Sempena cuti sekolah untuk Hari Raya Haji, Alhamdulillah... kitaorang kembara lagi. Kali ni ke Oman... dengan memandu kereta. Mula-mula macam tak percaya bila Cik Abang tanya "Nak berjalan pegi Oman?" Hish... betul ke ni? Yelah kan, jauh tuuu...
Dia kata, kalau nak... kena cakap cepat-cepat. Ada beberapa kawan yang dah confirm nak pergi, boleh ikut konvoi diaorang. Peluang nak buat Exit Visa untuk keluarga dan kereta ada 3-4 hari je sebelum Pejabat Immigresen tutup untuk cuti Raya.
Hmmm... kalau dah gitu, kita kata... kalau rasa badan larat nak drive... go on ajelah. Kebetulan kawan kita,
Mala - Journey to Simplicity tu ada kat Muscat. Boleh ler calling-calling...
Makanya bermulalah kembara kali ni... Wooo... hadoooiii... ferh... Astaghfirullah... Subhanallah... MasyaAllah.... Insya Allah... Alhmdulillah...! Semua ada... Sebagai pembuka, meh tangok peta kat bawah... (Sori gambar tak berapa jelas... buat manual aje. Nak buat online tak menjadi-jadi pulak. Daripada buang masa... camni ajelah yea...)
Pejalanan
bermula di Doha pada pkl 1.00pg
25hb Okt kemudian
bermalam di Al-Ain, Dubai. 11.00pg
26hb Okt sambung perjalanan ke Oman dan sampai di Muscat lebih kurang pukul 9.30mlm. Makan angin kat
Oman 27-29hb Okt...
|
Kerja keras kereta-kereta nih... tuan punya kereta kopi break kat tengah jalan... |
|
Kopi disupply oleh tuan punya kereta ni... Ada aje makanan dan minuman dihulur keluar tingkap tiap kali berenti.
Termasuklah kopi panas. Dia bawak thermos besor... |
Bertolak ke Dubai bersekali dengan Mala dan family lebih kurang pukul 6.00pg
30hb Okt. Makan angin kat
Dubai 30-31hb Okt...
|
Antara gaya budak-budak lepak kat dalam kereta... |
|
Nampak kita ambik-ambik gambor... dia pun nak bergambor jugak... |
Bertolak
balik ke Doha lebih kurang pukul 9.00pg
1hb Nov dan sampai rumah dalam pukul 8.00mlm...
|
Kita ni suspen takut kena saman sebab kereta kotor...diaorang siap buat grafitti la pulak. Lepas ambik gambor, kita terus lap dengan tisu.. Tak pepasal aje ni karang...
FYI, kereta-kereta kat Oman dan UAE mesti sentiasa maitain bersih... |
|
Di remang petang dalam perjalanan balik ke Doha... |
Kisah panjang berjela... camne nak cerita? Gambor beratus-ratus... camne nak letak? Berapa bahagian agaknya kisah kembara kali ni? Hehe...
Until later...
|
Jejak tuan punya blog... |
seriau aku tengok map tu! apa crita geng konvoi? depa dpt jln mana?
ReplyDeleteAda yang round-round Muscat pastu pegi Dubai / Abu Dhabi aje. Tapi ada yang sambung berjalan ke Salalah. Semalam Kam dapat SMS... odometer kereta diaorang cecah 5000km ++ utk cuti-cuti Qatar-Oman nih! Huyooo... semangat kental!
ReplyDeleteseronoknya travel berkonvoi..bila nak mula mengarang? heee....
ReplyDelete