Monday, February 21, 2011

Buah Berangan Masaknya Merah...



Inilah dia Buah Berangan yang Abah beli kat Pasar BP semalam. Hargnya $8.00 sekilo. Direbus dalam Pressure Cooker 15 minit aje. Buahnya besar-besar, rasanya pun lemak-lemak. Sedap betol laa... puas makan!

Tapi yang kelakarnya... sebelum tu, Abah sempat eksperimen, dia masukkan 10 biji kat dalam microwave. Hmm... apa lagi, meletop-letop ler... hahahaha... Ohhh Abah ku!

Sambil-sambil ngopek buah berangan ni, Abah berpantun :

Buah berangan masaknya merah
Kelkati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa yang tahu...

Penuh makna tu Bah!


Ini pulak gambar si Haniis dengan rambutnya yang berjaya jugak kita ponjotkan jadi pokok kelapa. Sekali pandang macam anak patung pun ada...

Until later...

p/s Kelkati ialah kelkatu...

6 comments:

  1. bagi pantun yg tak tahan tu ..:-)

    ReplyDelete
  2. Abah aku tu memang suka berpantun-pantun...

    ReplyDelete
  3. dh balik joho.....ada buah tgn dr brunei utk saya tak? heh

    teringat lahai masa ell pregnant anak pertama 10thn lalu..buah berangan nilah yg duk mengidam2.sib baik dpt.

    ReplyDelete
  4. sedap2....

    p/s : mia baru follow sini. salam perkenalan dari mia

    ReplyDelete
  5. Lady ell, ha ah dah balik Johor dah. Halamak, buah tangan dr Brunei semua dah habis laa... tapi haritu kita ternampak rempah Briyani Shan kat Carrefour sini, teringat kat awak... hehe... nak ker?
    Mia Liana, salam perkenalan dari kita jugak, singgah-singgah selalu!

    ReplyDelete
  6. hai awak :) saye dah join awak :)http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/terbaru-xia-xuanze-ganti-misbun.html

    ReplyDelete