Thursday, April 19, 2012

April dan Ikan Kerapu Masak Sambal...

Untuk pengetahuan semua... kat sini Ikan Kerapu dipanggil Hamour. Hari Jumaat lepas Cik Abang ke pasar, nampak ikan ni segar-segar. Dia pilih 2 ekor yang beratnya hampir 2kg. Kemudian penjual tu tambah lagi seekor kecik untuk cukupkan timbangan. Lepas tu ditambahnya lagi seekor bersaiz lebih kurang sama. Cik Abang kata cukuplah tu... dia nak 2kg aje.

Tapi yang peliknya, penjual tu campakkan lagi seekor kat dalam beg. Laaa... sudah... Cik Abang cuba kira-kira berapalah agaknya dia kena bayar. Sebab yang 3 ekor extra tu boleh capai berat 1 1/4kg... Maha suci Allah nak bagi rezeki. Penjual mintak harga 2kg aje. Alhamdulillah...

Jadi Selasa lepas kita goreng 3 ekor ikan percuma tu dan sirakan dengan sambal tumis. Alhamdulillah... sedapnya... Meh goreng ikan!

Ikan Kerapu Masak Sambal...

3 ekor ikan kerapu (400g seekor)
3 biji bawang besar saiz sederhana
4 ulas bawang putih
1 cwn lada kisar
2" halia
1" lengkuas
1 btg serai
3 keping asam keping
garam, gula secukup rasa

Rencah untuk ikan : serbuk kunyit, garam, sedikit serbuk lada hitam dan lada putih

Sapukan rata kesemua rencah pada ikan. Goreng hingga garing dan ketepikan.

Panaskan minyak yang secukupnya. Tumiskan lada kisar dan asam keping hingga naik minyak.
2 biji bawang besar dikisar bersama bawang putih dan halia. Ketuk lengkuas dan serai.
1 biji bawang besar dihiris kasar. Masukkan kesemuanya kedalam tumisan dengan sedikit garam dan gula.
Sesuaikan rasa masam, masin dan manis. Renehkan sambal hingga ia benar-benar masak.
Sendukkan sambal  ke atas pinggan, letakkan ikan dan sendukkan lagi sambal ke atasnya.
Siap untuk dihidang.

Yang ini edisi Ikan Tenggiri atau King Fish . Kalau dengan ikan ni, kita lebih suka gaulkan aje terus dengan sambal tumis sebelum menghidang...
Jemput makan...

Until later...

4 comments:

  1. Apa lagi Mala... pergi pasar... carik ikan. Balik rumah goreeeeg....

    ReplyDelete
  2. dah lama sangat tak makan ikan(kat rumahlah) . asyik2 ayam... balik2 ayam. wak masri kena beli ikan ni.. ikan sambal ni ,menyelerakan. DIET...Diet... diet hancus.

    ReplyDelete
  3. Nora, tgk Eggless Bread Pudding kat bhg label bawah. Sebab tak guna telur, mesti guna whipping cream... Whipping cream yg dlm kotak ok, yg dlm tin pun ok. Dua2 boleh guna...

    ReplyDelete