Sunday, December 12, 2010

Tumis Terung...


Ya, Cik Abang telah pun melepaskan tugas memasak sehabisnya tempoh kita berpantang. Oooww maan... hehehe... nak buat camne. Dah gitu janjinya kan? Apapun, kita amat berterima kasih atas kesanggupan dia tu, Alhamdulillah... Ok, inilah resipi pembuka entry masak-masak selepas bersalin.

Sebenarnya, kita dah tak tau macam mana lagi nak menggayakan terung ni haaa. Di pajeri sudah, goreng berlada sudah, dimasukkan dalam kari dan asam pedas pun sudah. "Nak masak apa lagi terung ni ek?" kita tanya Cik Abang. Dia jawab, "Tumiskan ajeee..." dan inilah hasilnya. Kita tak pernah masak terung cara ni tapi sedaplah jugak jadiknya! Meh cuba...

Tumis Terung
4 biji terung saiz dan panjang sederhana
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji lada merah
1 jemput ikan bilis
garam
lserbuk ada hitam dan lada putih

Terung dibasuh dan dilap kering dengan kain bersih.
Ini adalah untuk mengurangkan minyak merecik-recik masa menggoreng nanti.
Hiris bulat dengan ketebalan sederhana.
Gaulkan dengan sedikit garam dan goreng agak-agak tiga suku masak.
Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.

Tak perlu goreng lama-lama sebab kepanasan selepas menggoreng akan terus memasak terung. Bila ia sejuk, terung akan jadi cukup masak untuk dimakan...
Hiris bawang merah, bawang putih dan lada merah.
Kurangkan minyak dari gorengan terung tadi.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, lada merah dan ikan bilis.
Teruskan menumis hingga kesemua bahan hampir garing.

Dah ngam dah ni...
Masukkan terung yang dah digoreng tadi bersama garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa.
Gaul rata. Angkat dan hidang.

Sedia maklumlah, terung ni menyerap minyak bila digoreng. Jadi masa mengambil hidangan dari kuali tu, pandai-pandailah buat supaya minyak yang berlebihan tu ditinggalkan dalam kuali... macam ni...

Macam kuah...
Until later...

No comments:

Post a Comment