Sunday, March 18, 2012

Anak ooo anak...

Dah lebih sebulan sejak balik dari Kembara Umrah & Ziarah. Di celah-celah entry kembara... tentu sekali macam-macam benda yang berlaku. Kehidupan kan berterusan...

Antaranya mengenai Abah kita. Hari Jumaat lepas, dia dah pun selesai membuat Fistula sebagai persediaan untuk rawatan Haemodialysis. Insya-Allah... so far so good. Semoga semua urusan untuk memulakan rawatan terus berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah... setiap hujung minggu kitaorang terima jemputan makan-makan. Haii... dah orang jemput makan-makan mestilah jemput diaorang makan pulak kan?

Hari Jumaat lepas, dapatlah kitaorang menjemput dan menjamu kawan-kawan yang baik hati. Dapatlah masak Nasi Briyani Kambing, Laksa Johor dan Kek Red Velvet. Alhamdulillah, yang dijemput semua dapat datang.

Dalam pada tu, menahan sabar melayan kerenah anak-anak. Si Adeem hentah hapa hal... asyik ler cedera. Sekali tu jatuh tangga... tergolek macam stuntman dalam filem. Menangis dan mengadu sakit tu dah tentu la kan... tapi bila dia kata, mata dia blur... ah sudah! Takut pulak concussion...

Cik Abang bawak ke hospital. Pediatrician kata, selagi dia tak pengsan atau muntah... dia ok. Tapi bab blurred vision tu kenalah buat siasatan. Jadi Dr aturkan untuk buat MRI dan periksa mata dengan Pakar Mata kat hospital yang sama.

Alhamdulillah... keputusan MRI clear. Cuma Pediatrician tu marah betul dengan Pakar Mata. Sebab Adeem dihantar untuk diperiksa sama ada ada kecederaan kat mata dia. Kot ada pendarahan ke, ada apa-apa abnormal lain ke... Tapi yang dia pergi periksa ialah kerabunan mata. Memanglah! Dah tentu-tentu budak tu tengah tak nampak! Sabor ajelah...

Semalam, Adeem cedera lagi. Lutut dia luka masa main bola kat Saturday School. Dah ler berjahit pulak. Allah... Allah...

Yang Haniis, sejak balik sampailah sekarang, tak baik-baik selsema. Minggu lepas melarat jadi batuk. Dah jumpa Pediatrician, dah makan ubat... tapi belum nak baik. Dah lah tu, kebetulan 4 batang gigi dia nak keluar. Satu geraham dah timbul, ada 3 lagi menunggu.

Adooii... letih melayan Si Kenit sorang ni tau. Tak mau lepas langsung... melekap macam kena gam. Dia tidur pun tak boleh nak tinggal... dia tahu. Buat mana boleh aje. Masak pun main rebus-rebus. Kadang-kadang budak-budak balik pukul 2.00ptg tu baru dapat masak. Kesian kat kakak dan abang-abang.

Sementara kita berkelibut kat dapur, diaorang alas perut dengan roti ke, biskut ke... Terpaksalah, kalau nak memasak sambil mendukung Haniis... memang takkan kita buat lagi. Serik... kita tak pernah cerita kat blog sebab masih terasa sedih Haniis cedera masa dalam dukungan kita. Sebolehnya tak maulah jadi lagi...

Hish... cengeng betul la budak Haniis ni... Ni dia dah mula dah ni...

Until later...

9 comments:

  1. aku pun tengah pening ni huda .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang pening pasal hal yg satu tu aku faham. Waktu-waktu macam ni memanglah pening sangat-sangat. Insya Allah... akan selesai jugak. Tapi hang ada pening hal-hal lain ke?

      Delete
    2. hahaha pening yg satu ja... yg lain tak dak!

      Delete
    3. hahaha pening yg satu ja... nasib baik pening yg lain tak dak!

      Delete
    4. mana la tau... kot-kot pening lain... hehehe...

      Delete
  2. Pening apa ni? Pening berisi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan tu kenalah tuan punya badan menjawabnya... hehe

      Delete
  3. kena cari kain gendongan (kain batik lepas) cam mak kita dulu2 buat lah huda..
    macam2 kerja boleh dibuat. menyapu boleh, memasak boleh, menoreh getah pun depa leh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beli Anim... tapi tak berpakai. Cuba sekali dua je sebab bukan aje si Haniis rimas, Ibunya ni pun tak tahan rimas... hahaha...

      Delete