Monday, February 2, 2009
Garage Sale 1hb Feb 09
Ya, jualan dah selesai. Masing-masing dah kira semua sales. Setakat ni, yang tau... ada dah dapat sampai BND100. Mala - tahniah! Kita tunggu pulak Linda dan Surina punya stories. Diaorang pun banyak dapat jual barang besor-besor.
Macam kita ni, terus terang cuma dapat dalam BND30 aje. Mana taknya, orang mintak kurang memang kita bagi punya. T-shirt Hannan letak satu seringgit, orang mintak satu 50 posen pun kita bagi. Ha ha ha... Bila kira jumlah semua, siap boleh bagi diskaun lagi tuh! Tak sampai hati... baju-baju tu pun bukannya branded nak jual memahal.
Duit tu nanti nak buat beli ikan! Bukan ikan nak buat masak... ikan akuarium tu la... tambah collection.
Hmmm.... apakata? Boleh buat lagi? Tapi tunggu le lagi 2-3 bulan kan. Kalau buat cepat sangat pun tak best juga.
Dua hari sebelum tu, semua kat sini dah risau sebab hujan lebat sungguh, G9 dan Seria bah. Apatah lagi, semalaman Ahad tu muncurah-curah hujan.
Alhamdulillah... pukul 7.00 pagi langit cerah sampaila pukul 1.00ptg. Disebabkan kitaorang pun dah letih, orang pun dah takde yang datang... semua sepakat mengemas. Elok aje kita bersurai hujan pun turun mencurah lagi. Close call!
Esok Zaida ajak makan-makan Soto kat rumah dia. Saje nak rai kengkawan katanya... Terima kasih. Kita ni bab makan-makan jarang tolak ha ha ha...
Sekarang ni tengah suspen menunggu projek dapur yang dibuat semalam. Kena sabar dengan projek ni. Berharap sangat menjadi... ini first try. Insya-Allah kalau jadi dan sedap, bukan setakat dapat tengok kat blog dan FB, dapat la jugak jamu kengkawan kat sini sikit-sikit. Buat rasa-rasa kata orang Johor...
Until later...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment