Hari Ahad kelmarin saje aje ajak Cik Abang pergi Miri, jalan-jalan menghilangkan kebosanan.
Sempat jugaklah singgah rumah kawan Cik Abang yang baru pindah dari Shell KL ke Shell Miri. Dah petang kita pun bertolak nak balik. On the way tu ternampak showroom wakil Proton dan Cik Abang terus aje belok. Kita tengok Exora kata dia!
Apa lagi, biasalah kalau tengok kereta kat showroom. Masuk, duduk, bukak pintu, tutup pintu. Ke depan kebelakang, mana yang boleh try tu memang kita try lah. Budak-budak seronok aje.
So apa pendapat kita pasal Exora ni? Sebagai orang yang dah beberapa tahun guna MPV, not bad jugak Exora ni. Dari segi space dan look la... Bab-bab handling and driving tak boleh lagi nak cerita sebab belum drive he he...Kalau nak tau baca kat
">Link
Interior look ok, ada nampak upmarket sikit. Kalau model Hi-Line macam-macam benda ditambah banding dengan Mid-Line. Beza hanyalah dalam RM6000++. Paling menarik ialah Bluetooth handsfree connection, built-in DVD monitor dan portable Navigator. Hmmm...
Space dalam kereta ok, seating untuk 7 orang (2 + 3 + 2). My only complaint ialah untuk seat belakang cetek sangat tempat letak kakinya. Kalau budak yang duduk ok lagi, tapi kalau orang dewasa sakit la berlipat kaki, lenguh tu! Seat belakang bila dilipat dengan seat tengah, akan dapat satu ruang besar yang rata.
Apapun kiranya menarik jugaklah Exora ni. Pro and cons tu biasalah. Yelah... manalah tau kot-kot nak beli untuk kegunaan bila balik KL nanti. Kalau ikut kita, Suzuki APV yang ada sekarang ni dah ok dah.
Walaupun nampak tak berapa besar tapi ruang dalamnya cukup untuk kita sekeluarga duduk dengan selesa. Bila nak balik atau baru balik dari kampung, setakat 4 beg besar no problem. Turunkan aje satu seat belakang, lepas tu susun ajelah. Boleh tenggek stroller lagi kat atas beg.
Ada sekali tu, kitaorang dari Airport Miri terus singgah di E-Mart untuk buat grocery shopping. Ha kau... bawah-bawah seat semua penuh kita sumbat barang!
Kita memang sayang betul dengan Suzuki kita ni, rupa memang tak lawa nak banding dengan Kia Carnival kita yang dulu tapi bab kerja berat, memang kelas! Kita panggil kereta ni 'My little Gajah'! ha ha ha...
Cuma komplennya, kereta ni slim dan tinggi, bila kena angin kuat sikit, dah goyang Cik Kak! Aduuh... dah banyak kali jugak kena. Gigil badan bila rasa angin kuat sorong kereta. Oh no no no!
Ada jugak mencongak-congak untuk bawak kereta ni balik Malaysia tapi Cik Abang masih macam ragu-ragu. Dia terbayangkan perjalanan jauh KL-BP on the highway agaknya. Korang pun taulah, Malaysia punya driving style macamana kan. Kalau pun kita berhati-hati, orang lain belum tentu lagi. Belum campur lagi betapa licinnya surface highway tu bila hujan. Hal-hal safety inilah buat dia tak berapa teruja.
Well... kita tengok ajelah macamana nanti. Suzuki APV ke, Toyota Innova ke, Nissan Serena ke, Proton Exora ke, Perodua MPV ke, Fort Transit ke. Apapun, memang kena cari MPV sebiji.
Until later...
Tuesday, April 21, 2009
Proton Exora...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NAZa KIA RONDO ok juga bah! (Naza Citra II)-Fiz
ReplyDeleteeh lupa lak Si Rondo tu ek! Tapi kalau ada 2 bijik yang sama, tak exclusive ler pulak he he..
ReplyDelete