Tuesday, May 8, 2012

Noora...

Noora ialah adik kita yang kedua. Orangnya tabah, tak banyak cerita, tak banyak merungut. Apa pun dugaan yang melanda dirinya... dia terus teguh. Apa sahaja yang perlu dia buat... dia akan buat... tak kiralah sesusah mana. Punyalah ketat dia menyimpan rahsia, selalu benda dah berlalu barulah kitaorang diberitau. Itulah adik kita, Noora.

Dugaan bagi Noora pagi ini ialah dia akan melalui pembedahan untuk membuang ketumbuhan di ovari kanannya. Semoga pembedahan berjalan lancar. Semoga Noora selamat. Paling penting... semoga biopsi ovarinya kelak memberi keputusan yang tidak memudaratkan.

Sebagai kakak yang duduk begitu jauh... hanya doa sahaja yang dapat dikirimkan. Semoga Allah memberi kemudahan, perlindungan dan rahmatNya kepada Noora, anak-anaknya - Harraz, Arissa, Jessi dan jugak pada suaminya Masri. Amiin... Insya Allah...
Yang duduk dan memakai baju bunga-bunga itulah Noora. Yang berbaju biru pekat ialah adik pertama kita, Fizah. Bersama anak-anak sedara perempuan... Lysha, Jessi dan Arissa...

Until later...

4 comments:

  1. mudah2an pembedahannya selamat dan berjalan lancar...
    baru kenal dia bila dia komen blog saya..
    tak sangka...
    orang suka berahsia ni, selalunya mmg sabar, sabar dan sabar.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah harapan kitaorang semua... semoga dia selamat...
      Entahlah Anim... bila dengar dia sesekali bercerita... tak taulah mcmana dia boleh tahan semua dlm dada.

      Delete
  2. inshaAllah selamat opeation dan sihat kembali. dah duduk jauh2 ni jgn risau-risau sangat. take care huda.

    ReplyDelete