Monday, April 23, 2012

April dan Pisang Muda Masak Lemak...

Macam biasalah, bila hujung minggu mestilah pergi membeli barang-barang dapur. Masa berpusing-pusing kat bahagian sayur-sayuran, ternampaklah pisang muda. Ramai pulak yang membelinya. Orang India beli, orang Filipina pun beli jugak. Hmm.. menarik jugak ni. Tanya kat Cik Abang, nak makan lauk pisang muda? Dia kata okeh... jadi kita sambarlah sesikat kecik.

Jalan-jalan dalam dunia internet, kita jumpa bermacam-macam cara untuk masak lauk ni. Ada yang sangat simple.. cuma santan,  kunyit dan cili padi. Ada yang banyak rencah, siap guna daun kunyit, kerisik dan buah keras. Ada yang tumis rencahnya, ada yang tidak. Ada yang rebus dulu dan buang airnya, ada yang tidak. Jadinya memandai-mandailah kita menggodeh. Alhamdulillah... hasilnya tidak menghampakan...

Pisang Muda Masak Lemak...

1 sikat pisang muda (dlm 10 biji yg kecil)
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
6 biji cili padi
1/2 sdbsr serbuk kunyit
sedikit ikan bilis
sedikit udang kering
3 sdbsr kelapa parut
1/2 sdbsr ketumbar
1/2 sdteh jintan putih
1 btg serai
3 kpg asam keping
2 cwn air
1 cwn santan pekat
garam secukup rasa


Kupas bahagian kulit pisang yang berwarna hijau. Potong pisang kepada dua dan rendamkan dalam air garam.
Sangai kelapa parut, ketumbar dan jintan putih hingga garing.
Dengan sedikit air di dalam pengisar, kisarkan kelapa parut, ketumbar dan jintan putih yang disangai tadi.
Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan udang kering.
Kisarkan kesemuanya hingga benar-benar halus.
Tumiskan rencah kisar tadi bersama sedikit garam, serbuk kunyit, asam keping dan serai yang diketuk.
Tumiskan hingga naik minyak. Tuangkan 2 cawan air, masukkan pisang dan reneh hingga pisang empuk.
Masukkan santan kelapa dan didihkan sebentar. Sesuaikan rasa masam dan masin. Siap untuk dihidang.

Sebahagian bahan-bahan yang digunakan. Stok ikan bilis dari Malaysia dah habis. Ini kali pertama gunakan ikan bilis dari Sri Langka. Ikan bilisnya agak liat. Tak boleh dikopek dua macam yang kita biasa guna. Tapi sedap jugaklah rasanya. Bolehlah setakat nak buat rencah masakan. Cuma agak tak sesuai kot kalau dibuat Sambal Tumis.

Perasan tak kita sangai kelapa dengan rempah dan kisarkan terus dengan bahan-bahan lain? Haa kengkawan... itulah short-cut namanya. Asalkan dapat rasa-rasa kerisik kat kuah...

Until later...
Yang ini dimasak pada 12.5.12. Kali ni kita rebus dulu pisangnya sampai empuk dengan sedikit garam. Kesemua rencah - kecuali asam keping, kita kisarkan bersama kemudian masukkan ke dalam rebusan tanpa ditumis. Tambahkan santan pekat dan renehkan sekejap. Kita jugak gunakan cili padi yang berwarna merah sebab itulah warna kuah lebih kuning dari yang dulu...

8 comments:

  1. kat sini ikan bilis, udang kering, ikan kering semua dari philipine ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini yg dari philiphine pun ada tapi kebetulan... jumpa yang ini masa nak mencari pengganti stok yg habis...

      Delete
  2. saya kat m'sia pun lama tak merasa menu pisang muda ni..
    huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Anim... tetiba aje nak rasa lauk orang tua-tua...

      Delete
  3. sedapp woooo... suka makan ni.. tu pun kalau mak yang buat la.. kalau orang lain buat tu, kurang sikit.. eheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu.. mana boleh lawan lauk Mak sendiri masak kan? kan?

      Delete
  4. tadi kat restoran negori.. ada lauk ni, warna dia kuning lah. Nora tak makan sbb dah beli lain.Jarang makan.MIL dulu rajin gak masak.. tapi simple aje lah.. campak ikan bilis+bebawang+cili 3btg+serai+ santan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. tengok ada orang masak simple bukan main. Tapi sebab ni kali pertama masak lauk ni... kenalah cari resipi yg kaw-kaw sikit...

      Delete