Musim panas dah hampir ke penghujung. Suhu harian dah masuk tahap tolerable. Air dari paip dah suam-suam kuku. Tak macam masa bulan Julai dan Ogos dulu. Hmmm... masa tu kalau setakat nak bancuh susu Haniis... nak rendam seuncang teh... guna air paip tu dah boleh sangat dah. Bancuh gula pun boleh larut...
Jadinya dengan matahari yang tak seterik dulu... dapatlah budak-budak ni main kat luar. Main basikal hadiah sempena hari raya dari Babah diaorang.
Tapi dalam kata tak terik dan tak panas sangat ni... 2 kali tayar basikal bebudak ni meletup. Mengembung terlebih agaknya...
Haniis pun dapat satu basikal roda tiga. Tapi disebabkan kaki dia belum sampai nak mengayuh... dia tak sukalah nak main dengan basikal dia tu. Nasib baik Amiin rajin nak melayan...Ini gambar Haniis masa Birthday dia yang kedua. Sejak-sejak masuk umur 2 tahun ni... makin menjadi-jadi dia punya ngada-ngada... Manja terlebih!
Until later...
amboi haniis ... tak terlebih posing tu sekali dgn tocang hehehe
ReplyDeleteMasa ni hang belum kenal posing Cik Adik sorang ni lagi in real time... hehe...
Deletemala, dah panas air, mandi malam saja ke (cam kat mekah?). iyalah, kita kat malaysia ada water heater, abih..ada water cooler ke kat sana? one more, si comel hanis nampak chubby la..
ReplyDeleteAnim, beli tong besar dan simpan air untuk buat mandi. Kalau ada tempayan... lagi sejuk air agaknya...
DeleteHi Huda, nice pics and you have great looking kids. Your daughter a real doll too.
ReplyDeleteWishing you and family selamat hari raya haji, keep a song in your heart.
Lee.
Hi Uncle Lee... welcome, welcome and thank you!
Delete