Thursday, November 22, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 10

29hb Nov 2012
Sebelah pagi kitaorang dibawak ke Bait Al-Zubair Museum. Asalnya rumah turun-temurun seorang menteri yang pernah berkhidmat untuk 3 Sultan Oman yang terdahulu. Gambor kat sini tak banyak rupanya... kalau nak tengok gambar tambahan... bolehlah klik kat blog Mala - Journey to Simplicity. Cerita kat blog dia advance lagi dari yang kita... laju Cik Puan tu mengupdate. Siap boleh selang dengan resipi lagi...
Ni kat bahagian luar museum...
Dalam museum tak boleh ambik gambar... tapi kalau nak tengok gambor curi-curi, ada kat blog Mala yea...
Yang ini kat dalam rumah yang dijadikan kafeteria. Comel betul bilik kat dalam rumah tradisional ni...
Petangnya bawak budak-budak main kat pantai. Sebelum tu ronda-ronda kawasan perumahan PDO dulu...
Tak boleh nak cakap apa lagi dah... Oman memang cantik...
Cik Puan Mala memang suka piknik-piknik... hehe...
Sebenarnya tengaharinya kitaorang makan Shuwa kat restoran. Shuwa ialah makanan istimewa Oman. Daging kambing diramas bersama rempah-ratus kemudian dibungkus dan dimasak semalaman. Ovennya ialah lubang kat tanah yang diisi dengan bara. Sedap dan lembut daging tu jadinya. 

Malangnya gambar dalam restoran ada 3 aje. Si Haniis hangin... berebut kamera. Sudahnya sembunyikan aje kameranya... tak kuasa nak layan budak tu melalak. Takpe... nanti kita mintak gambor dari Mala. Dia sure ok punya...

Until later...

6 comments:

  1. "beauty is the eye of the beholder"...
    saya memang sukakan oman walaupun tak banyak bangunan indah tersergam, tumbuhan dan bunga2an merimbun...
    manalah tahu, one fine day, heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak banyak bangunan tersergam itulah Oman kekal cantik Anim. Bak kata Mala, "Virgin"...
      In Syaa Allah... one fine day rezeki Allah nak bagi, tetiba dapat ke Oman pulak kan?

      Delete
  2. copy & save saja pic mana nak dari FB. dah tak boleh nak upload pic ... blog rest jap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua kerja dah siap... happynyer...

      Delete
  3. cantiknyer pmndangan bukit + tepi pntai tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Lya... selamat datang!
      Untung kan orang yang duduk kat situ? Tiap-tiap hari tengok pemandangan yang cantik...

      Delete