Thursday, February 5, 2009

Projek dapur... Tapai Ubi



Inilah dia projek dapur yang diperkatakan dulu. Tadaaaaa.... Tapai Ubi Kayu.

Dalam gambar tu Tapai Ubi disiram Santan dan Sirap Gula Melaka. Disimpan dalam peti sejuk dua tiga jam sebelum dimakan.... emmmm... sedapnya...

Inilah julung-julung kalinya kita membuat Tapai Ubi, dari ubi yang dicabut belakang rumah kelmarin tu lah.

Buatnya pagi Ahad lepas, inilah sebab kita lambat pegi set-up Garage Sales rumah Linda. Dekat seminggu berdebar-debar ni... takut tak jadi!

Dulu-dulu kita pun tak reti makan Tapai Ubi ni. Macam tak best aje rasanya. Tak pandang walau sebelah mata.

Kalau nak tapai mesti Tapai Pulut. Lagipun berat sebelah... sebab Abah kita suka buat Tapai Pulut. Woooi... manis!

Bila dah jadik menantu, Mak Mertua tu suka la pulak buat Tapai Ubi. Kita tengok aje... memang tak sentuh! Tapi bila dia tuang kuah Santan dan Gula Melaka... macam kecur pulak. Kali pertama rasa, terus sangkut...

Kadang-kadang tu bila balik kampung, saje je mintak dia buatkan. Tu namanya sambil-sambil. Sambil ngambik hati dapat makan Tapai Ubi. Tak rugi... ha ha ha...

Walaupun tapai yang kita buat ni boleh le dimasukkan ke dalam tahap yang "Jadi", rasanya tak berapa manis. Mungkin sebab guna ubi tua. Atau mungkin ragi Brunei tak berapa sesuai untuk buat Tapai Ubi. Kat sini selalunya orang buat Tapai Nasi.

Apapun... not bad for a first try. Lain kali boleh cuba lagi. Dan kalau boleh nak guna ragi dari Batu Pahat pulak. Haa... bulan depan cuti sekolah balik BP kan. Sambil-sambil tu boleh ambik kursus buat Tapai Pulut dengan Abah pulak ek?

Untuk sesiapa yang ingin tahu... dan senang supaya takyah cerita banyak-bayak kali kat korang, inilah resipinya.

Tapai Ubi

Ubi kayu (guna yang muda, warna lebih cantik dan rasa lebih sedap. Kurang serat)
Ragi

Ubi kayu dikupas kulitnya. Sebaiknya jangan dipotong kecil-kecil dahulu. Biarkan panjang.

Keruk lapisan pertama ubi dengan pisau sehingga ke isinya. Lapisan pertama tu selalunya nampak licin dan berkilat. Keruk dan buang.

Buat langkah ini bertadah besen berisi air.

Selepas selesai mengeruk, bilas dan potong-potong dalam 5cm panjang.

Rebus sehingga separuh masak. Keluarkan dari periuk dan susun di dalam dulang.

Biarkan beberapa jam sehingga benar-benar sejuk. Kalau rebus pagi, sebaik-baiknya tunggu sampai petang sikit.

Gosok ketulan ragi pada penapis teh. Ragi akan jadi serbuk yang halus dan tak berbiji.

Susun ubi yang telah sejuk ke atas dulang lain dan taburkan ragi dengan rata di atasnya. Oh, ubi disusun satu layer. Jangan tindih-tindih. Hanya perlu tabur pada 1 permukaan sahaja.

Susun semula ke dalam bekas yang bertutup.

Ulangi proses sehingga ubi habis. Tutup rapat dan peram 3 ke 4 hari.

Masak santan bersama sedikit garam. Masak gula melaka sehingga cair dan tapiskan.

Campurkan santan dan sirap gula melaka secukup manis. Tuangkan terus pada tapai. Simpan dalam fridge sampai sejuk barulah dihidang.


Kalau buat banyak, nak salin bekas pun boleh. Ambik takat mana yang nak makan la. Kalau tak nak campurkan semua sekali pun boleh. Buat individual portions. Bila nak makan baru masing-masing tuang ikut selera sendiri.

Biasanya kat rumah sana, Mak Mertua terus tuang semua dalam satu bekas. Simpan dalam fridge. Sesiapa nak makan, ambik sendirik! Sekejap aje habis licin...

Nak beritau, buat tapai ni ada pantang-larang dan petua. Antaranya jangan buat masa period... nanti kaler tapai tak cantik. Jangan marah-marah... nanti tapai tak jadik. Jangan masam-masam muka... nanti tapai pun masam juga.

Masa peram... jangan bukak tutup selalu. Biarkan 2 hari sebelum bekas dibukak untuk check dah jadi ke belum. Letak satu pek gula kat atas penutup bekas supaya tapainya lebih manis.

Haaaa..... itu petua orang tua lah. Betul tak... Wallahualam.

Sebahagian besar tapai dah pun di semi-frozenkan. Simpan untuk dibawa sebagai hidangan pada kelas Arab hujung minggu ni ye Insya-Allah. So, tunggguuuu...

Until later...

No comments:

Post a Comment