Tuesday, April 14, 2009

Thin Crust Pizza...


Seperti biasa, tiap-tiap petang Jumaat, lepas Swimming Lessons, bebudak tu berkejor ke Library BSRC.

Since kitaorang register as a family of four, boleh pinjam sampai 12 buku. Tapi bebudak ni dihadkan 2 buah buku aje sorang, lainlah untuk Ibunya, mestilah boleh lebih. Memang selalu lebih pun...

Macam-macamlah jenis buku yang dipinjam. Selalu jugak diaorang pinjam buku-buku yang ada fun recipes for kids. Lepas tu menatap dan mintak Ibunya buat ni buat tu. Tak pernah dilayan. Kesian kan?

Tapi bila jumpa resipi Thin Crust Pizza dalam buku "Big Book of Things To Do" yang dipinjam Adeem, tergerak pulak nak cuba.



Kenapa? Haaa... korang perasan tak, kebanyakan resipi-resipi yang kita postkan kat sini dan FB, kunci katanya ialah Mudah, Senang, Cepat, Ringkas, Tak banyak Songel nak Buat. Simple, Simple, Simple tapi Sedap! Ha ha ha...

That's me lah kan... nak buat macam mana. Suka masak tapi tak suka berlama-lama sangat kat dapur. Rimas...

Over the years, banyak resipi-resipi masakan harian yang dah kita short-cut kan cara masaknya. Kalau boleh short-cut tanpa mengurangkan kesedapan masakan, memang kita buat. Tapi kalau resipi tu memang tak boleh short-cut, buat ajelah cara yang biasa.

Anyway, gembira habis bebudak bila Ibunya kata akan buat "Pizza macam dalam buku" petang tadi. Yelah selalunya kalau buat pizza, guna ready made pizza base dari Bakery Supa Save. Apatah lagi yang ini Thin Crust Pizza yang memang favourite kita satu family. Meh buat Pizza!




Thin Crust Pizza

8 oz (225g) plain flour
1/2 tsp salt
2 tblsp oil
1/4 pt (150ml) milk

Sift flour and salt together in a big bowl. Make a hole in the middle.

Mix oil and milk in a jug. Pour it carefully into the hole in the flour.

Use a blunt knife to stir the mixture well. Knead until it becomes a smooth dough.

Sprinkle a little flour onto a work surface. Roll the dough thinly and evenly. With a pizza cutter or knife, cut out a nice round shape of any size desired.

Carefully lift onto a baking tray that had been sprinkled with some flour. Then put on the toppings.

Bake in a pre-heated oven Gas Mark 6, 200 C, 400 F on the topmost shelf for 20 minutes.

The pizza will just slide off the baking tray when cooked. Ready to serve.

Nota :

Kita tuang aje tepung tu atas kaunter. Buat bukit dan lubangkan tengahnya. Pelan-pelan tuang campuran susu + minyak dan gaul aje dengan jari. Lepas tu terus uli sampai lembut dan licin. Kalau tak pasti, uli dalam 4-5 minit, korang akan nampak rupa dan lembut doh berubah. Pastu geleklah doh tu.

Tadi buat 2 adunan dan dapat 2 keping pizza besar dan 2 keping pizza kecik. 3 keping habis dan 1 yang kecil dibekukan.

Penting untuk pindahkan dulu doh ke atas baking tray. Kalau dah penuh dengan topping payah nak angkat dah. Silap cara, berterabor semua karang.

Pizza bentuk hati ni permintaan Aarif dan just cheese topping permintaan Hannan. Malam ni Fratini's hilang satu pelanggan!




Until later...

No comments:

Post a Comment