Monday, February 2, 2009

Masak-masak...



Lauk tengahari Jumaat 30/1/09. Asam Rebus Sulur Keladi dan Asam Rebus Ikan Jenahak.

Masak rebus-rebus macam ni dah jadi favourite baru family ni. Ha... termasuk si kecik Amiin tu pun dah pandai makan! Tapi bab sayur keladi... diaorang belum lagi nak selera...

Sulur Keladi kita beli kat Tamu Seria pagi Jumaat tu. Pusing punya pusing, sampai rumah terlambat la pulak, pukul 10.30. Ni sebab singgah Soon Lee ler punya pasal.

Apapun jiwa tetap bersemangat nak makan... terus siang cepat-cepat sebab pukul 11.00 dah nak ambik budak-budak kat Panaga. Tapi menyiang bende ni memang leceh sikit. Macam siang bayam!

Balik dari ambik budak-budak tu, masih tak siap jugak Su nyambung menyiang. Bukannya banyak sangat pun. Secekak kecik aje, dah kata memang leceh kan...

Alhamdulillah... walaupun tengahari tu makan lambat sikit tapi sangat berbaloi sebab memaaaang sedap! Kita makan ratah aje (ai... kita kan diet tak makan nasik!). Kuahnya pulak sedap betul dihirup-hirup emmmmm.... Padahal dulu, takde hal ler nak makan lauk batang keladi atau sulur keladi ni, walaupun selalu jugak dihidangkan. Tak reti!

Tapi sekarang, kalah betul kalau jumpa. Macam tak percaya baru aje pandai makan sejak 2-3 tahun kebelakangan ni. Ini dek kerana selalu sangat tolong mak mertua masak sayur keladi. Tu pun mula-mula merasa atas dasar curious. Hish! Rugi betul selama ni tak makan sayur keladi. Sedap rupanya...

Apa beza batang keladi dengan sulur keladi? Kalau sulur tu, batang keladi yang baru nak menjadi, kalau batang tu, memang batangnya la... Antara dua, kita lagi suka sulurnya sebab rasanya lebih manis.

Asam Rebus Ikan Jenahak tu lauk semalam. Hari Khamis! ehh... biasa la makan lauk semalam he he... Cara masak kuah tu sama aje... Meh kita masak!

Kuah Asam Rebus Asas

Bawang merah 5 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 2 cm
Lada kisar 1 senduk
Air asam jawa 1 mangkuk
Asam keping 2
Daun kesum segenggam
Belacan sikiiiit aje dah cukup
Garam secukup rasa
Lada hitam secubit dua, kalau nak lagi kick!

Kisar atau tumbuk halus bawang-bawang dan halia. Masukkan ke dalam periuk bersama kesemua bahan lain. Didihkan.

Kalau masak ikan, masukkan ikan tu dan reneh sampai ikan masak.

Kalau masak keladi, selalunya orang akan terus masak bersama dengan kuah. Tapi mak mertua pulak lebih suka rebus dulu. Bila dah lembut baru masukkan rencah. Kalau tak, dia kata nanti payah empuk. Terutama sekali kalau masak batang keladi yang ada sikit-sikit ubinya. Itu petua dia la...

Lepas ni kalau ke tamu dan nampak orang jual sulur keladi, cubalah masak ye...

Until later...

No comments:

Post a Comment