Monday, April 30, 2012

April dan Bingka Jagung...

Sejak akhir-akhir ni... asyik kerja buat bingka aje. Bingka Ubi dan Bingka Jagung. Lepas tu cuba pulak buat Bingka Susu dan Talam Ubi... fail tahap F++... hahaha... Resepi tak mengena, sabor ajelah...

Tapi biasalah tu, bila cuba-mencuba ni... Ada yang jadi, ada yang tidak. Kali pertama buat bingka ni, barang tak berapa cukup. Jagung adalah dalam tiga suku tin, tepung kastard cuma dapat suku cawan aje. Maka dengan sesuka hatinya kita campurkan tepung jagung untuk mencukupkan sukatan. Sungguh gitu, semua kata sedap. Jadi bila buat semula dengan sukatan bahan yang cukup... mmmmm... lagiiiii sedap!

Resepi dari Chef Hanieliza. 

Bingka Jagung...

1 cwn susu cair / susu UHT
1 1/2 cwn air
2 biji telur
1/2 sdbsr esen vanilla
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung kastard
1 tin besar jagung krim
3/4 cwn gula
3 sdbsr mentega cair
secubit garam

Panaskan oven kepada 180C dan sapukan minyak pada loyang.
Cara asal ialah hanya masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata.
Tapi kita lebih suka buat macam ni...
Campurkan susu, air, telur, vanilla, garam dan kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard, jagung krim, gula dan mentega cair.
Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Bakar dalam oven selama 1 jam.
Guna api bahagian atas pada 10 minit terakhir untuk dapatkan kesan bakar yang cantik.
Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Esen vanilla dan garam tu kita yang tambah sendiri. Rasa tak lengkap bila letak telur tapi tak letak esen vanilla. Garam pulak pemangkin rasa. Ini gambar bingka sebaik saja keluar dari oven.. kembang dan tinggi. Bila dah sejuk... kuihnya turun. Jangan risau... rasa kuihnya tetap mantap... Insya-Allah...
Nak buat lagi dan lagi...

Until later...

8 comments:

  1. kalau bingka jagung suka ... hari ni last dah april :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ingatkan tak ada yang perasan...

      Delete
  2. iyalah...esok dah may. takde lagi april.hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anim... April tahun depan pulak la ek? Insya Allah... ;)

      Delete
  3. salam perkenalan kak huda. wah2..sedapnya! saya tak penah buat kuih kat qatar ni. takat masak makanan harian je. cik abg tak suka makan manis2..hehe..terima kasih sudi jenguk blog saya. btw saya baru 9 bulan kat qatar ni. dok kat new doha...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu saja-saja carik blogger kat qatar. Kot-kot boleh usha jadi kawan... hahaha... Boleh gitu?

      Delete
  4. salam Huda wah tak tau pun Huda ada blog tak sound2 pun apa2 pun nak minta sikit bingka jagung tapi tak tercapai dek tangan nampaknya kena pekemaih lengan kena buat jugak ni kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Kak Noor malu ler kita... Blog Kak Noor baru tapi hari-hari keluar resepi ngancam-ngancam... tak macam kita ni haa... sekejap ada, sekejap takde...

      Delete