Rumah Ku Office Ku... hahaha... Betul la tuu... Abis tu kat mana lagi office kita kalau bukan kat rumah kita ni kan? Sejak 3-4 bulan kebelakangan ni... kita dah melancarkan program outsourcing kat Rumah Ku Office Ku ini...
Outsourcing sikit-sikit je sambil ajar anak-anak buat kerja-kerja rumah. Yelah, diaorang kan dah besar... dah sepatutnya dilatih. Biar tangan dan badan diaorang tu biasa dengan membuat 'house chores' kata orang putih. Dan membuatnya dengan cara yang betul... bukan buat sekadar buat dengan hentam keromo. Itu pun penting jugak tu...
Alhamdulillah setakat ni... Hannan dah semakin cekap. Basuh pinggan, kemas dapur lepas makan dan jamuan makan-makan... no problem dah. Jaga Haniis pun sama. Sekarang tengah mula membiasakan dia berpanas-panas di dapur dan di oven. Mula-mula dulu Hannan bengang jugak... kena buat itu-ini. Biasalah budak kan... Dia nak paksa Aarif dan Adeem ambik giliran basuh pinggan dan kemas dapur, siap marah-marah lagi.
Lalu kita pun cakap kat dia, "Hannan dulu baya Aarif dengan Adeem, ada tak Ibu suruh Hannan buat apa-apa kerja? Ada kena buang sampah? Hidang makanan? Ada kena kemas meja, lap meja dengan lantai lepas makan? Takde kan? Everything was done for you. You had it easy far longer than your brothers... so stop complaining!" Haaa... kan dah kena...dah tau Ibu dia ni brutal... sikit... hahaha...
Tugas pertama untuk Aarif ialah membuang sampah. Dari budak paling geli-geli... sekarang dah ok. Bayangkanlah, dulu dia geli nak pegang pinggan orang lain yang ada sisa makanan. Bila suruh buangkan sisa makanan ke dalam tong sampah, dia buat sambil termual-mual macam nak muntah. Pegang beg sampah pulak hujung-hujung jari aje... jangan tak percaya
Adeem berkongsi giliran dengan Aarif tentang persediaan untuk makan dan mengemasnya lepas selesai. Tapi dia ni terlebih teliti bila buat kerja, sampai kita pulak naik tak sabar dibuatnya... Kaki mengelat pun ya jugak tu... Sabor ajelah...
Alhamdulillah lagi sekali... sekarang Aarif dah tak apa-apa dah. Faham bila ambik beg sampah dari tong... mesti ikat betul-betul, mesti sarung beg sampah baru, kemudian pastikan tak ada air yang meleleh dari beg, lepas tu barulah angkut ke tong besar kat luar rumah. Dan mesti basuh tangan lepas buang sampah jugak.
Adeem berkongsi giliran dengan Aarif tentang persediaan untuk makan dan mengemasnya lepas selesai. Tapi dia ni terlebih teliti bila buat kerja, sampai kita pulak naik tak sabar dibuatnya... Kaki mengelat pun ya jugak tu... Sabor ajelah...
Amiin tukang tolong-tolong. Belum ada tugas khas. Tapi tiba-tiba haritu dia teringin nak basuh pinggan. Siap mintak Adeem jadi assistant dia. Oklah... layan ajelah, sementara dia nak. Sempat ler kita ambik gambor ni...
Tapi paling tak tahan perut nak ketawa bila Si Amiin cakap, "Kakak ni tak buat kerja pun, asyik main gaaaamee aje..." Hamboi budaaaak... baru sekali basuh pinggan dah pandai mengomel... biasa betul mulut eh! Kasik cili baru tau! Lepas tu Amiin dah seronok basuh pinggan, jadi kita mintaklah Hannan selia. Mana-mana yang tak berapa bersih tu nanti Hannan basuhlah semula. Lagipun Hannan memang kena sambung kerja-kerja simpan leftovers dan basuh periuk.
Ini diaorang kena kerah basuh bilik air diaorang. Haaa... baru tau susah tak susah nak membasuh bilik air. Lepas ni basuh lagi yea...
Yang paling best bila ada tetamu nak datang, kita buat aje seruan, "Petang nanti ada orang nak datang rumah kita tau..." Diaorang mesti kata, "Nak kemas ke Ibu?" Ye ler anak-anakku... itu pun nak tanya lagi ke? Hahaha... Tapi kemas jugaklah diaorang kerjakan rumah ni. Vacuum lantai la, kemas toys dan buku-buku diaorang tu la... Nanti Cik Abang akan mengemop last-last minit. Kenalah last minit... kalau mop awal-awal karang, sempat lantai tu comot balik sebelum tetamu sampai. Jadi bila kita keluar dari dapur... waaa... cayalah!
Ini outsourcing yang tak tersangka-sangka eh... Terkejut jugak bila Cik Abang volunteer nak siangkan ikan yang dibeli kat pasar. Tengkiew ler Babah yea...
Buat masa ni... kerja Si Kenit ni... is just to stay cute!
Until later...
p/s Senyum aje bila tengok budak-budak ni buat kerja. Sebenarnya kita dulu... bak kata Mak kita, sangatlah besor "Mim melingkornya..." Buat apa-apa kerja semuanya dalam keterpaksaan belaka... hahaha... Nasib baiklah budak-budak ni tak mengikut perangai Ibu diaorang ni haa... Alhamdulillah...
Buat masa ni... kerja Si Kenit ni... is just to stay cute!
Until later...
p/s Senyum aje bila tengok budak-budak ni buat kerja. Sebenarnya kita dulu... bak kata Mak kita, sangatlah besor "Mim melingkornya..." Buat apa-apa kerja semuanya dalam keterpaksaan belaka... hahaha... Nasib baiklah budak-budak ni tak mengikut perangai Ibu diaorang ni haa... Alhamdulillah...
hahaha nak tergelak aku baca budak2 ni buat kerja ... sama ja perangai dgn yg ada kat sini.
ReplyDeletelebih kurang jugak ceritanya kalau di rewind ke tahun 80an - 90an
baguslah,anak jantan pun kena ajar buat kerja rumah, takdelah esok kahwin tangan kaku xpandai wat keja...beruntung bini..
ReplyDeleteanak2 anim pun kena kerah angkat kain sekali sekala..
kalau harap ummi buat semua , alamat tak masuk dapur lah..
alahai comel si kenit tu berambut pjg..
Inilah namanya kemahiran hidup... Tak kira anak lelaki atau perempuan, mestilah ada skill ni. Pasti akan berguna di masa depan walaupun budaknya rasa terpaksa...
DeleteI like!!.. Ibunya buat apa bila outsourcing? Dok silang panggung? o_O
ReplyDeleteKat sana pompuan boleh drive? mr.R pening kalo dok mid.east sbb bini tokleh jd drebar..semuanya kena tunggu dia.
Dapo mcm kat panaga la...
Mananya silang panggung Cik Zaida ooooiiii... Bersilat Panggung ada ler...
DeleteKat middle east ni rasanya kat Arab Saudi aje orang perempuan tak boleh drive.
Dulu ko kat Oman kan? Oman OK apa...
Ha ah kan? Sebijik macam dapur kat F13...
aik .. mana hilang komen aku semalam. seronok tengok anak lelaki buat kera rumah. untung bini depa nanti.
ReplyDeleteEntahlah Mala... aku takde pulak nampak komen hang yang semalam.
DeleteAku bukan apa Mala... tak sanggup nak membayangkan kalau budak-budak ni dah besor nanti cuma tau dok tergolek-golek aje... sedangkan Ibu dia dok tonggang-langgang buat kerja sorang-sorang.
Aku dah jumpa family yang anak-anak jantannya "M" tahap maksimum... Sangatlah terlampau sampai ke tahap buat aku bersyukur Mak aku kerah/paksa/marah-marah aku buat kerja rumah masa aku pun "M" dulu... hahaha...
rajin sungguh 3 teruna basuh toilet. harraz main air adalah.. isnin ni tgk video operation. bukak jahitan
ReplyDeleteAkak pun kat situ beri arahan itu-ini... kalau suruh buat sendiri memang jadik main air ajelah...
DeleteInsya Allah nanti Akak tengok...
Rajinnya.. Alhamdulillah .. BTW, bila nak buat baklava bawak balik kl? Ni baru jer makan 7 biji RM13.. Mahal.. Tapi sedap.
ReplyDeleteBaklava tak larat ler nak buat. Takpe... nanti I'll buy some for you kat kedai Lebanese tu. Ingat tak first time kitaorang bawak balik baklava dari Saudi dulu? Punyalah maniiis... macam terus nak berlobang gigi bila makan...
ReplyDeletealhamdulillah..kecik2 dah reti nak kemas rumah sendiri...
ReplyDelete