Thursday, November 29, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 13

Berjanji dengan Su untuk jumpa kat Emirates Mall. Bagus la jugak sebab kat situ ada Carrefour. Boleh jugak beli snacks dan air mineral untuk perjalanan balik ke Doha.Lampin Haniis pun dah habis. Shopping itu ajelah... lain-lain takde... 

Lepas makan dan solat, kitaorang pergi ke Deira. Masuk Naif Market. Penuhnya orang. Harga abaya memang lebih murah dari Doha. Sulamannya pun cantik tapi... yang kita berkenan... yang itulah takde saiznya. Geram aje. Fabrik kainnya nipis sikit, jadi sesuailah kalau nak pakai kat Malaysia. Abaya kain Lexus yang kita buat kat Doha ni tebal. Sudahnya berpeluh-peluh kepanasan...
Rasa terkilan tak beli selendang tu lebih-lebih... bila dah pakai cantik  la pulak...
Lepas tu Su bawak kita ke kedai kain Phulwani - Air Crew Shop. Kaunter kedai ni penuh dengan kad nama orang Malaysia. Kat situ dah penuh... dia pegi tampal kat siling. Bukti nyata orang kita memang ramai beli kain kat situ. Mamat baju biru tu fasih benar cakap Melayu. Entah-entah dah beratus-ratus blog dan FB orang seantero dunia ni dah keluar muka dia... hehe...
Ada jugak gambor ala-ala romantik dengan Cik Abang kita... hehe... sukanya!
Su ajak pulak naik bot menyeberang sungai ke kawasan Old Souq. Kita enjoy the ride aje. Bila sampai kat seberang, kita duduk kat bangku dengan Haniis sementara yang lain-lain pergi explore. Dah tak larat nak jenjalan dah. Lenguh habis... Kalau tengok kat gambar... macam gelap betul malamnya kan? Siap nampak bulan terang berseri-seri kat langit nun. Jangan terkejut yea... masa tu baru pukul 7.30mlm.
Rasa nusantara... terbukak selera...
Menyeberang semula ke Deira dan kemudian naik kereta pergi ke Betawi Restaurant. Masakan Indonesia pulak. Kalau kat Singapore Deli... bila mintak yang pedas... dapat pedas yang lembut dan santun-santun gitu.  Sambal tumis mintak bertambah dua kali tapi masih tak naik-naik pedasnya. Kat sini... bila mintak pedas... haaa... berair hidung dibuatnya! Alhamdulillah...
Take me home... take me home..
Esoknya pagi-pagi lagi Mala dan keluarga dah bersiap nak bertolak balik ke Muscat. Diaorang ni memang on time. Kalau kata lepas Subuh... memang betul-betul lepas Subuh. Pkl 5.00pg diaorang singgah bilik, ucap selamat jalan. Macam sayu la pulak... 

Kitaorang bertolak dalam pukul 9.00pg. Berhenti sekejap-sekejap untuk makan dan solat. Alhamdulillah... urusan kat Immigresen untuk keluar dari mana-mana negara lebih senang berbanding untuk masuk. Semua keterangan kita dah ada dalam sistem. Tak perlu berlama-lama... 

Nampak pulak signboard arah ke Mekah dan Madinah. Hmm... InSyaaAllah... tahun depan yea. Semoga ada rezeki nyawa, rezeki waktu, rezeki kesihatan, rezeki pendapatan dan rezeki peluang untuk kitaorang sekeluarga pergi Umrah lagi dan dapat jugak memenuhi impian menyempurnakan ibadah yang lebih besar iaitu Haji. 

Doa-doakan la yea... Semoga Allah beri Arab Saudi kelapangan untuk bagi kouta berlebihan tahun depan.  Kalau masih ada kat Qatar... dapatlah kiranya orang-orang yang tak cukup 3 tahun bekerja macam kitaorang ni ikut sama... Amiin... Eh... lari pulak storyline... hehe...

Dalam pukul 6.00ptg sampailah kitaorang ke Doha semula. Alhamdulillah selamat semuanya...

Until later...

p/s Terima kasih Mala bagi guna gambar-gambar dari album hang...

4 comments:

  1. cun laaa pic romantic tu ... siap lampu-lampu

    ReplyDelete
  2. Hehe... a moment in time captured...

    ReplyDelete
  3. iyalah...gambar candid tu, bukan dibuat2..tu yg romantik, hee..

    p/s insya-Allah, amin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorang kalau nak posing loving-loving memang tak menjadik...

      Sama-samalah kita ya Anim? InSyaaAllah...Amiin...

      Delete