Nasi Ayam memang menu yang selalu kita masak. Dalam seminggu mesti ada sekali. Untuk orang yang memasak, menu ni sedap dan cepat untuk disediakan. Untuk yang makan, sedap dan cepat jugak. Cepat habis... hahaha...
Cara memasak nasi ayam dan ayamnya tu bermacam-macamlah. Selalunya ayamnya digorenglah. Dikukus pun boleh. Tapi sekarang... kita lebih suka dipanggangkan aje ayamnya. Ini resepi paling asas... ada banyak peluang untuk menggodeh dengan resepi ni. Meh gi dapur!
Nasi Ayam Panggang...
1 ekor ayam
2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
1 btg serai
2" halia
2" lengkuas
5 biji cili padi
1/2 sdbsr serbuk lada hitam
1/2 sdbsr serbuk lada putih
garam secukupnya
Rempah tabur untuk Ayam Panggang :
1 sdbsr garam + 1/2 sdbsr serbuk lada hitam + 1/2 sdbsr serbuk lada putih + 1/2 sdbsr serbuk bawang putih + 1 sdteh serbuk halia
Bawang besar dipotong empat. Bawang putih, serai, halia, lengkuas dan cili padi diketuk.
Masukkan semuanya ke dalam periuk dan isikan air secukupnya.
Masukkan serbuk lada hitam, lada putih, garam dan didihkan air.
Kecilkan api dan masukkan ayam. Renehkan selama 15 minit.
Keluarkan ayam dan taburkan rempah pada ayam dengan rata.
Masukkan ke dalam oven bersuhu 180C dan panggang hingga ayam garing.
Gunakan air rebusan untuk memasak nasi.
Asingkan sedikit air rebusan dan tambahkan kicap.
Selebihnya untuk sup.
Sambal Nasi Ayam...
10 biji lada merah
2 ulas bwg putih
1" halia
1/4 cwn cuka
garam dan gula secukup rasa
Kisarkan semua dan sesuaikan rasa masin dan manis.
Siap untuk dihidang bersama ulaman yang disukai.
Siap untuk dihidang bersama ulaman yang disukai.
Peluang menggodeh resepi :
1. Campurkan 1/2 sdbsr serbuk kunyit pada rempah tabur dan gorengkan ayamnya.
2. Sangai 1/2 sdbsr ketumbar, 1 sdteh jintan kasar, 1/2 sdteh jintan halus. Kisar dan campurkan pada rempah. Taburkan pada ayam. Panggang ayam dalam oven. Tambah 1/2 sdsbsr serbuk kunyit kalau mahu menggoreng.
3. Kurangkan sukatan garam. Campurkan sedikit kicap pekat, sos tiram dan madu pada rempah. Sapukan pada ayam. Goreng atau panggang ayam dalam oven.
3. Kurangkan sukatan garam. Campurkan sedikit kicap pekat, sos tiram dan madu pada rempah. Sapukan pada ayam. Goreng atau panggang ayam dalam oven.
4. Sapukan terus pes tomyam pada ayam dan panggang dalam oven.
Semua cara kat atas ni kita dah cuba dan Alhamdulillah semuanya sedap belaka. Insya Allah... kita akan buat semula semua resepi alternatif ni satu persatu dan postkan entrynya eh...
Semua cara kat atas ni kita dah cuba dan Alhamdulillah semuanya sedap belaka. Insya Allah... kita akan buat semula semua resepi alternatif ni satu persatu dan postkan entrynya eh...
Selalunya memang kita akan panggang 2 ekor ayam yang anggaran beratnya 1kg setiap satu. Rakyat ramai kan... seekor memang tak cukup. Dapat rasa kelainan pada ayam dengan tambahan serbuk bawang putih dan serbuk halia.
Biasanya kita guna beras biasa aje... tapi kalau nak menjamu tetamu, kita guna Beras Basmati. Senangkan buat macam ni? Kita jugak pernah postkan resipi Nasi Ayam Kukus... kalau nak cuba.
Until later...
masa baca N3 ni I tgh lapar & xde idea nk masak apa...mungkin boleh cuba resepi Huda ni!
ReplyDeletecubalah... yang ini kita dah buat kelmarin. harini pulak takde idea nak masak apa... hahaha
Deletemenu ni mmg kerap terjadi ... hahaha
ReplyDeleteakan diulang hingga rakyat kata, "Kita rehat dulu makan Nasi Ayam..." hahaha...
Deletepandai huda ambil angle utk gambar nasi ayam tu...
ReplyDeletemenarik..
saya dan anak sulong je suka makan nasi ayam..
so...makan kedai je banyak dari memasak!
itu aje yg dpt nak buat Anim. teringin gak nak setup lawa-lawa utk photoshoot... tapi tak berapa nak reti... hehehe...
DeleteAnim, bila dah berjauhan terpaksalah masak sendiri...
Yg bestnya nasi ayam ni ada mcm2 style ikut rumah masing2. Tapi apa2 variasi pun sure laris. Thanks, boleh cuba version Huda ni, cam lebih sedap!
ReplyDeleteMinggu ni 2kali saya masak nasi ayam k huda..cam senang je tp semua pakai whole leg je
ReplyDelete