Thursday, February 17, 2011

Inilah ceritanya...

Cuti Maulidur Rasul kelmarin kitaorang ke Johor Baru untuk menziarah abang ipar, Abang Jamal dan kakak ipar kita, Kak Ucu yang dah selamat melahirkan baby girl. Ini pun kes terkejut tak tersangka jugak ni... apatah lagi anak "bungsu" diaorang dah sebaya Aarif. Kitaorang usik, nak bersaing ker? Kitaorang ada lima, diaorang pun kena cukupkan lima jugak ker... hehehe...

Baby belum ada nama sebab abang-kakaknya semua nak bagi nama yang diaorang pilih. Takpe... boleh tunggu sampai 14 hari...

Tadi tengahari pulak, Si Adeem menangis-nangis bila balik dari Sekolah Ugama. Katanya dia terjatuh kat sekolah. Ingatkan dia jatuh terlentang terlungkup kat longkang ke apa ke... sebab sakitnya kat kawasan "groin" dan dia menangis-nangis bila nak buang air kecik.

Rupa-rupanya dia terjatuh kat dalam kelas. Jatuh terduduk dan terhentak dengan kuat dek kerana begnya yang berat sangat. Dia baru dapat semua buku-buku teksnya tadi. Alaaahaaai... kesiannya laaaa anak kita yang sorang ni...

Akhirnya kitaorang bawaklah dia ke Hospital. Dah macam tu sekali sakitnya, tambah lagi bila buang air kecik ada kesan darah. Tapi Alhamdulillah, dah buat CT Scan dan pukul 6.00 petang tadi, dia dah ok. Dah boleh buang air kecik dengan normal dan dah takde kesan darah lagi. Doktor kata dia takde kecederaan yang mudarat, cuma kena stay overnight untuk pemerhatian. Insya Allah esok dapatlah dia balik.

Nasib baiklah benda ni jadi masa Cik Abang masih dalam cuti. Bolehlah dia menjaga Adeem. Kalau tak... kenalah kita dan Haniis bermalam kat Hospital. Tengoklah hujung minggu ni, mungkin akan bawak dia berurut. Just to be sure...

Amiin tak mau balik, nak duduk kat Hospital dengan Babah dan Adeem...

Until later...

2 comments:

  1. alahai kesiannya... beg berat ye. aimi last year pun beg berat. dia bawak semua buku takut cigku marah. dah la kelas kat tingkat 3. aku la tukang bawak beg. tahun ni dah 'senior'hehehe beg dah tak ringan so.. aku drop off saja.

    ReplyDelete
  2. Itu baru beg sekolah ugama, beg sekolah kebangsaan jgn katalaa... dah susun ikut jadual pun berat lagi. Mesti guna beg yg ada roda. Dah lah badan dia tu halus macam lidi... hehehe...

    ReplyDelete