Lama betul kita tak kesini... Sejak dari sebelum cuti sekolah lagi, dari sehari kesehari, tak sempat-sempat kita nak berlabuh. Lain macam betul kelam-kelibutnya.
Pertama sekali, Abah Mertua kita sakit teruk sejak Jumaat 11hb kelmarin. Malam tu Cik Abang terus bawak ke Hospital. Dia nak bawak ke Hospital Pantai tapi Abah Mertua tak mau. Dia nak ke Hospital Batu Pahat.
Jadi ikutkan ajelah. Sudahnya... 5 hari Abah Mertua kena peram kat situ tanpa rawatan dan diagnose yang benar-benar pasti. Hari Selasa 15hb dia dapat keluar dengan appointment seterusnya pada bulan Mei nanti.
Tapi malam tu sakitnya datang balik dan Cik Abang terus hantar dia ke Hospital Pantai. Masuk lebih kurang pukul 11.00 mlm. Pukul 3.00 pagi itu juga semua ujian, scan dan diagnose dah dapat.
Rupa-rupanya, bukan aje ada batu kat dalam hempedunya, benda tu pun dah membengkak dan bernanah. Ada pulak batu yang dah masuk ke dalam saluran yang bersambung ke pankreas. Serius dah tu. Tak boleh lengah-lengah, takut hempedunya pecah.
Alhamdulillah... pembedahan dah pun dibuat hari Rabu 16hb dan dia selamat balik ke rumah hari Isnin 21hb. Tabik kat Dr Ghazali. Cekap, pantas dan sangat dedikasi.
Dalam pada tu, terjadi pulak satu hal yang menggegarkan ketenteraman hati dan fikiran. Ah! Sungguh tak terkata kita dibuatnya. Tapi Alhamdulillah... berkat sokongan Cik Abang, dapatlah kitaorang sekeluarga menghadapinya dengan tenang walaupun hal ini belum berkesudahan. Hanya doa sahaja yang mengiringi hari-hari yang mendatang, Insya Allah.
Jumaat lepas kitaorang ke KL. Itu pun kerana Cik Abang ada perkara yang perlu-perlu sangat diuruskan. Kalau tak memanglah tak pergi, apatah lagi Abah Mertua masih di hospital.
Jadi dapatlah bawak budak-budak berjalan-jalan walaupun sekejap. Kitaorang pergi ke Pameran Dinosaur di Pusat Sains Negara. Wwaaahh... ramainya orang! Sesak! Tapi nak buat camane... layan ajelah, dah namanya pun tengah cuti sekolah.
Amiin tanya, kenapa T-Rex ni tak nyanyi. T-Rex yang menyanyi tu kat Petrosains KLCC la Yang...
Cuma bila masuk ke dalam pameran, 'ter'mengomplen jugaklah mulut ni. Bukan apa... patung-patung dinosaur tu dah OK dah. Dengan gaya bergerak dan mengaumnya tu, sesekali seriau jugak. Bila tenung lama-lama macam real la pulak... hehehe...
Yang tak OK tu cara susun atur pamerannya. Kebanyakan pokok-pokoknya dah kering-kering. Alaaahaai... apalah sangat kalau keluarkan modal sikit dan lantik satu nursery untuk ganti pokok-pokok dalam pameran tu. Biarlah nampak segar menghijau dan kena dengan setting gambaran kehidupan dinosaur. Barulah betul-betul WOW! dan berbaloi. Terutamanya bagi orang-orang yang berangkut dan bermodal datang dari jauh, kan? kan?
Gggrrrr...
Apapun, yang penting... dapatlah budak-budak ni melapangkan dada dan menghilangkan lenguh hampir seminggu duduk kat rumah sepenuh masa. Sambil tu dapat jugak diaorang jumpa dan borak-borak dengan sepupu-sepupu diaorang.
Lompat-lompat main piano besor...
Adeem dan Rafiq...
Amiin dan Elysha...
Until later...
orang jauh sampai dulu. plan nak pi hujung minggu biasa, bukan musim cuti sekolah. sempat ke tak nak pi ni..
ReplyDeleteentah-entah dah habis dah Mala... hahaha...
ReplyDeletetu la dia. yg aku tau sampai Mei. tapi awal Mei ke hujung Mei tak sure la pulak ..
ReplyDeleteWah..camne bleh tak tau ada pameran dinosuar lak ni? Kalau ada can, nak pi gak la.
ReplyDeleteAlhamdulillah, ur FIL dah beransur pulih. Itu la, orang tua...kekadang kena jugak dengar cakap anak2...especially part sakit2 ni..nanti melarat. Hope he recovers fully soon.
Along, selalunya camgitulah... org jauh sampai dulu... hehehe..
ReplyDeleteBiasalah Along, kena banyak sabar bila layan mak bapak dlm hal-hal sakit ni...
wahhh..saya pun ada p jugak..huhu~
ReplyDeletebestnya..nak bawa anak2 pegi jgak..i follow..
ReplyDelete