Thursday, May 17, 2012

Ambik Lesen Kereta kat Qatar...

Macam-macam kisah nak ambik lesen kat Qatar ni. Kalau nak jadi senang... senanglah. Kalau nak jadi payah... memaaang payah.

Ok... kita cerita dari awal. Langkah pertama nak ambik lesen ialah pergi ke mana-mana Sekolah Memandu. Kat setiap Sekolah Memandu ada satu pejabat Traffic Department. Bawak segala-mala dokumen dan daftarkan diri. Dia akan tanya samada nak Direct Test atau ambik kursus memandu.

Lepas tu dia akan tanya nak kereta manual atau automatic. Bayar eerr... tak berapa ingat, QR150.00 kot. Yang pasti mesti bayar guna kad, tunai tak diterima. Sekarang dah boleh daftar kat Sekolah Memandu.

Kalau Direct Test tak perlulah... datang aje pada hari ujian yang dah ditetapkan. Kebanyakan lelaki dari Malaysia target buat Direct Test. Kalau dapat jumpa The Sheikh (Ketua Traffic Department kat Sekolah Memandu tu...) diaorang dapat buat Direct Test dengan Kapten Polis. Selalunya kalau dengan Kapten, tak risau terlalu ikut protokol untuk lulus. Asalkan dia puas hati yang membawak kereta tu cukup bagus... luluslah.

Cik Abang kita dapat buat cara ni. Tapi nak dapat jumpa The Sheikh tu macam-macam story laaa... Kalau ada rezeki, senang aje... dapat jumpa The Sheikh dan dia pun terus sign dokumen. Kalau takde rezeki... baru je cakap nak jumpa The Sheikh, terus kena halau... sabor ajelah... Yang buat Direct Test ni pun kengkadang 2-3 kali test baru lulus. Nak-nak kalau buat dengan buat dengan Polis biasa sebab diaorang mesti ikut protokol.

Kat Sekolah Memandu boleh pilih Short Course atau Full Course. Kita ni tak berani Direct Test sebab dah dekat setahun tak memandu... tambah  lagi kat sini pemanduan sebelah kiri. Jadi ambik ler Short Course. Harganya QR 15000.00 untuk 12 kelas praktikal + 8 kelas teori + yuran ujian . Boleh pilih pengajar lelaki atau perempuan. Bahasa pengantara Bahasa Arab, Inggeris atau India.

Semalam hari ujian. Pukul 5.00 pg sepatutnya dah kena ada kat Sekolah Memandu. Tapi boleh pulak kelam-kabut pagi tu... pukul 5.20 pg baru sampai. Ramai yang dah selesai Road Sign Test. Yang kita ni, ambik dokument yang dihulur pastu terus berdiri kat depan Polis.

Tak sempat nak Bismillah... Polis Perempuan tu terus tunjuk dan tanya. "What sign is this?" Dan kita terus... Blank! Jem otak Ya Allah... Nasib baiklah masa tu ada orang ajak dia borak. Habis dia bercakap, terus tunjuk sign yang lain pulak... hahaha...

Alhamdulillah... walaupun tangan keras-kejung sejuk-sejuk sebab terlalu nervous... ujian parking dan bukit dapat dibuat dengan baik. Lepas tu mana yang lulus dibahagi kepada 3 rombongan. 2 untuk Road Test kereta automatik, 1 untuk kereta manual.

Kereta ujian jalan kat depan. Ada sorang Polis Lelaki dan sorang Polis Perempuan. Yang lain-lain ikut belakang dengan bas dan van. Bergilir-gilir masuk kereta untuk ujian yang tak sampai 10 minit pun. Tapi mesti cukup 12 markah tak boleh kurang untuk lulus. Pemandu van kitaorang bagus. Dia pesan kalau nak tukar lane, kasi signal dan biar dia tukar lane dulu... pastu barulah susup masuk kat depan dia.

Alhamdulillah.. ramai yang dalam van kita tu lulus... termasuklah sorang sister yang ambik ujian untuk kali ke 5. Punyalah seronok Mak-mak Arab ni dapat lulus, "Mabruk! Mabruk!" diaorang bersorak... hahaha... Dah tu pergi ke Traffic Department, bayar QR 250.00 dan terus dapat lesen. Legaaa...

Petang tu kita belanja satu family makan kat Food Court Villagio, dah semua nak makan ikut selera masing-masing. Tanda syukur dan terima kasih sebab budak-budak tu beramai-ramai doakan Ibu diaorang ni supaya lulus dan dapat lesen sekali cuba. Cik Abang pun sangat ler supportive dan sporting.

Terima kasih jugak kat pengajar kita, Miss Marianne Reyes. Cara dia mengajar dan tips-tips yang dia bagi semuanya bagus belaka. Kalau ada rakan perempuan yang nak ambik lesen kat Doha ni... pergilah ke Al Khebra Driving School. Sekolah ni memang sangat bagus dan professional berbanding sekolah lain.

Cabarannya sekarang ialah nak sesuaikan diri pandu Ford Explorer yang gedabak tuh haa...

*Nota 6hb Jun 2012 - baru terperasan... nama kereta kitaorang ialah Ford Expedition. Aii? Nama kereta sendiri pun tak tau ke? Terus-terang cakap... memang pon... hahaha...
Until later...

p/s Masa ambik lesen kereta Malaysia dulu... tiap-tiap satu ujian kita pernah  fail. Ujian bertulis fail, ujian bukit fail, ujian reverse parking fail, ujian parellal parking fail, ujian jalan raya fail. Adoooiii... Nasib baik pengajar tu kawan Abah dan Mak. Dia kasik pakej ajar sampai lulus. Jenuh yang mengajor dan yang diajor... hahaha...

10 comments:

  1. tahniah! susah nk dpt lesen kt Qatar ni kan...harus lah diraikan tanda kesyukuran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, betul... Dahlah kita ni jenis kalut dan keliru arah kiri dengan kanan. Memang nervous... Alhamdulillah... lega...

      Delete
  2. tahniah..kat m'sia pernah gagal..
    rupa2nya kat qatar..sekali je test..
    tu kira hebat...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur tak terkata Anim. Sorang kawan Cik Abang kata, lain macam betul rasa lega lulus lesen kereta kat Qatar ni. Nervous bukan-bukan... dan dia tu bukan calang-calang orang. Dia Kapten Kapal! Bayangkanlah... hahaha...

      Delete
  3. alhamdulillah mabruk mabruk tahniah bila nak belanja akak lagi ni Huda nak yg Huda masak sedappppppppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki dtg sini... Insya Allah saya masakkan yg sedap-sedap utk Kak Noor...

      Delete
  4. Alhamdulillah.. boleh ler drive jejalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la nak cover-cover bila pakcik tu tengah tak larat nak drive... Nak berdesap-desup macam dulu... tak kot. Selagi boleh separa bersara ni, rilek la dulu...

      Delete
  5. Tersenyum2 baca entri ni, teringat pengalaman ambik lesen memandu masa belajar kat US. Sana siap pakai kereta sendiri nak exam..asalkan signal ngan lampu brek ok, bleh pakai. Along 1st time exam terus pass, walaupun ada terlanggar lampu merah time korner kiri (kena tunggu semua hijau baru bleh corner). Cik abg, apasal ntah nasib tak baik, kantoi 2 kali...walaupun salah dia sket je...terlaju sket je...hahaha...sib baik la tak bayar mahal..bila dah lulus tu, terus bwk kete sampai ke Factory Outlet, borong sakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam story ambik lesen ni kan? Tapi tang terus drive pegi Factory Outlet tu yang tak tahan tu... First thing first... hahaha...

      Delete