Saturday, February 21, 2009

Krew petang...





Inilah Krew Petang F13. Anak-anak keluarga Malaysia dan satu keluarga Brunei. Tak sempat pukul 5.00 petang kadang-kadang tu. Redup sikit je, bak kata orang Johor... 'berterombe' dah diaorang keluar dengan basikal, ripsitck dan scooter memasing. Dari hujung jalan ke hujung jalan, berulang-alik. Berpeluh-peluh, merah-merah muka semua! Suka tengok...

Alhamdulillah... memang syukur sangat dapat duduk kat F13 ni. Dapatlah rasa hidup berjiran-jiran. Yang best, kita kat sini majoriti Islam, Melayu dan ramai Malaysian. Semua pulak kepala OK belaka, sepakat. Teringat slogan TV RTM dulu - Jiran Sepakat Membawa Berkat. Betul le tu!

Paling bagus, takde masalah anjing. Cuma sorang je Non-Muslim yang bela anjing, tu pun anjing kecik dan takdela dia sibuk nak bawak anjing tu jalan-jalan keliling tempat ni waktu petang. Jadi tak risau budak-budak ni main kat luar. Tak risau diaorang kena kejor dek anjing. Tak risau diaorang terpijak najis mughalazah!

Tak macam duduk F1 dulu, anjing punyalah besor-besor! Dah tu kejor lak anak kita. Tu tak cerita lagi tuan-tuan punya anjing yang kasi anjing dia pancit dan melepas kat depan rumah. Tensen betol!

Dari segi keselamatan, taklah khuatir sangat. Baik dari segi kereta yang masuk keluar ataupun orang yang tak dikenali. Walaupun macam tu, Mak-mak budak tetap jugak keluar untuk pantau-pantau diaorang bermain. Sambil-sambil tu, sempat ler ambik angin dan borak-borak... he he..

Bila pukul 6.00 petang, siap le keluar suara-suara merdu Mak-mak panggil anak-anak balik. Dah nak maghrib... Petang esok main lagi!

Until later...

Edited : Menurut Mala, anjing kecik kepunyaan Lus, jiran dari Filipina tu... dah diberi kepada orang sebab dia kata ramai Muslim kat F13 ni. Alhamdulillah... bertimbangsa jugak dia ni...

1 comment:

  1. eh ni macam masa kecik2 kat maktab polis dululah hahaha

    ReplyDelete