untuk tunjuk skill kat dapur lagi.
Kalau orang kata air tangan seorang Ibu dan Isteri tu pengikat hati anak-anak dan Suami, apa bezanya dengan air tangan seorang Bapa dan Suami kepada anak-anak dan Isterinya? Malah mungkin lebih terasa keistimewaannya.
Yang ini pulak ialah sambal ikan bilis orang berpantang resipi Mak Mertua kita. Ikan bilis dicelur dengan air mendidih dulu dan kemudian ditumbuk bersama bawang merah, sedikit halia, lada hitam dan garam penambah rasa. Nampak sempoi aje tapi sangat sedap dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas yang baru ditanak.
Hati-hati... boleh bertambah-bertambah nasi bila dah pekena sambal ni...
Until later...
adoi! sedap lauk ikan bilis tu. hang boleh makan bilis masa pantang?
ReplyDeleteEntah... dah mak mertua aku kasi aku makan, aku makan ajelaa... hehehe...
ReplyDeleteLain tempat lain ikannya kot... kalau kat utara, org berpantang makan apa ek?
tak lain tak bukan, isi ikan talang kering di bakar dan di tumbuk dgn lada hitam... adoi la!!!
ReplyDeletesalam...tahniah daripada saya dan Jolly....mudah2an si ibu dan baby sihat2 hendaknya...amin...NORLIA ASMARA
ReplyDeleteAla comelnya si kenit tu tido ngan mulut ternganga...hehehe. Ni terasa nak ada baby ni...eh, TIDAK!! Tarik balik statement. Muahahahaa...
ReplyDeleteWei, apesal hang time pantang bleh makan benda sedap macam ni? Along dulu...asyik2 macam pindang ngan lada hitam. Muka pun macam lada hitam jugak dah..hahaha.
Terima kasih Norlia... syukur sangat rasanya bila baby dah lahir. Bila ditenung-tenung muka dia, macam tak percaya pun ada...
ReplyDeleteAlong, ikan masak pindang pun selalu jugak jadik lauk. Kita buat sambal ni sebab dah boring dgn pindang ler...