Monday, October 4, 2010

New Baby...


Memperkenalkan, ahli keluarga terbaru... Nur Haniis Binti Kamaruddin.

Telah selamat lahir pada jam 4.55pg, Jumaat 1hb Oktober 2010 di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, Brunei.

Alhamdulillah... kita dan Cik Abang sangat bersyukur semuanya berjalan dengan begitu lancar. Anak-anak semuanya gembira menyambut adik baru.

Kali pertama bersua...

Sementara Haniis sedang nyenyak tidur ni... ambik kesempatan mengupdate sekejap.

Sekarang kitaorang berdua dah berada di rumah dan masing-masing berbau minyak kelapa, dedaunan dan rempah-ratus. Ambik full treatment dengan Kak Rodiah ler ni.

Hari ini ialah hari pertama kita berurut dan bersauna. Ini pun menunggu pukul 3.00ptg sebelum dapat menanggalkan bengkung berempah ni ha.

Tekak pulak masih terasa pahit penangan sesudu besar maajun dan segelas besar air rebusan daun. Eeergk! Satu hari 3 kali tau...

Tahan, tahan, sabor, sabor... nak cantikkan? Eehh! Nak sembuh la.. hahahaha... Harap-harap berjayalah hendaknya.

Until later...

3 comments:

  1. selamat berpantang Huda! sihat & cantik lepas ni ;-)

    ReplyDelete
  2. Thanks Mala... aku semangat ni tengok Linda, Ju & Zaida comel-lote lepas treatment dgn Kak Rodiah... hehehe..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Huda!!! Selamat berpantang...moga slim cepat seperti sediakala..hehe.

    ReplyDelete