Tuesday, March 8, 2011

Durian, Betik, Belimbing Buluh & Cili...

Haaa... inilah tema entry kita hari ni. Buah-buahan... Jom tengok.

Kuning-menguning, lemak manis...

Alhamdulillah, sekarang musim durian. Walaupun masih baru jatuh sebijik dua dalam sehari, dapatlah jugak memenuhi selera. Ini Durian 101 jatuh sulung. Yang lain-lain masih melekat kat pokok. Sementara menunggu, kitaorang makan la durian kampung yang tak kurang sedapnya.

Serawa Durian, ringkas dan sedap...

Balik ke Parit Besar, kitaorang bawaklah sebijik dari Minyak Beku. Campurkan lagi 3 bijik yang Abah kita beli... muai. Malam tadi Mak mintak kita buatkan Serawa Durian, dia nak makan dengan Roti Jala. Baru berkira-kira nak buat petang nanti, tapi balik dari kelas pagi tadi, Mak dan Abah dah beli. Nasib baik ada sekotak Santan Harmoni kat dapur. Tak sampai 15 minit... siap!

Menyambal...

Yang ini pulak lauk makan tengahari kat Minyak Beku semalam. Mak Mertua rebus betik muda dan makannya cicah dengan Sambal Colek iaitu belacan + cili + air asam jawa. Sedap... Kalau masak Bening pun sedap jugak. Masak Bening tu masak Air la. Main rebus-rebus aje... kalau letak daun kunyit lagi sedap.

Sambal Hitam tu kita yang buat. Permintaan Cik Kak Hannan. Beria-ria sangat mintak, jadi kita suruhlah dia pergi petik Belimbing Buluh kat belakang rumah. Ingat nak suruh dia buat sendiri, yelah... biar dia belajar-belajar biasakan diri kat dapur... tapi datang Si Haniis pulak meragam mintak dukung. Cik Abang tengah menolong buat reban ayam dengan Abah Mertua. Masa tu pulak kita tengah menghiris daging, hmmm... sudahnya kita jugak yang buat.

Bila dah hidang kita tanya, "Sedap tak?" Dia jawab, "Okeylaaa.." Hah!! Okeylaaa? Separuh pengsan kita ni bersin 28 kali masa menumis sambal tu, dia boleh kata Okeylaaa aje? Cakaplah "Sedapnnyaaaa... Ibu ni memang best in the world!" ke apa ke kan? kan? Hmmm... urut dada dan sabor ajelah...

These are my feet...

Ini Haniis. Dah kenal kaki dan dah laju bergolek-golek serata rumah. Si Haniis ni buah apa? Buah hati laaaa... hahaha...

Until later...

4 comments:

  1. buah yg last sekali best ;-)
    baru 2 hari lepas aku teringatkan kita masak betik tu kat rumah kak hawa.. sedapnya!

    ReplyDelete
  2. Si kenit tu makin comel la!!! Geramnya tengok. Tengok durian tu pun geram gak...Along sekeluarga memang hantu durian! Hehehe..

    ReplyDelete