Thursday, November 8, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 2

25hb Okt 2012...

Kitaorang bertolak dari Salwa (sempadan Qatar-Arab Saudi) pada pkl 1.00pg. Rombongan terdiri daripada 4 buah kereta dan 1 buah motosikal berkuasa tinggi. Yea... ranggi...

Lepas selesai semua urusan immigresen... kitaorang solat subuh dulu sebelum teruskan perjalanan ke Sila (sempadan Arab Saudi-Abu Dhabi).


Selama ni ingatkan paling ler leceh urusan kat Immigresen Arab Saudi... tapi bila sampai kat Immigresen Ghuwaifat, UAE... terkejut sangat. Punyalah sesak, riuh dan berserabut. Tak pernah jumpa pejabat immigresen yang gaya lebih macam pasar! Kena bersabor berhabis sabor...

Rakyat Malaysia tak perlu beratur untuk ambik borang, buat cap jari dan ambik gambor. Walaupaun cuma perlu nak cop passport aje... lebih sejam Cik Abang dan kengkawannya beratur tak berganjak...
Laluan ke immigresen... dah boleh nampak kesesakannya...
Kenapa teruk sangat? Pertamanya... orang memang terlalu ramai. Yelah... hari-hari awal percutian yang panjang. Orang lain pun nak buat road trip jugak kan...

Keduanya... pegawai bertugas perlu key-in nama dan lain-lain butiran dengan ejaan Jawi. Bila berdepan dengan nama pelik-pelik orang Melayu, India dan Omputih... jenuh ler dia nak menterjemahkannya. Tambah pulak skill menaip yang setakat ketuk guna 2 jari... hmm...

Bila dah nampak gitu... diaorang pun siap-siaplah tuliskan nama ahli keluarga masing-masing kat kertas lain dalam ejaan Jawi. Dapatlah mempercepatkan sikit prosesnya. Tapi dalam pada tu... ada jugak nak jadik lawak. Sorang kawan tu namanya "Azwira". Bila pegawai tu baca nama dia yang dieja dengan Jawi... "What? Your name is Aaaa... Zorro?" Adooiii...
Ada macam-macam jenis barang kat atas trailer yang beratur ni...
Itu pun masih kira Ok lagi. Kalau pemandu trailer... kena tunggu berhari-hari untuk semua urusan Immigresen dan Kastam di Batha, Arab Saudi dan Ghuwaifat, UAE selesai. Trailer dan lori beratur sampai berbelas kilometer jauhnya...

Keluar dari kompleks immigresen pkl 12.30tghari... semua dah lapor. Jadi kitaorang berhenti kat sini untuk isi minyak dan isi perut. Alhamdulillah...
Licin-licau Nasi Arab berlaukkan ayam panggang, ikan goreng dan salad...
Dengan semangat baru, konvoi pun mulakan perjalanan untuk merentasi UAE. Takde apa sangatlah dalam perjalanan ni... cuma risaukan si penunggang motorsikal tu. Kalau sebelum ni kitaorang akan berhenti kat stesen minyak pada setiap 150-200km untuk dia isi minyak... tapi sepanjang-panjang highway yang lebih kurang 300km tu... takde langsung stesen minyak!

Cuba-cuba jugak call... tapi tak angkat. Selalunya bila dia berenti kat mana-mana... dia mesti beritau konvoi. Kita kata kat Cik Abang, sepatutnya ada satu kereta yang bawakkan setong petrol untuk dia. Boleh jugak buat top-up bila perlu...

Akhirnya selepas hari dah masuk ke malam... dia beritau, dia dah sampai kat stesen minyak pertama di penghujung highway. Rupa-rupanya dia langsung tak berani nak berhenti. Dengan lampu isyarat fuel yang dah berkelip-kelip... dengan berbagai bunyi tak normal keluar dari motorsikal dia tu... bertawakal ajelah teruskan perjalanan. Alhamdulillah selamat...

Sampai di Buraimi (Sempadan UAE-Oman) dah pkl 9.00mlm. Bila tengok orang beratur sampai melimpah ke jalanraya kat pejabat immigresen, masing-masing setuju untuk bermalam kat bandar terdekat iaitu Al-Ain.

Disebabkan kitaorang semua dah keluar gatepost UAE terpaksalah berpatah balik... dan terpaksalah berstory-story dengan pegawai yang bertugas. Alhamdulillah... pegawai tu understanding orangnya. Dia suruh ke pos Mazyad (Sempadan UAE-Oman) yang lebih kurang 24km dari Al-Ain. Kat situ tak berapa ramai orang katanya...

26hb Okt 2012

Alhamdulillah... kat sinilah tempat kitaorang bermalam...
Dapatlah para suami berehat lepas hampir 24 jam memandu tanpa henti...
Pkl 10.30pg.. konvoi dah mula loading kereta masing-masing...
Selaraskan GPS masing-masing sebelum bertolak...
Ada satu keluarga lagi join konvoi. Diaorang dulu duduk kat Al-Khor, Qatar... tapi sekarang duduk di Jubail, Arab Saudi. 1,2,3,4,5... cukup semua ketua keluarga merangkap pemandu ada kat dalam gambor...

Selepas berjalan kira-kira sejam, kitaorang berhenti kat sini untuk isi minyak, beli kopi panas dan jajan kat sini...
Menjengah rakan-rakan bertanya khabar...
Berlatarbelakangkan Jabal Hafeet...
Ustaz Salman dan motorsikal yang menjadi perhatian di sepanjang
perjalanan. Diaorang jarang jumpa orang naik motor kat sini...
Ustaz Salman berkerja dengan Qatar Foundation. Antara tugas utamanya ialah sebagai Pelatih kumpulan debat Bahasa Arab untuk universiti dan kolej di Qatar. Orangnya muda dan gayanya bersahaja... tapi penyampaian ilmunya mendalam, penuh fakta, jelas dan sangat berkesan kepada yang mendengarnya. Isterinya balik Malaysia sekejap... itu yang solo tu...

Dah sampai di sempadan. Ini pos immigresen UAE..
Pintu gerbang pos immigresen Oman...
Bila sampai kat Pejabat Immigresen dan Kastam Mezyad... hati berbunga sebab pejabatnya besar, selesa, bersih dan paling penting... tak ramai orang. Rasa-rasanya masa tu cuma ada lebih kurang 10 keluarga aje yang sedang berurusan. Tapiiii... sungguh gitu... makan masa tiga jam jugak. Hmmm...jadi sempatlah solat dan atur anak-anak ke tandas sementara menunggu. Budak-budak jangan kata la... berlari-lari kat dalam tu macam rumah sendiri.

Nak jadi cerita lagi... pkl 3.00ptg konvoi dah mula beransur keluar dari pemeriksaan terakhir tapi sampai kat kitaorang... sangkut! "No small paper?" dia tanya. Haaa...? Sudah... terpaksalah yakinkan orang kat dalam pejabat tu dia memang tak beri small paper pun. Akhirnya terlepaslah jugak kitaorang lepas 15 minit tersangkut. Lagi sekali... Alhamdulillah...
Stesen minyak Oman yang pertama dijejaki...
Nak pergi mana? Nak pergi mana? Beratur signpost haa...
Gunung-gunung batu penghias pemandangan Oman...
Jauhnya berjalan nak sampai ke Muscat. Kalau tak perasan hari itu ialah Hari Raya Haji. Mala dan keluarga dah siap beraya dah kat Muscat... kitaorang beraya on the road... hahaha...

Konvoi berpecah selepas sampai di Muscat dan Alhamdulillah... akhirnya sampai jugak kitaorang kat rumah Mala lebih kurang pkl 9.30mlm. Legaaaa...

Until later...

3 comments:

  1. hahaha small paper dapat masa nak masuk oman balik dari dubai hari tu ..

    ReplyDelete
  2. Mau pening tengok signboard..huhu. Kat m'sia, tunjuk arah kat satu signboard kalau trlepas pun boleh haru. Seronok baca pengalaman berkonvoi beribu km ni..

    ReplyDelete