Resepi asal dapat kat kawan kita, Zaida. Kali pertama makan cookies ni kat rumah dia bertahun-tahun dulu masa masih kat Brunei. Punyalah sedap... tak boleh berenti menyuap. Bila tanya dia kata, "Senang aje Kak Huda buat dia ni... tak guna telur pun." Macam tu la lebih kurang... hahaha...
Hai... kita ni kalau baking-baking tak payah guna telur ni memang suka benor. Bertahun tau tunggu resipi ni... Semalam baru dapat. Masa menyalin resipi, Si Hannan komen kenapa pucat sangat chocolate cookiesnya... maka itu yang jadi menderhaka resipi asal. Kalau tak rasanya lemak-lemak manis aje, bila kita tambah serbuk koko, rasa cookies menjadi bittersweet. Apapun... Alhamdulillah... tetap sedap!
Bittersweet Chocolate Chip Cookies...
1 cwn salted butter
1/2 cwn brown sugar
1 sdt esen vanilla
2 cwn tepung
1 1/2 sdt baking soda
1 1/2 cwn semi sweet chocolate chip
1 sdbsr serbuk koko
1 sdbsr susu
Panaskan oven kepada 160C.
Ayak tepung, baking soda dan serbuk koko.
Pukul butter, brown sugar dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan bahan kering, choc chip dan susu. Gaul sebati.
Ambil sedikit doh dan letakkan di atas dulang pembakar.
Tak perlu risau tentang bentuk, ini cookies gaya batu-batu.
Bakar selama 30 minit. Sejukkan dan siap untuk dihidang.
Resipi ni kita dah gandakan dari asal sebab takut tak cukup. Alhamdulillah... semalam puas semua makan, tak sempat cookies nak sejuk. Walaupun mungkin rasa tak sama, tapi bau wangi yang memenuhi rumah... memang sama dengan kedai cookies yang tulis "Free Smell..." kat atas kedai dia tu ha... Budak-budak kata, "Boleh jual la Ibu. Satu pek 5 Riyal..." hahaha...
Insya Allah... akan dibuat lagi dan lagi. Insya Allah... kita juga akan buat resipi asalnya nanti...
Until later...

Huda, sedap nya cookies...tapi kan kalau kita nk beli bhn2 buat cookies & cake ni kt mana ada jual? sbb I nk beli chocolate rice etc. tapi cari kt carrefour x jumpa, al-meera pun x jumpa..I pun suka resepi yg x guna telur mcm ni!
ReplyDeleteSetakat ni belum jumpa lagi kedai yg jual bhn2 baking yg mampu beli kat sini. Semua brg ada brand, harga pun brand jugak laa... Pilihan pun tak banyak.
DeleteNi guna Hershey's semi-sweet choc chip. Kat carrefour ada tapi selalu jugak takde.
Haritu nak mencari cupcake liners pun berpusing2 sana-sini. Mcm kelakar pulak. Nak beli kat kedai kat city center tu tak tergamak rasanya. Harga upscale sgt...
wah rajinnya Huda buat dah macam nak raya lah pulak ni sedappppp
ReplyDeleteKak Noor... apalah sangat cookies ala batu saya ni berbanding dgn blueberry cheese tart Akak tu... Segan saya tau...
DeleteAsyik lapar je la bila masuk blog ni...hehehehe...sodapnya rupa cookies tu..even yang blum masak..hahaha..insya'allah nak cuba la..activity cuti sekolah.
ReplyDeleteMeh la kita buat sama2 dgn bdk2. Diaorang sibuk suruh beli choc chip, nak buat cookies lagi...
ReplyDeletesedapnya cookies tu
ReplyDeletebiasanya mkn satu nak satu lagi... xleh nak stop kan
Mmm... mmg tak boleh stop. Menyuap sambil buat-buat lupa ukur lilit pinggang yg makin kembang tu... hehe..
Delete