Thursday, February 24, 2011
Lemon Body Scrub...
Ini dia homemade Lemon Body Scrub yang baru kita buat tadi. Scrub inilah yang digunakan oleh Kak Rodiah sepanjang dia menjaga kita masa dalam pantang dulu.
Dia akan datang dengan satu cerek besar berisi air rebusan daun-daun dan limau kapas. Limau tu dipicit dan isinya digaulkan dengan garam halus lalu disental ke muka dan badan sebelum mandi dengan air rebusan tadi.
Scrub ni memang bagus untuk menanggalkan kulit yang kusam. Bila digunakan selalu, kulit akan jadi cerah berseri, badan pun jadi wangi.
Kalau kulit selalu gatal-gatal, cubalah guna scrub ni. Insya-Allah akan baik. Cuma kalau guna untuk mengubatkan kegatalan, Kak Rodiah pesan... lepas mandi mesti sapukan minyak. Gunakan minyak kelapa atau minyak zaiton supaya kulit tak jadi kering.
Mana-mana kawan kita yang pernah jadi client Kak Rodiah rata-ratanya pengguna setia scrub ni. Kak Rodiah guna limau kapas atau limau nipis yang masak kuning. Kat sini payah nak jumpa yang macam tu, yang selalu ada tu masih hijau... jadi gunakan lemon aje. Meh cuba!
Lemon Body Scrub
3 biji lemon
garam paling halus yang boleh dijumpai
** kita guna 1 pek 400g Garam Bukit Halagel
Rebus lemon sehingga lembut. Biarkan ia sejuk.
Koyakkan kulit lemon dan picitkan isinya ke dalam bekas.
Buang bijinya sebanyak yang boleh.
Tambahkan garam hingga bancuhan pekat dan gaul rata.
Dah siap untuk digunakan.
Scrub ni bertahan lebih-kurang seminggu kalau disimpan begitu sahaja. Tapi kita nak ingatkan, lepas beberapa hari... baunya akan menjadi tengik atau ia akan berbau basi. Jadi untuk tahan lebih lama, simpanlah dalam peti sejuk. Murah, berkesan dan sangat sesuai digunakan pada kanak-kanak.
Until later...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhh nanti leh cuba...:) thanks for sharing..
ReplyDeletemeh ke rumah,
~farewell friends~
keep in touch ye..♥♥♥