Thursday, November 15, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 7

28hb Okt 2012
Selepas berserapan, kitaorang ke Sultan Qaboos Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di Oman. Secara rasmi, negara Oman bermazhab Ibadi tapi kita masih boleh menumpang bersolat di masjid-masjid dia...
Gambar atas sekali adalah pandangan dari sisi. Pintu sisi ni ditutup. Bila masuk pintu gerbang barulah nampak terbentang dataran  menuju masjid...
Lampu chandelier yang cantik...
Bahagian dalam masjid...
Bahagian mimbar. Seni yang sangat halus...
Fathers and sons...
Punyalah payah nak suruh posing...
Penampilan istimewa - Masjid Asma' Binti Alwi yang berdekatan dengan rumah Mala dan Hasni. Masjid Sunni. Takde masalah... silalah bersolat tanpa ragu-ragu...
Masjid Al Lawatiya berdekatan Souq Mutrah... Ini Masjid Syiah. Jangan salah masuk yea...

Until later...

6 comments:

  1. dah semakin laju update .... banyak betoi gambaq nak kena upload tu ;-)

    ReplyDelete
  2. Hahaha... terpaksa Mala. Kalau ikut update stail dulu, mahu berbulan baru habis cerita.
    Ini pun baru hari kedua kat Muscat. Hang dgn Hasni mmg handal la jadik tour guide!

    ReplyDelete
  3. cantiknya masjid kat oman cuma kena hati2 nampaknya ya. kena cari tourist guide yang betul2 tahu tentang masjid yang disinggah.
    huda, satu lagi nak tanya tentang golongan Ibadi ni..kebanyakannya mazhab apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anim, huda,

      jom kelas sejarah!

      mazhab ibadi ni hanya terdapat di oman dan zanzibar. zanzibar jatuh pada perintah oman pada tahun 1698 dan di ishtiharkan merdeka oleh kerajaan british pada tahun 1963. dalam tahun 1861, Zanzibar dan Oman di pecahkan kepada dua.Sayyid Majid bin Said Al-Busaid (1834/5–1870), anak lelaki yg ke6, menjadi Sultan Zanzibar, anak lelaki yg ke3 , Sayyid Thuwaini bin Said al-Said, jadi Sultan Oman.

      orang oman ni ada ramai la sedara mara di zanzibar.

      di oman 75% adalah pengikut mazhab ibadi selebihnya sunnah dan syiah.

      yang paling ketara dalam solat dia orang tidak mengangkat tangan semasa takbir dan kemudian letak kat kiri dada. tangan di letak lurus tepi badan dan tidak mengaminkan al-Fatihah. selesai solat hanya bagi salam sekali sahaja.


      selebihnya tak pasti takut salah bagi info pulak. anim boleh google. mostly sites on ibadis are in english.


      http://en.wikipedia.org/wiki/Ibadi
      http://islam.uga.edu/ibadis.html
      http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Zanzibar

      Delete
  4. Salam Maal Hijrah Huda.
    Ohh jalan2 ke tempat Mala....pasti seronok jumpa kwn dan tengok byk tempat2 menarik di sana.senibina masjidpun cantik.

    ReplyDelete