Wednesday, November 21, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1 hb Nov 2102-Bhg 9

Seterusnya kitaorang ke Bimma Sinkhole. Walaupun perjalanan taklah jauh sangat dari empangan tadi... masing-masing dah mula kelaparan. Yang ada dalam kereta cuma air dan popcorn yang dibeli kat Souq Mutrah semalamnya. Jadi itulah pengalas perut kitaorang. Tapi bermasalah pulak bila makan popcorn... tekak jadi haus... apatah lagi popcorn tu perasa garam. Bad idea...  bad idea betul...
Kat luar kereta panas kering... kat dalam kereta pun panas kering jugak...
Dah la tu... boleh pulak Si Haniis tu mempoo-poo. Aiii... mana tahan bau kan... terpaksalah berhenti tepi jalan dan cebukkan dia. Betul-betul mencabar skill tau... hahaha...
Buat terkejut aje... 
Bila dah sampai, paling utama nak buat dulu mestilah makan. Tak heran dah betapa cantiknya Bimma Sinkhole tu... perut mesti isi dulu yea...
Kat bawah teduhan pokok ni kitaorang menjamu selera...

Hampir setiap pokok ada penunggu... 
Lepas makan barulah boleh turun...
Subhanallah.... keindahan alam...
Budak-budak muda tunjuk macho... tapi lepas tu tersenyap bila ada yang terjun dari tebing paling atas...
Air di sinkhole ni adalah air masin. Air laut masuk melalui terowong yang berhubung terus dengan laut. Bila duduk kat gigi air, ada ikan-ikan kecil menggigit kaki. Katanya bila musim sejuk, ikan-ikan yang masuk ke sinkhole tu ikan-ikan yang lebih besar. Kita terfikir... kalau setakat ikan kembung ke... ikan selar ke... ok lagi kot. Tapi kalau yang masuk tu ikan jerung? Camner? Ooooo ngeri...

Until later...

6 comments:

  1. huda_balik bercuti di malaysia nanti, kena p pulau payar, langkawi. sana ada ikan kecil dan jerung kecil yg berada di gigi air utk kita beri makan..airnya pun jernih, hijau begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri makan berani la... cecah kaki tak berani kot.
      In Syaa Allah, kalau ada kesempatan nak jugak pergi Langkawi lagi...

      Delete
  2. ngeri pulak tengok 1st pic, batu besaq tu mau jatuh tergolek!

    ReplyDelete