Sunday, May 27, 2012

Bittersweet Chocolate Chip Cookies...

Resepi asal dapat kat kawan kita, Zaida. Kali pertama makan cookies ni kat rumah dia bertahun-tahun dulu masa masih kat Brunei. Punyalah sedap... tak boleh berenti menyuap. Bila tanya dia kata, "Senang aje Kak Huda buat dia ni... tak guna telur pun." Macam tu la lebih kurang... hahaha...

Hai... kita ni kalau baking-baking tak payah guna telur ni memang suka benor. Bertahun tau tunggu resipi ni... Semalam baru dapat. Masa menyalin resipi, Si Hannan komen kenapa pucat sangat chocolate cookiesnya... maka itu yang jadi menderhaka resipi asal. Kalau tak rasanya lemak-lemak manis aje, bila kita tambah serbuk koko, rasa cookies menjadi bittersweet. Apapun... Alhamdulillah... tetap sedap!

Bittersweet Chocolate Chip Cookies...

1 cwn salted butter
1/2 cwn brown sugar
1 sdt esen vanilla
2 cwn tepung
1 1/2 sdt baking soda
1 1/2 cwn semi sweet chocolate chip
1 sdbsr serbuk koko
1 sdbsr susu

Panaskan oven kepada 160C.
Ayak tepung, baking soda dan serbuk koko.
Pukul butter, brown sugar dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan bahan kering, choc chip dan susu. Gaul sebati.
Ambil sedikit doh dan letakkan di atas dulang pembakar.
Tak perlu risau tentang bentuk, ini cookies gaya batu-batu.
Bakar selama 30 minit. Sejukkan dan siap untuk dihidang.
Resipi ni kita dah gandakan dari asal sebab takut tak cukup. Alhamdulillah... semalam puas semua makan, tak sempat cookies nak sejuk. Walaupun mungkin rasa tak sama, tapi bau wangi yang memenuhi rumah... memang sama dengan kedai cookies yang tulis "Free Smell..." kat atas kedai dia tu ha... Budak-budak kata, "Boleh jual la Ibu. Satu pek 5 Riyal..." hahaha...
Insya Allah... akan dibuat lagi dan lagi. Insya Allah... kita juga akan buat resipi asalnya nanti...

Until later...

Tuesday, May 22, 2012

Nasi Ayam Panggang...

Nasi Ayam memang menu yang selalu kita masak. Dalam seminggu mesti ada sekali. Untuk orang yang memasak, menu ni sedap dan cepat untuk disediakan. Untuk yang makan, sedap dan cepat jugak. Cepat habis... hahaha...

Cara memasak nasi ayam dan ayamnya tu bermacam-macamlah. Selalunya ayamnya digorenglah. Dikukus pun boleh. Tapi sekarang... kita lebih suka dipanggangkan aje ayamnya. Ini resepi paling asas... ada banyak peluang untuk menggodeh dengan resepi ni. Meh gi dapur!

Nasi Ayam Panggang...

1 ekor ayam
2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
1 btg serai
2" halia
2" lengkuas
5 biji cili padi
1/2 sdbsr serbuk lada hitam
1/2 sdbsr serbuk lada putih
garam secukupnya

Rempah tabur untuk Ayam Panggang :
1 sdbsr garam + 1/2 sdbsr serbuk lada hitam + 1/2 sdbsr serbuk lada putih + 1/2 sdbsr serbuk bawang putih +  1 sdteh serbuk halia

Bawang besar dipotong empat. Bawang putih, serai, halia, lengkuas dan cili padi diketuk.
Masukkan semuanya ke dalam periuk dan isikan air secukupnya.
Masukkan serbuk lada hitam, lada putih, garam dan didihkan air.
Kecilkan api dan masukkan ayam. Renehkan selama 15 minit.
Keluarkan ayam dan taburkan rempah pada ayam dengan rata.
Masukkan ke dalam oven bersuhu 180C dan panggang hingga ayam garing.

Gunakan air rebusan untuk memasak nasi.
Asingkan sedikit air rebusan dan tambahkan kicap.
Selebihnya untuk sup.

Sambal Nasi Ayam...

10 biji lada merah
2 ulas bwg putih
1" halia
1/4 cwn cuka
garam dan gula secukup rasa

Kisarkan semua dan sesuaikan rasa masin dan manis.
Siap untuk dihidang bersama ulaman yang disukai.

Peluang menggodeh resepi :
1. Campurkan 1/2 sdbsr serbuk kunyit pada rempah tabur dan gorengkan ayamnya.
2. Sangai 1/2 sdbsr ketumbar, 1 sdteh jintan kasar, 1/2 sdteh jintan halus. Kisar dan campurkan pada rempah. Taburkan pada ayam. Panggang ayam dalam oven. Tambah 1/2 sdsbsr serbuk kunyit kalau mahu menggoreng.
3. Kurangkan sukatan garam. Campurkan sedikit kicap pekat, sos tiram dan madu pada rempah. Sapukan pada ayam. Goreng atau panggang ayam dalam oven.
4. Sapukan terus pes tomyam pada ayam dan panggang dalam oven.

Semua cara kat atas ni kita dah cuba dan Alhamdulillah semuanya sedap belaka. Insya Allah... kita akan buat semula semua resepi alternatif ni satu persatu dan postkan entrynya eh...

Selalunya memang kita akan panggang 2 ekor ayam yang anggaran beratnya 1kg setiap satu. Rakyat ramai kan... seekor memang tak cukup. Dapat rasa kelainan pada ayam dengan tambahan serbuk bawang putih dan serbuk halia.

Biasanya kita guna beras biasa aje... tapi kalau nak menjamu tetamu, kita guna Beras Basmati. Senangkan buat macam ni? Kita jugak pernah postkan resipi Nasi Ayam Kukus... kalau nak cuba.

Until later...

Thursday, May 17, 2012

Ambik Lesen Kereta kat Qatar...

Macam-macam kisah nak ambik lesen kat Qatar ni. Kalau nak jadi senang... senanglah. Kalau nak jadi payah... memaaang payah.

Ok... kita cerita dari awal. Langkah pertama nak ambik lesen ialah pergi ke mana-mana Sekolah Memandu. Kat setiap Sekolah Memandu ada satu pejabat Traffic Department. Bawak segala-mala dokumen dan daftarkan diri. Dia akan tanya samada nak Direct Test atau ambik kursus memandu.

Lepas tu dia akan tanya nak kereta manual atau automatic. Bayar eerr... tak berapa ingat, QR150.00 kot. Yang pasti mesti bayar guna kad, tunai tak diterima. Sekarang dah boleh daftar kat Sekolah Memandu.

Kalau Direct Test tak perlulah... datang aje pada hari ujian yang dah ditetapkan. Kebanyakan lelaki dari Malaysia target buat Direct Test. Kalau dapat jumpa The Sheikh (Ketua Traffic Department kat Sekolah Memandu tu...) diaorang dapat buat Direct Test dengan Kapten Polis. Selalunya kalau dengan Kapten, tak risau terlalu ikut protokol untuk lulus. Asalkan dia puas hati yang membawak kereta tu cukup bagus... luluslah.

Cik Abang kita dapat buat cara ni. Tapi nak dapat jumpa The Sheikh tu macam-macam story laaa... Kalau ada rezeki, senang aje... dapat jumpa The Sheikh dan dia pun terus sign dokumen. Kalau takde rezeki... baru je cakap nak jumpa The Sheikh, terus kena halau... sabor ajelah... Yang buat Direct Test ni pun kengkadang 2-3 kali test baru lulus. Nak-nak kalau buat dengan buat dengan Polis biasa sebab diaorang mesti ikut protokol.

Kat Sekolah Memandu boleh pilih Short Course atau Full Course. Kita ni tak berani Direct Test sebab dah dekat setahun tak memandu... tambah  lagi kat sini pemanduan sebelah kiri. Jadi ambik ler Short Course. Harganya QR 15000.00 untuk 12 kelas praktikal + 8 kelas teori + yuran ujian . Boleh pilih pengajar lelaki atau perempuan. Bahasa pengantara Bahasa Arab, Inggeris atau India.

Semalam hari ujian. Pukul 5.00 pg sepatutnya dah kena ada kat Sekolah Memandu. Tapi boleh pulak kelam-kabut pagi tu... pukul 5.20 pg baru sampai. Ramai yang dah selesai Road Sign Test. Yang kita ni, ambik dokument yang dihulur pastu terus berdiri kat depan Polis.

Tak sempat nak Bismillah... Polis Perempuan tu terus tunjuk dan tanya. "What sign is this?" Dan kita terus... Blank! Jem otak Ya Allah... Nasib baiklah masa tu ada orang ajak dia borak. Habis dia bercakap, terus tunjuk sign yang lain pulak... hahaha...

Alhamdulillah... walaupun tangan keras-kejung sejuk-sejuk sebab terlalu nervous... ujian parking dan bukit dapat dibuat dengan baik. Lepas tu mana yang lulus dibahagi kepada 3 rombongan. 2 untuk Road Test kereta automatik, 1 untuk kereta manual.

Kereta ujian jalan kat depan. Ada sorang Polis Lelaki dan sorang Polis Perempuan. Yang lain-lain ikut belakang dengan bas dan van. Bergilir-gilir masuk kereta untuk ujian yang tak sampai 10 minit pun. Tapi mesti cukup 12 markah tak boleh kurang untuk lulus. Pemandu van kitaorang bagus. Dia pesan kalau nak tukar lane, kasi signal dan biar dia tukar lane dulu... pastu barulah susup masuk kat depan dia.

Alhamdulillah.. ramai yang dalam van kita tu lulus... termasuklah sorang sister yang ambik ujian untuk kali ke 5. Punyalah seronok Mak-mak Arab ni dapat lulus, "Mabruk! Mabruk!" diaorang bersorak... hahaha... Dah tu pergi ke Traffic Department, bayar QR 250.00 dan terus dapat lesen. Legaaa...

Petang tu kita belanja satu family makan kat Food Court Villagio, dah semua nak makan ikut selera masing-masing. Tanda syukur dan terima kasih sebab budak-budak tu beramai-ramai doakan Ibu diaorang ni supaya lulus dan dapat lesen sekali cuba. Cik Abang pun sangat ler supportive dan sporting.

Terima kasih jugak kat pengajar kita, Miss Marianne Reyes. Cara dia mengajar dan tips-tips yang dia bagi semuanya bagus belaka. Kalau ada rakan perempuan yang nak ambik lesen kat Doha ni... pergilah ke Al Khebra Driving School. Sekolah ni memang sangat bagus dan professional berbanding sekolah lain.

Cabarannya sekarang ialah nak sesuaikan diri pandu Ford Explorer yang gedabak tuh haa...

*Nota 6hb Jun 2012 - baru terperasan... nama kereta kitaorang ialah Ford Expedition. Aii? Nama kereta sendiri pun tak tau ke? Terus-terang cakap... memang pon... hahaha...
Until later...

p/s Masa ambik lesen kereta Malaysia dulu... tiap-tiap satu ujian kita pernah  fail. Ujian bertulis fail, ujian bukit fail, ujian reverse parking fail, ujian parellal parking fail, ujian jalan raya fail. Adoooiii... Nasib baik pengajar tu kawan Abah dan Mak. Dia kasik pakej ajar sampai lulus. Jenuh yang mengajor dan yang diajor... hahaha...

Monday, May 14, 2012

Kuih Bakar...

Macam main cak-cak aje kuih ni kan? Malu-malu gitu... hahaha... Resepi asalnya dari kuihbakar.com  Kita punya dah diolah semula...

Kuih Bakar...

2 cwn tepung
1 cwn gula
1 cwn air
2 1/4 cwn santan
2 sdbsr minyak jagung
1/2 sdteh garam
1 1/2 sdbsr pandan emulco
2 biji telur
1/2 sdbsr esen vanilla
bijan secukupnya

Panaskan oven pada 180C. Lengser loyang dengan minyak.
Pecahkan telur dan pukul sebati dengan esen vanilla.
Kemudian masukkan air, santan, minyak jagung, garam dan pandan emulco. Pukul sebati.
Gaulkan tepung dan gula. Tuangkan bancuhan tadi dan pukul sebati.
Tapiskan jika mahu dan tuangkan kedalam loyang.
Taburkan bijan ke atasnya. Bakar dalam oven selama 1 jam.
Gunakan api atas untuk 10 minit terakhir untuk kesan bakar yang cantik.
Sejukkan sebelum dihidang.

Sebenarnya kalau nak, boh aje masuk semua bahan dalam mangkuk, pastu putar aje guna mixer. Habis cerita hahaha... Cuma kita ni aje yang cerewet sikit bab-bab telur... Telur tu kita mesti nak pukul betul-betul dengan esen vanilla dulu. Kita dapati kalau buat macam tu, bau telur Insya Allah akan berkurangan dari biasa.

Dalam resipi asal, 2 sdbsr minyak dimasukkan dalam loyang kemudian dipanaskan dalam oven dulu. Kemudian barulah dituangkan bancuhan dan dimasak seperti biasa. Menarik kan cara macam tu? Selamat Mencuba yea...
Baru keluar oven. Hmmm... bau sedap, rasa pun sedap. Nak buat lagi dan lagi...

Until later... 

Thursday, May 10, 2012

Outsourcing...

Rumah Ku Office Ku... hahaha... Betul la tuu... Abis tu kat mana lagi office kita kalau bukan kat rumah kita ni kan? Sejak 3-4 bulan kebelakangan ni... kita dah melancarkan program outsourcing kat Rumah Ku Office Ku ini...

Outsourcing sikit-sikit je sambil ajar anak-anak buat kerja-kerja rumah. Yelah, diaorang kan dah besar... dah sepatutnya dilatih. Biar tangan dan badan diaorang tu biasa dengan membuat 'house chores' kata orang putih. Dan membuatnya dengan cara yang betul... bukan buat sekadar buat dengan hentam keromo. Itu pun penting jugak tu...

Alhamdulillah setakat ni... Hannan dah semakin cekap. Basuh pinggan, kemas dapur lepas makan dan jamuan makan-makan... no problem dah. Jaga Haniis pun sama. Sekarang tengah mula membiasakan dia berpanas-panas di dapur dan di oven. Mula-mula dulu Hannan bengang jugak... kena buat itu-ini. Biasalah budak kan... Dia nak paksa Aarif dan Adeem ambik giliran basuh pinggan dan kemas dapur, siap marah-marah lagi.

Lalu kita pun cakap kat dia, "Hannan dulu baya Aarif dengan Adeem, ada tak Ibu suruh Hannan buat apa-apa kerja? Ada kena buang sampah? Hidang makanan? Ada kena kemas meja, lap meja dengan lantai lepas makan? Takde kan? Everything was done for you. You had it easy far longer than your brothers... so stop complaining!" Haaa... kan dah kena...dah tau Ibu dia ni brutal... sikit... hahaha...

Tugas pertama untuk Aarif ialah membuang sampah. Dari budak paling geli-geli... sekarang dah ok. Bayangkanlah, dulu dia geli nak pegang pinggan orang lain yang ada sisa makanan. Bila suruh buangkan sisa makanan ke dalam tong sampah, dia buat sambil termual-mual macam nak muntah. Pegang beg sampah pulak hujung-hujung jari aje... jangan tak percaya

Alhamdulillah lagi sekali... sekarang Aarif dah tak apa-apa dah. Faham bila ambik beg sampah dari tong... mesti ikat betul-betul, mesti sarung beg sampah  baru, kemudian pastikan tak ada air yang meleleh dari beg, lepas tu barulah angkut ke tong besar kat luar rumah. Dan mesti basuh tangan lepas buang sampah jugak.

Adeem berkongsi giliran dengan Aarif tentang persediaan untuk makan dan mengemasnya lepas selesai. Tapi dia ni terlebih teliti bila buat kerja, sampai kita pulak naik tak sabar dibuatnya... Kaki mengelat pun ya jugak tu... Sabor ajelah...

Amiin tukang tolong-tolong. Belum ada tugas khas. Tapi tiba-tiba haritu dia teringin nak basuh pinggan. Siap mintak Adeem jadi assistant dia. Oklah... layan ajelah, sementara dia nak. Sempat ler kita ambik gambor ni...
Tapi paling tak tahan perut nak ketawa bila Si Amiin cakap, "Kakak ni tak buat kerja pun, asyik main gaaaamee aje..." Hamboi budaaaak... baru sekali basuh pinggan dah pandai mengomel... biasa betul mulut eh! Kasik cili baru tau! Lepas tu Amiin dah seronok basuh pinggan, jadi kita mintaklah Hannan selia. Mana-mana yang tak berapa bersih tu nanti Hannan basuhlah semula. Lagipun Hannan memang kena sambung kerja-kerja simpan leftovers dan basuh periuk. 
Ini diaorang kena kerah basuh bilik air diaorang. Haaa... baru tau susah tak susah nak membasuh bilik air. Lepas ni basuh lagi yea...

Yang paling best bila ada tetamu nak datang, kita buat aje seruan, "Petang nanti ada orang nak datang rumah kita tau..." Diaorang mesti kata, "Nak kemas ke Ibu?" Ye ler anak-anakku... itu pun nak tanya lagi ke? Hahaha... Tapi kemas jugaklah diaorang kerjakan rumah ni. Vacuum lantai la, kemas toys dan buku-buku diaorang tu la... Nanti Cik Abang akan mengemop last-last minit. Kenalah last minit... kalau mop awal-awal karang, sempat lantai tu comot balik sebelum tetamu sampai. Jadi bila kita keluar dari dapur... waaa... cayalah!
Ini outsourcing yang tak tersangka-sangka eh... Terkejut jugak bila Cik Abang volunteer nak siangkan ikan yang dibeli kat pasar. Tengkiew ler Babah yea...
Buat masa ni... kerja Si Kenit ni... is just to stay cute!

Until later...

p/s Senyum aje bila tengok budak-budak ni buat kerja. Sebenarnya kita dulu... bak kata Mak kita, sangatlah besor "Mim melingkornya..." Buat apa-apa kerja semuanya dalam keterpaksaan belaka... hahaha... Nasib baiklah budak-budak ni tak mengikut perangai Ibu diaorang ni haa... Alhamdulillah...

Tuesday, May 8, 2012

Noora...

Noora ialah adik kita yang kedua. Orangnya tabah, tak banyak cerita, tak banyak merungut. Apa pun dugaan yang melanda dirinya... dia terus teguh. Apa sahaja yang perlu dia buat... dia akan buat... tak kiralah sesusah mana. Punyalah ketat dia menyimpan rahsia, selalu benda dah berlalu barulah kitaorang diberitau. Itulah adik kita, Noora.

Dugaan bagi Noora pagi ini ialah dia akan melalui pembedahan untuk membuang ketumbuhan di ovari kanannya. Semoga pembedahan berjalan lancar. Semoga Noora selamat. Paling penting... semoga biopsi ovarinya kelak memberi keputusan yang tidak memudaratkan.

Sebagai kakak yang duduk begitu jauh... hanya doa sahaja yang dapat dikirimkan. Semoga Allah memberi kemudahan, perlindungan dan rahmatNya kepada Noora, anak-anaknya - Harraz, Arissa, Jessi dan jugak pada suaminya Masri. Amiin... Insya Allah...
Yang duduk dan memakai baju bunga-bunga itulah Noora. Yang berbaju biru pekat ialah adik pertama kita, Fizah. Bersama anak-anak sedara perempuan... Lysha, Jessi dan Arissa...

Until later...