Semalam 23hb February 2009, Hari Kemerdekaan Brunei yang ke 25 tahun, cuti am.
Makanya untuk orang-orang BSP dan swasta lain, dapat long weekend. Ramai ler kengkawan yang ke Miri. Memang cantik la bila Brunei cuti hari bekerja Malaysia. Nak-nak bila hujung bulan, gaji dah keluar, bolehlah pergi bank untuk top-up loan-loan mana yang patut. Ada jugak yang sempat balik KL!
Semalam, lepas selesai urusan bank, kitaorang pergi Immigresen untuk buat passport baru budak-budak jantan bertiga tu. Dah tinggal 3-4 helai aje muka kosong. Amiin lagilah, gambar baby baru lahir kat dalam passport tu. Dianya dah besar dah! Memang sampai masa buat passport baru...
Tapi nak cerita, ada naik hangin sikit la... untuk Aarif tak dapat nak proceed. Sebabnya, diaorang beria-ria nak dilampirkan jugak Sijil Lahir dari Arab Saudi. Aduuui... Manalah kitaorang ada bawak, bende tak pernah dimintak orang. Kalau ikut prosedur pun... cukup dengan Borang W yang Kedutaan Malaysia keluarkan.
Masa buat kat Immigresen Shah Alam dulu, takdela pulak jadi macam ni. Diaorang cuma mintak copy Borang W dan copy mukasurat passport yang kita guna untuk bawak Aarif masuk Malaysia. Kitaorang pun dah siap-sediakan dah.
Tapi diaorang kata tak cukup, tak boleh tidak, nak jugak. Hish! Mengada-ngada betol la. Apekehal yang diaorang nak sangat sijil tu, bukannya boleh paham pon, tulis bahasa Arab! Apapun... bawak sabor ajelah. Sudahnya, terpaksalah kita pergi lagi hujung minggu ni. Lemah betul buat kerja ulang-alik macam ni.
Nasib baik Immigresen bukak half day tiap-tiap Ahad. Bab Immigresen bukak hari Ahad pun baru je tau. Memang standard macam tu ke? Alaaahai... selama ni punyalah susah nak kena ambik cuti la, half day lah, just untuk buat dan ambik passport...
Teringin pulak nak tau, kalangan kengkawan yang ada melahirkan anak kat luar Malaysia, ada ke hadapi kerenah macam ni? Dan apa agaknya rupa Sijil Lahir anak-anak diaorang tu ye?
Borang W yang Malaysia punya takleh le nak upload kat sini, bahaya... tapi untuk penghias, ini Sijil Lahir Arab Saudi.
Until later...
No comments:
Post a Comment