Friday, April 10, 2009

Bershopping di Batu Pahat...



Setibanya di LCCT pada 24hb, kami pick-up kereta sewa dan teruskan perjalanan ke Batu Pahat, Johor.

Batu Pahat dalam senyap semakin naik. Banyak institut pendidikan kat sini. Universiti Tun Hussien Onn, Institut Perguruan Tun Hussien Onn, Maktab Rendah Sains Mara, Politeknik Batu Pahat dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Lanjutan (ADTEC). Kita sendiri pun macam tak percaya. Hometown kita ada Universiti? Siapa sangka kan...

Macam biasa, bila dah kat kampung aktiviti paling perlu dibuat ialah bershopping. Batu Pahat ni dah jadi macam boom town.

Bab shopping pun boleh tahan. Summit Parade dah 12 tahun kat BP. Dulu Store & Fajar Supermarkat were the place to go. Tapi sejak-sejak Carrefour & BP Mall dah bukak, bandar Batu Pahat dah jadi macam oldtown. Batu Pahat newtown dah beralih ke arah kawasan Jalan Kluang. Dekat dengan rumah Mak Abah kita la...



Walaupun Store Supermarket masih dapat bertahan, Fajar Supermarket terus tenggelam. Bila kedai kain Jakel (Prima Moda) bukak sebelah Carrefour, kedai-kedai kain kat Bus Stand sejuk, termasuklah Nagoya kat Summit Parade. Terpaksalah Nagoya pindah ke kompleks yang sama dengan Carrefour tu. Baru ni Gulati's pulak bukak kedai kat situ jugak. Hambik!



Kalau kitaorang kat rumah Mak Abah kat Parit Besar, shopping kat Carrefour. Lepas tu pergi Store Supermarket atau nama barunya Pacific Supemarket di Batu Pahat Mall.

Best shopping kat small town tau. Setakat baju budak-budak memang murah. Kedai baju Greenpoint dan Dyna pun ok sangat kalau setakat nak cari baju basahan (yang pakai hari-hari) untuk budak-budak.

Kalau kitaorang di rumah Mertua kat Minyak Beku, kitaorang shopping kat Summit Parade dan pasar kat oldtown Batu Pahat. Sampai kat pasar, Cik Abang mesti nak pekena Cendol dulu.

Lada kering, belacan Melaka, kopi 333, gula melaka mesti beli. Kadang-kadang laksa kering pun angkut jugak. Sekarang kedai runcit Syazwan jadi pilihan.

Bukan aje harga barang-barang ni lebih murah di Batu Pahat, yang penting kena dengan rasa tekak kita. Dulu mesti bawak balik rempah kari, kurma dan sup yang diadun kat kedai runcit Syed Ismail. Tapi sekarang tak lagi sebab saja nak tukar selera rasa. Mungkin next time balik teringin pulak siapa tau?

Abah, bila tau kitaorang nak balik, mesti dah siap-siap belikan rempah Mee Rebus & Mee Bandung Sernan. Kadang-kadang Rempah Soto pun ada.

Ada sekali, rasanya raya tahun lepas, kita angkut 6 pek tepung gandum, 1 pek margerine & 2 kilo kismis! Itu tak termasuk barang-barang dapur wajib kat atas tadi. Cik Abang geleng kepala aje ha ha ha... Senang cerita bila sampai kat Batu Pahat, memang tak panas punggung duduk rumah. Keluar masuk, keluar masuk!

Rasanya ini kisah biasa bagi orang-orang merantau jauh. Kawan-kawan kita pun sama jugak. Mesti ambik kesempatan borong bahan makanan dari tempat masing-masing. Orang Utara mesti nak cari belacan Penang, Kuah Rojak Mak Bee, Rempah Mak Siti. Kalau orang belah Kelantan Terengganu, mesti angkut keropok lekor, keropok ikan, rempah gulai Rose. Itu cuma contoh aje. List barang-barang yang diaorang angkut mesti lebih banyak lagi. Yang penting, makanan tu semuanya special dan reminds us of home.

Kepulangan kelmarin lebih istimewa sebab hajat hati nak hadiahkan satu laptop untuk Mak Abah tercapai. Advance duit kutu dan top-up sikit dengan savings. Sebenarnya hampir tak kesampaian sebab kedai-kedai yang kitaorang pergi ada aje tak kena model, harga, specs dan servisnya. Kita cakap kat Cik Abang, kalau takde jugak, memang kena KIV dululah plan. Dah tentunya esok nak fly ke Brunei.



Tapi kalau dah rezeki, akan dapat jugak macamana pun. Di Summit Parade, kiranya dah kedai paling last yang kitaorang masuk tu, ada yang menepati harga dan specsnya. Alhamdulillah...

Itupun kitaorang cuma dapat hantar pagi esoknya sebelum bertolak ke Airport Senai. Tak sempat langsung nak ajar Abah apa-apa. Maka terpaksalah Mak Abah pergi rumah Fizah semalam untuk crash course on Internet and getting online. Harapannya lepas ni lebih eratlah hubungan kami sekeluarga semuanya.

Maklumlah tak seorang pun dari kitaorang adik-beradik ada di Batu Pahat. Berapa kalilah dalam sebulan kitaorang dapat balik ke sana. Calling-calling pun tak dapat selalu. Yelah, macam kita ni, nak tunggu non-peak hours. Tapi bila dah dengan apa-apanya waktu lepas Maghrib... sampai ke tidur terus lupa nak call.

Haaa... sekarang dah online lebih senang. Kena mengakulah... kita semua sekarang ni kan memang mengadap komputer hari-hari. Kalau tak e-mail, Yahoo Messenger, takpun Facebook, siap berbloggging lagi. Lepas ni, kalau dah kebetulan Ym, boleh call Pc to Pc. Free aje... nak borak lama mana pun tak kesah kan? Takpun, tinggal aje e-mail.

Dapatlah jugak mengirim gambar-gambar cucu-cucu Mak & Abah yang jauh ni. Yelah, sejak-sejak guna Digital Camera, jarang benar mencuci gambar. Kita sendiri pun view pun kat Pc aje. Insya-Allah hajat yang baik akan menjadi kenyataan.

Until later...






No comments:

Post a Comment