Sunday, February 1, 2009

Photobucket

Inilah gambor Aarif memotong kek birthdaynya sebelum ke sekolah. Aarif tu memang suka benor buat muka pelik-pelik bila bergambor. Kebetulan sebenarnya ambik 2 shot berturut-turut. Datang pulak idea nak buat animation.

Saje-saje mengexplore bende baru. Kalau dalam masa yang sama dapat menyeronokkan anak-anak, lagi le bagus.

Masa buat cartooning tu, sakit badan kena himpit dek budak-budak. Yelah, besor mana ajelah screen laptop ni kan... kalau dah ke tepi sikiiit aje... dah tak nampak dah screennya. Pastu berebut-rebut nak tunjuk bende-bende yang diaorang nak letakkan kat page, adoooooi... sabor ajelah!

Pastu boleh pulak Aarif suruh letak gambor Adeem, pastu carik gambor hantu dan animatekan? Percaya tak budak tu? Hey... geram betul! Padahal masing-masing semua penakot macam nak rak. Si Adeem tu lagilah, memang hopeless! Kalau nak tidur, seboleh-boleh dia nak muka Aarif ngadap dia - walaupun berselang katil.

Inipun semalaman mencuba cara nak postkan gambor ni ke blog. Masuk sana-sini, download bende ni bende tu. Try aje dah masuk puluh-puluh kali. Bukan setakat kepala dah pening, komputer pun dah pening asyik le post delete, post delete. Mula la tergantung, klik le macamana pun, takdenye respon. Last-last, hati lak sakit emm...

Yelah... buat kerja cara Trial and Error memang le memenatkan. Tapi layan, tetap layan jugak! Ha ha ha...

Untuk beberapa hari ni, Insya-Allah banyak bahan yang boleh diposkan kat sini. Tadi pagi dah selesai dah Garage Sale yang kitaorang organize.

Boleh la dapat sikit-sikit. Kalau nak dikira duit.. memang takdela dapat banyak mana pon... tapi yang paling penting sekali - bende-bende yang memenuhkan almari rumah kita, dah memenuhkan almari rumah orang lain... ha ha ha... Sze pu sze?

Until later...

No comments:

Post a Comment