Sunday, February 6, 2011

Khalilat-Un-Nahl...

Kelainan dari biasa...

Senang cerita, Roti Naik stail Oman... hehehe... Nama lainnya ialah Honey Comb Bread sebab ia disusun secara membulat dalam acuan pembakar, jadi bentuknya seperti sarang lebah. Roti ni berintikan keju dan bila dah siap, disiram pulak dengan air gula. Itu yang special tu.

Si Hannan dah mintak buatkan roti ni sejak Cik Abang bawak balik dari jamuan kat rumah jiran kita yang dari Oman tu. Resipi dah dapat lama tapi asyik ler berlengah-lengah, tak dibuat-buat sampailah dia mintak lagi semalam. Haaii... tak sampai hati pulak tengok muka kesian dia tu kan? kan?

Resipi asal kat sini. Ini terjemahan resipinya dengan sikit perubahan.

Khalilat-Un-Nahl

3 cwn tepung
2 sdbsr yis
1 sdbsr baking powder
1/2 cwn minyak
1/4 cwn susu tepung
3/4 cwn air
1/2 sdbsr gula
keju secukupnya - boleh guna chedder atau cream cheese

4 sdbsr gula
1/2 cwn air

2 sdbsr mentega
1 sdbsr serbuk kayu manis + 1 sdbsr gula perang

Campurkan tepung, yis, baking powder, minyak, susu tepung, air dan gula. Gaul rata hingga menjadi doh.
Tutup dan biarkan naik selama sejam.
Lengserkan acuan pembakar dengan sedikit minyak.
Ambil sedikit doh, leperkan dan isikan keju ditengahnya.
Bentukkan doh seperti bola. Pastikan tiada bahagian doh yang terbuka, kalau tak nanti keju akan mengalir keluar semasa membakar.

**Jika nak susunan sarang lebah, gunakan acuan bulat. Letakkan bola doh yang pertama ditengah-tengah dan susunlah bola-bola seterusnya disekeliling bola pertama tadi macam gambar kat bawah.

Ini percubaan pertama. Rugi ruang tak dapat isi banyak tapi nampaklah rupa sarang lebahnya. Yang ini guna resipi asal...

**Yang ini kita susun cara biasa aje.

Ini percubaan kedua. Kita dah gubah semula resipi dan taburkan cinnamon sugar. Sedapnya...

Buat sehingga habis dan biarkan ia naik lagi sekali.
Bakar dalam oven 190C, 375F, Gas Mark 5 sehingga kekuningan, dalam 25 minit.

Sementara roti dibakar, buat air gula. Cuma perlu masakkan gula dan air hingga agak pekat. Sejukkan.

Sudukan air gula ke atas roti sebaik sahaja dikeluarkan dari oven. Sapukan mentega dan taburkan serbuk kayu manis bercampur gula perang. Siap untuk dihidang.

Nampaknya roti ni dah jadi favourite. Buat pengetahuan, roti yang kitaorang dapat dari jiran tu, intinya creem cheese, bentuknya bulat kecik-kecik macam guli dan rasanya ooo mak ai... manis medu! Tak termakan lebih dari satu.

Dalam resipi asal jugak, roti ni disapukan telur sebelum dibakar tapi tau ajelah kita ni tak berapa suka bau telur jadi kita gantikan dengan mentega.

Serbuk kayu manis tu? Itu favourite smell and taste kita, jadi memandai-mandai ajelah tabur. Lebih semerbak dan lebih sedap jadinya. Cubalah yea...

Until later...

No comments:

Post a Comment