Friday, April 3, 2009

Percutian ke Langkawi - Siri 1

Dah lima hari dah kembali ke Brunei, tapi semangat nak meng'update' lambat benor sampai. Hari ni Jumaat, baiklah kita jengah-jengahkan blog ni. Yelah, kalau lama tak update, hilang pulak ler serinya nanti. Tapi gerenti punya, sekali dah mula, payah nak berenti ni karang...

Percutian ke Langkawi, Alhamdulillah... memang seronok. Langkawi memang tak menghampakan. Kawasan kecik tapi tempat menarik banyak. Tempat-tempat nak pergi tu pun dekat-dekat aje, kiranya dalam satu hari boleh cover 2 atau 3 tempat. Bila penat, drive sikit aje daaah sampai hotel.





Sorilah ya, gambar jadi cinonet. Untuk imej lebih besar, klik aje kat gambar tu eh!

Underwater World, walaupun kecil berbanding KLCC Aquaria dan lain-lain akuarium yang pernah kitaorang pergi tetap ada daya tarikan. Yang penting anak-anak seronok.

Cable Car~Sky Bridge dan naik bot menyusuri kuala Sungai Kilim rasanya paling seronok sekali. Tolehlah ke mana-mana pun, pemandangan cantik-cantik belaka. Kalau English tu dipanggil "Breathtaking" la...



Tak boleh nak kata apalah, memang kena mengaku, gayat semacam masa duduk dalam Cable Car. Gunung Machinchang tu punyalah tinggi, sangkut kabelnya pun dah hampir 90darjah. Sama aje kecut perutnya masa naik dengan turun.





Nak masuk ke Cable Car tu pun dah seriau. Benda tu bukannya berhenti, cuma lalu aje kat platform menunggu . Kita kena cepat-cepat selit masuk. Bila dah sampai dek kat atas tu pun sama jugak. Kena cepat-cepat langkah keluar. Takut jugak kalau-kalau tertinggal anak kan...



Apapun bila dah sampai di atas, all is worth it. Pemandangan memang cantik. Nampak laut, gunung-ganang, gaung kat bawah dek dan jambatan. Rasa macam berjalan atas angin. Langit terasa dekat betul dengan kepala. Sesekali bila angin bertiup, terasa jambatan tu bergoyang-goyang. Heeeii... crazy!



Cumanya tak larat turun-naik tangga tanah dari Dek ke Sky Bridge tu. Dah ler kecik, curam pulak tu. Aduuuh... mengah! Si Amiin macam biasa, tak nak jalan. Berdukung all the way. Lenguh kaki lenguh tangan.

Ni kalau bawak Mak Bapak yang sakit lutut, memang no go laah... Kita yang separa tua ni pun tak larat, apatah lagi yang memang dah tua. He he...

Tapi tabik kat rombongan Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik orang putih tu. Dengan badan yang besor-besor, dengan muka yang merah macam udang kena rebus, dengan peluh yang mencurah-curah, tetap jugak optimis manjat tangga! Tapi biasalah diaorang kan... memang sporting.

Hmmm... kan dah kata, kalau dah mula... memang payah nak berenti punya. Ni pun sebenarnya cerita dah memanjang ke kuala Sungai Kilim tapi kita potong dan paste kat page baru. Rasanya kita berhenti kat sini dululah ya. Esok lusa kita sambung balik cerita.

Until later...

No comments:

Post a Comment