Thursday, November 29, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 13

Berjanji dengan Su untuk jumpa kat Emirates Mall. Bagus la jugak sebab kat situ ada Carrefour. Boleh jugak beli snacks dan air mineral untuk perjalanan balik ke Doha.Lampin Haniis pun dah habis. Shopping itu ajelah... lain-lain takde... 

Lepas makan dan solat, kitaorang pergi ke Deira. Masuk Naif Market. Penuhnya orang. Harga abaya memang lebih murah dari Doha. Sulamannya pun cantik tapi... yang kita berkenan... yang itulah takde saiznya. Geram aje. Fabrik kainnya nipis sikit, jadi sesuailah kalau nak pakai kat Malaysia. Abaya kain Lexus yang kita buat kat Doha ni tebal. Sudahnya berpeluh-peluh kepanasan...
Rasa terkilan tak beli selendang tu lebih-lebih... bila dah pakai cantik  la pulak...
Lepas tu Su bawak kita ke kedai kain Phulwani - Air Crew Shop. Kaunter kedai ni penuh dengan kad nama orang Malaysia. Kat situ dah penuh... dia pegi tampal kat siling. Bukti nyata orang kita memang ramai beli kain kat situ. Mamat baju biru tu fasih benar cakap Melayu. Entah-entah dah beratus-ratus blog dan FB orang seantero dunia ni dah keluar muka dia... hehe...
Ada jugak gambor ala-ala romantik dengan Cik Abang kita... hehe... sukanya!
Su ajak pulak naik bot menyeberang sungai ke kawasan Old Souq. Kita enjoy the ride aje. Bila sampai kat seberang, kita duduk kat bangku dengan Haniis sementara yang lain-lain pergi explore. Dah tak larat nak jenjalan dah. Lenguh habis... Kalau tengok kat gambar... macam gelap betul malamnya kan? Siap nampak bulan terang berseri-seri kat langit nun. Jangan terkejut yea... masa tu baru pukul 7.30mlm.
Rasa nusantara... terbukak selera...
Menyeberang semula ke Deira dan kemudian naik kereta pergi ke Betawi Restaurant. Masakan Indonesia pulak. Kalau kat Singapore Deli... bila mintak yang pedas... dapat pedas yang lembut dan santun-santun gitu.  Sambal tumis mintak bertambah dua kali tapi masih tak naik-naik pedasnya. Kat sini... bila mintak pedas... haaa... berair hidung dibuatnya! Alhamdulillah...
Take me home... take me home..
Esoknya pagi-pagi lagi Mala dan keluarga dah bersiap nak bertolak balik ke Muscat. Diaorang ni memang on time. Kalau kata lepas Subuh... memang betul-betul lepas Subuh. Pkl 5.00pg diaorang singgah bilik, ucap selamat jalan. Macam sayu la pulak... 

Kitaorang bertolak dalam pukul 9.00pg. Berhenti sekejap-sekejap untuk makan dan solat. Alhamdulillah... urusan kat Immigresen untuk keluar dari mana-mana negara lebih senang berbanding untuk masuk. Semua keterangan kita dah ada dalam sistem. Tak perlu berlama-lama... 

Nampak pulak signboard arah ke Mekah dan Madinah. Hmm... InSyaaAllah... tahun depan yea. Semoga ada rezeki nyawa, rezeki waktu, rezeki kesihatan, rezeki pendapatan dan rezeki peluang untuk kitaorang sekeluarga pergi Umrah lagi dan dapat jugak memenuhi impian menyempurnakan ibadah yang lebih besar iaitu Haji. 

Doa-doakan la yea... Semoga Allah beri Arab Saudi kelapangan untuk bagi kouta berlebihan tahun depan.  Kalau masih ada kat Qatar... dapatlah kiranya orang-orang yang tak cukup 3 tahun bekerja macam kitaorang ni ikut sama... Amiin... Eh... lari pulak storyline... hehe...

Dalam pukul 6.00ptg sampailah kitaorang ke Doha semula. Alhamdulillah selamat semuanya...

Until later...

p/s Terima kasih Mala bagi guna gambar-gambar dari album hang...

Wednesday, November 28, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 12

Perjalanan lancar terus ke Hatta, Pos Immigresen di sempadan Oman-Dubai. Urusan pun cepat aje selesainya. Dalam pukul 2.00ptg dah sampai ke bandar Dubai. Kitaorang book apartment satu bilik kat hotel tempat Su duduk. Mala dan keluarga tumpang apartment Su... dan Su tumpang apartment kawan dia Puteri. Bestkan ada kengkawan macam ni...? Alhamdulillah...
Dah nampak skyline Dubai...
Kitaorang lepak-lepak kat bilik aje sampai lepas Maghrib... lepaskan penat dan tunggu Su balik kerja. Sementara menunggu tu, sempatlah basuh baju dan masak Maggi Kari buat alas perut... 
Yang pakai cermin mata sebelah Su ialah Puteri. Dia bakal berpindah ke Doha hujung tahun ni...
Kuetiew Goreng, Lontong, Sup Ekor, Nasi Lemak, Kangkung Belacan, Telur Dadar dan ada lagi 2-3 jenis makanan yang dah tak ingat. 2 jag Ice Lemon Tea dan 1 jag Teh Tarik. Haaa... hambik... memang lepaskan geram betul-betul nih! Sementara orang tua borak-borak stail orang tua... budak-budak borak stail budak-budak. 

Lepas makan semua setuju balik bilik. Dah tak larat nak jalan-jalan. Penaaaatt...
Mesti beli pre-paid tol card - Salik. Automatik dia potong bila lalu kat tol gate...
Pagi-pagi dah keluar pergi ke arah Jumeirah. Tempat Burj Al Arab dan Palm Jumeirah yang terkenal tu. Sebelum sampai ke pantai, cari kedai nak sarapan. Terjumpa Lebanese Bakery. Kedainya kecik tak muat nak duduk rombongan yang ramai ni. Apa lagi... Cik Puan Mala pun bentanglah tikar. Piknik-piknik dengan roti berinti sosej yang panas-panas baru keluar oven... sambil tu hirup chai panas. Hai... nikmat sungguh...

Lepas posing-posing kat tepi pantai, kitaorang masuk ke Palm Jumeirah Crescent. Tengok rumah-rumah dan Hotel Palm Atlantis.
Sungguhpun panas... tapi rasa macam seronok pulak tengok laut camni...
Lepas tu singgah pulak kat Souq Madinat Jumeirah. Shopping Mall yang dibina dengan gaya souq lama. Sukanya kita duduk kat dalam tu.. Cantik sangat ukiran-ukiran dan binaan kayunya. Sejuuuk aje rasa...
Geram betul tengok pintu gerbang  tu. Pakkal rumah kita dan dompet Cik Abang ala-ala comel... hehe..
Ada satu sudut mall ini yang berderet kedai menjual perabut-perabut antik. Kagum betul kita menengoknya. Peminat seni kayu la katakan... Rata-rata... perabutnya jenis yang sangat besar, tegap dan berat. Rasanya kalau dah letak kat satu tempat dalam rumah kan... bior ajelah dia kat tempat tuu.. Takde channya nak ngubah-ngubah susun atur perabut tu tiap-tiap bulan. Boleh patah pinggang kalau buat sediri...

Dah puas tengok-tengok, belek-belek, pegang-pegang, berangan-berangan... kitaorang berpatah balik ke bandar Dubai. Su nak bawak jalan-jalan. Dia ambik cuti separuh hari...

Until later..

Tuesday, November 27, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 11

Inilah dia Shuwa... makanan tradisional Oman. Alhamdulillah...
Lain rasa tehnya... mungkin guna madu sebagai pemanis...
30hb Okt 2012
Hari ini kitaorang bertolak ke Dubai, UAE bersama dengan Mala sekeluarga. Dalam perjalanan tu tiba-tiba Cik Abang membelok ke kiri sedangkan Cik GPS masih kata jalan lurus. Rupa-rupanya dia nampak signboard tulis Suwayq Castle 5 km... ooo...

Makanya sampailah kita kat sini... dan dapatlah jugak merasa masuk castle. Tapi terpaksa tunggu dulu sebab castle bukak pkl 8.30pg. Kebetulan ada kedai jual makanan dan chai kat seberang jalan. Apa lagi... sarap laa...
Samosa dengan jemput-jemput sayurnya sangat sedap. Haniis dapat manisan  free...
Pakcik tu lepak-lepak kat sini lepas beli daun untuk makanan kambing ...
Kat depan pintu masuk castle. Kena lalu terowong, naik tangga untuk sampai ke dataran pertama...
Kat belakang pintu besar tu ada tangga yang membawa kitaorang ke dataran yang lebih tinggi...
Castle / kota ni masuk kategori saiz kecik dengan design dan layout yang straight forward. Ada lagi yang lebih besar dan lebih elaborate design dan layoutnya. Tapi yang ini pun dah cukup mengkagumkan...
Rupa di dalam salah satu bilik...
Lubang-lubang tirus sepanjang dinding tu ialah tempat mengintai musuh dan tempat melepaskan anak panah. Lubang tepi sebelah kiri... katanya ialah tempat menuang minyak panas untuk menghalang kemaraan musuh. Panjat tangga tu untuk sampai ke bumbung tempat Si Aarif bergambar. Sayang tempat ni tak berjaga. Penuh dengan taik burung...
Bersuka-ria...
Lepas puas pusing-pusing dan posing-posing, kitaorang pun tinggalkan Suwayq Castle. Tapi sebelum tu... tandatangan Buku Lawatan dulu...
Beria aje budak kecik tu menengok abang dia menulis...
Perjalanan ke Dubai diteruskan...

Until later...

p/s Terima kasih pada blogger Lya - Menulis dari H.A.T.I  yang beri tutorial untuk atasi masalah tak boleh upload gambar. Ramai yang lega masalah dah selesai...

Thursday, November 22, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 10

29hb Nov 2012
Sebelah pagi kitaorang dibawak ke Bait Al-Zubair Museum. Asalnya rumah turun-temurun seorang menteri yang pernah berkhidmat untuk 3 Sultan Oman yang terdahulu. Gambor kat sini tak banyak rupanya... kalau nak tengok gambar tambahan... bolehlah klik kat blog Mala - Journey to Simplicity. Cerita kat blog dia advance lagi dari yang kita... laju Cik Puan tu mengupdate. Siap boleh selang dengan resipi lagi...
Ni kat bahagian luar museum...
Dalam museum tak boleh ambik gambar... tapi kalau nak tengok gambor curi-curi, ada kat blog Mala yea...
Yang ini kat dalam rumah yang dijadikan kafeteria. Comel betul bilik kat dalam rumah tradisional ni...
Petangnya bawak budak-budak main kat pantai. Sebelum tu ronda-ronda kawasan perumahan PDO dulu...
Tak boleh nak cakap apa lagi dah... Oman memang cantik...
Cik Puan Mala memang suka piknik-piknik... hehe...
Sebenarnya tengaharinya kitaorang makan Shuwa kat restoran. Shuwa ialah makanan istimewa Oman. Daging kambing diramas bersama rempah-ratus kemudian dibungkus dan dimasak semalaman. Ovennya ialah lubang kat tanah yang diisi dengan bara. Sedap dan lembut daging tu jadinya. 

Malangnya gambar dalam restoran ada 3 aje. Si Haniis hangin... berebut kamera. Sudahnya sembunyikan aje kameranya... tak kuasa nak layan budak tu melalak. Takpe... nanti kita mintak gambor dari Mala. Dia sure ok punya...

Until later...

Wednesday, November 21, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1 hb Nov 2102-Bhg 9

Seterusnya kitaorang ke Bimma Sinkhole. Walaupun perjalanan taklah jauh sangat dari empangan tadi... masing-masing dah mula kelaparan. Yang ada dalam kereta cuma air dan popcorn yang dibeli kat Souq Mutrah semalamnya. Jadi itulah pengalas perut kitaorang. Tapi bermasalah pulak bila makan popcorn... tekak jadi haus... apatah lagi popcorn tu perasa garam. Bad idea...  bad idea betul...
Kat luar kereta panas kering... kat dalam kereta pun panas kering jugak...
Dah la tu... boleh pulak Si Haniis tu mempoo-poo. Aiii... mana tahan bau kan... terpaksalah berhenti tepi jalan dan cebukkan dia. Betul-betul mencabar skill tau... hahaha...
Buat terkejut aje... 
Bila dah sampai, paling utama nak buat dulu mestilah makan. Tak heran dah betapa cantiknya Bimma Sinkhole tu... perut mesti isi dulu yea...
Kat bawah teduhan pokok ni kitaorang menjamu selera...

Hampir setiap pokok ada penunggu... 
Lepas makan barulah boleh turun...
Subhanallah.... keindahan alam...
Budak-budak muda tunjuk macho... tapi lepas tu tersenyap bila ada yang terjun dari tebing paling atas...
Air di sinkhole ni adalah air masin. Air laut masuk melalui terowong yang berhubung terus dengan laut. Bila duduk kat gigi air, ada ikan-ikan kecil menggigit kaki. Katanya bila musim sejuk, ikan-ikan yang masuk ke sinkhole tu ikan-ikan yang lebih besar. Kita terfikir... kalau setakat ikan kembung ke... ikan selar ke... ok lagi kot. Tapi kalau yang masuk tu ikan jerung? Camner? Ooooo ngeri...

Until later...

Sunday, November 18, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 8

Dari Sultan Qaboos Grand Mosque, kitaorang hantar Su ke airport, dia nak ke balik Dubai dan kitaorang pun teruskan perjalanan ke Wadi Dayqah Dam di Quriyat. Oman selalu terima hujan yang lebat. Selalu banjir jadi empangan ni dibina sebagai penebat banjir. Selain daripada tu bolehlah menyimpan air berlebihan tu  sebagai punca bekalan air.
Kat dalam gambar macam tak ramai orang tapi penuh tu... Masing-masing ambik peluang berjalan masa cuti. Cantik tempatnya...
Tapi sayang kitaorang tak ke sini...
Gambar diambil dari lovely life...
 Until later..

p/s Maaf... harini terpaksa entry pendek...

Thursday, November 15, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 7

28hb Okt 2012
Selepas berserapan, kitaorang ke Sultan Qaboos Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di Oman. Secara rasmi, negara Oman bermazhab Ibadi tapi kita masih boleh menumpang bersolat di masjid-masjid dia...
Gambar atas sekali adalah pandangan dari sisi. Pintu sisi ni ditutup. Bila masuk pintu gerbang barulah nampak terbentang dataran  menuju masjid...
Lampu chandelier yang cantik...
Bahagian dalam masjid...
Bahagian mimbar. Seni yang sangat halus...
Fathers and sons...
Punyalah payah nak suruh posing...
Penampilan istimewa - Masjid Asma' Binti Alwi yang berdekatan dengan rumah Mala dan Hasni. Masjid Sunni. Takde masalah... silalah bersolat tanpa ragu-ragu...
Masjid Al Lawatiya berdekatan Souq Mutrah... Ini Masjid Syiah. Jangan salah masuk yea...

Until later...

Wednesday, November 14, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 6

Satu hari berjalan... dari pagi sampai malam. Oohh... penat toksah cakap la... tapi seronok. 2 tempat terakhir pada hari pertama di Oman. Lepas Maghrib, kitaorang berjalan kat  Souq Mutrah pulak. Tapi hari cuti kan... tak banyak kedai yang bukak. Tapi macam kita-kita ni... bukan nak membeli-beli sangat. Cuci mata aje lebih. Meh cuci mata...
Pintu masuk souq...
Segala macam benda antik ada kat sini...
Kat Souq Mutrah ni ada banyak kedai-kedai antik. Kedai ni antara yang besar. Masa mula-mula masuk... waa... rasa macam gua harta karun. Hentah dari mana diaorang dapat benda-benda ni tak tau lah. Barang hiasan lama dari perak asli lambak aje dalam bekas macam tu. Nak beli macamana kira? Main timbang aje... Harga berapa? Kitaorang tanya tapi takde siapa nak layan dan beri jawapan...

Kat belakang bekas-bekas berisi perak tu, ada bekas berisi duit syiling lama. Lepas belek-belek... adalah berkenan duit syiling Oman kurun ke 15, 16 dan 18. Sekali kita tanya harga... pekerjanya beritau. Dua kali kita tanya, dia boleh kata, "What you don't understand? I speak English. What languange you want me tell you? I can speak!" Weeeiii laaa... biadapnya muluuuut! Cik Abang kata, "Dah... campak balik benda tu. Kita keluar." 

Sakitnya hati toksah cakap laa... tapi bila ingat-ingat balik. Takpelah... selamat duit kitaorang. Harga syiling tu mahal la jugak. Ada sekeping OMR 8.000 sama dengan RM 64.00, ada yang OMR 25.000 lebih kurang RM 200.00. Kalau jadik beli... hangus jugak poket... hahaha...
Kedai menjual rempah-ratus, wangian, kemenyan dan popcorn...
Akhirnya kita beli fridge magnet, t-shirt dan popcorn aje. Beli kat kedai yang dijaga oleh warga tempatan. Orang Oman sendiri... haaaahh... terus sejuk hati yang marah. Diaorang sangat bersopan-santun dan layan kitaorang dengan baik walaupun kita cuma beli barang yang tak berapa mahal. Terima kasih Pakcik-pakcik Oman...
Hiasan di bumbung souq...
Sebelum balik rumah, kitaorang dibawak makan kat sini. Kedai makan ni memang tempat mesti pergi untuk warga Malaysia. Shuarma dan ayam panggangnya memang sedap. 3 malam kitaorang makan kat sini... hahaha...
Haniis duduk dengan Mak Angkat dan Kakak Angkat dia... 
Adeem dan Adam...
Inilah yang dinanti-nanti... Sedapnya...
Until later...

Tuesday, November 13, 2012

Kembara Doha-Muscat 25hb Okt-1hb Nov 2012-Bhg 5


Salah-satu perkara menarik di Oman ialah kota-kota lamanya. Selalunya dibina nuuuun kat atas gunung batu yang tinggi untuk dapatkan pandangan laut.

Selama ni kita asyik dengar cerita pasal forts dan castle kat negara omputih... rupanya kat Oman ada banyak. Lebih kurang 500 buah sepanjang pesisiran laut Oman. 

Dongaklah ke puncak gunung kat tepi pantai... paling tidak, mesti ada berdiri satu menara pengawal. Extreme engineering... suka tengok...
Kota Lama di Mutrah. Lupa nak ambik gambar. Yang ni diambil dari andy in oman...
Tangga menuju ke kota hanya 3/4 perajalanan... jadi ambik-ambik gambor kat tangga curam ni aje...
Masing-masing melawan rasa gayat. Eeeiii... terasa-rasa liciiin tapak kaki tengok gambor ni...
Seronok panjat tinggi-tinggi ek?
Aarif tengah geram... Amiin main lompat-lompat... tak reti takut la budak tu...
Di Oman... muzium berada di mana-mana. Sampaikan pintu gerbang pun boleh dijadikan museum. Muscat Gate Museum. 3 fungsi dalam satu... muzium, pintu gerbang dan jejantas...
Mural mozek tak jauh dari tangga entrance ke muzium. Tangganya kat celah-celah rumah orang...
Muscat Gate Museum dibina di atas tanda sempadan bandar Muscat yang lama...
Naik tangga yang landai untuk sampai ke dataran ni. Anak-anak yang bermain tu ialah dari kejiranan
 yang bersebelahan  dengan muzium...
Malangnya muzium di tutup... jadi layan ajelah gambor-gambor sekitar muzium yea...





















Tangga ke tingkat bawah...
Cool kids... 
Bersantai kat atas tembok...
Rumah dan pokok celah gunung batu...
Cuba kira ada berapa satelite dish kat atas bumbung tu...? Agak-agak berapa ramai orang
yang duduk kat dalam bangunan comel ni?
Ada terselit gambar Kota Lama ni rupanya. Waktu malam yang dihiasi bulan mengambang...
Until later...