Mintak maaf ler kat kengkawan yang ter"hek eleh" dengan entry sebelum ni. Tajuk punyalah gempak... isi ciput! Hahaha... maaf la yea... Memang pun ingat nak bersentimental lebih-lebih sikit, tapi dah Si Kenit tu potong jalan... terpaksalah potong entry.
Haritu kita cakap laptop kita bateri kaput kan? Dekat 2 minggu kitaorang mencuba-cuba... tapi benda ni tak mau jugak "on". Semalam akhirnya, Cik Abang dapatlah jugak meluangkan masa untuk ke pusat bandar. Kiranya nak cari sparepart kat kedai yang harganya termampu nak dibayar la kan... Dah sampai kedai... bukaklah cerita begitu-begini. Orang tu kata, "Ok, let's see.."
Dia pun cucuk plug kat soket, cucuk charger kat laptop dan dengan semulajadinya lampu bateri terus menyala. Haaaa...? Wat? Wat? Hapa kehal? Sudahnya... tutup mulut, tepuk dahi, urut dada. Sabor ajelah... Tak retilah nak cakap apa lagi dah! Sabor ajelah tau!
Dah sekejap aje kat kedai komputer... dapatlah lebih sikit masa untuk meround kat Souq Al Asiery... dengan tujuan khas nak mencari abaya. Terpaksa (!) mencari abaya (!) Hahaha... itu laa... yang gatal sangat mulut pegi tanya Cik Abang tu sape suruh? Dahlah tu... boleh silap pulak menyusun ayat. Kan dah kena... haa padan muka! Apa cerita? Macam ni...
Haritu kita tanya kat Cik Abang,"Balik cuti nanti, nak pakai baju apa ek?" Ini dengan maksud... kita nak ler beli beberapa helai baju baru untuk perjalanan balik Malaysia bulan Jun nanti. Yelah... baju-baju yang ada tu kan semua yang dah dipakai sejak duduk Brunei lagi. Dah lama dah tuu... rasa-rasa macam nak tukar gaya la ni...
Tapi siapa sangka dia jawab, "Abaya kan ada.." Maka perbualan seterusnya berbunyi lebih kurang macam ni...
"Hoh? Nak pakai abaya ke?" "Pakailah... cantik apa..." "Eaii... abaya ke? Ish... alaa... nak pakai abaya ke kat Malaysia? Bukan apa... kalau kat sini, takde apa-apa hari-hari pakai abaya. Dah cara orang kat sini pakai gini. Tapi kat sana, ada certain perception pada orang yang pakai abaya ni... kang orang salah-faham pulak. Pakai long blouse dengan seluar panjang aje laa... Takpun long dress pun ok apa..." "Itu... been there, done that. Tu semua gaya-gaya dah pakai dah dulu." "Habis tu?" "Pakai ajelah abaya..." "Aaaa... hitaaaammm!" "Oklah tu... carik yang ada kaler-kaler sikit la..."
Selepas beberapa minit, "Ada bajet?" "Beli jee.."
Haaa kau! 3 helai kita pulun tempah petang tu... muahahaha... Ni nak ngendeng lagi, dapat selai-dua lagi pun best gak ni... muahahaha... Nak bini cantik kan... eh... nak bini pakai abaya cantik kan... muahahaha... hambikk...
Jadiknya, moral of the story... lepas ni... bila korang nampak kita enter frame dengan black abaya... faham-faham ler backstorynya yea... Ni kita dah cerita awal-awal ni, jangan ler tanya kita soalan-soalan yang kita tak terjawab yea kengkawan sekelian...
Kalau teringin nak tengok abaya gaya Qatar, cuba tengok kat sini - butikkunangkunang.blogspot.com. Original gaya Qatar...
Ok, dah malam. Baju sekolah budak-budak belum gosok...
Until later...
fuyo Huda. aku lambat sikit la nak ngendeng hahaha (ada hati jugak) tengah pening, kasi settle down dulu
ReplyDeleteTakpe... hang relak-relak dulu Mala. Kasi settle dulu apa patut. Lepas tu hang gi kedai-kedai. Tengok-tengok dulu gaya mana yang hang suka... baru ler gi tempah.
DeleteAku ni rela dalam separuh terpaksa... hahahaha...
kita pn minat dn teringin nk pakai abaya yg dijual di sp(originally dr sana) tapi saiz x pernah ada. pjg meleret2, maklumla "pohon rendang".anyway, slmt bercuti d m'sia. mesti psg plan baik punya..ronda2, mskan2
ReplyDeleteAnim cari la gaya abaya yang tak ada bunga-bunga kat kaki. Boleh potong sikit labuhnya. Lagipun kalau abaya yang asal dari timur tengah memang mesti meleret2 punya. Gaya mak arab memang camtu...
DeleteHehe... lebih pada pasang angan2 dari pasang plan... macam2 teringin...
he...he, kak huda blk sini gi kenanga wholesale. nora pergi last month. dapat beli mini blouse hg borong. pilihan banyak, tapi kena rajin jln sbb ade blh beli brg satu patern warna lain2. cari yg blh lain2 patern lah. baru best...
ReplyDeleteNora, akak balik nak borong kasut, tudung dgn baju budak2...
Deletekat sana semua ada lah... kedai kasut, nora tak masuk sbb utk reseller sj (5 item). pegi round2, klu tak minat baru gi masjid india.sepakara lg bangunan ni dikenali san peng.flat selangor (flat san peng)
ReplyDelete