Thursday, January 3, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...1

Pokok berdaun merah di Batu Pahat? Bukan... itu lampu. Kena tunggu malam baru boleh nampak  keindahannya...
Alhamdulillah... kita dah pun masuk ke tahun baru 2013. Alhamdulillah jugak kitaorang selamat sampai semula ke Doha pada malam tahun baru lepas lebih kurang 3 minggu bercuti di Batu Pahat...

Alhamdulillah... dapat jumpa Mak Abah, adik-adik perempuan Fiz, Noora dan anak-anak sedara. Walaupun jumpanya sekejap-sekejap aje. Adik lelaki tak berkesempatan. Dia balik ke Batu Pahat, kitaorang pulak ke Kuala Lumpur. Aiyoo.. miscommunication...

Meh tengok gambar dan baca cerita sekitar bercuti kat Batu Pahat. Cerita tak mengikut turutan masa tapi ikut turutan suka kita yang mana nak cerita dulu...
Budak bertiga duduk dengan Tok Abahnya...
Ini ialah Majlis Berkhatam Al Quran anak-anak murid Mak Abah yang berlangsung pada hari Isnin 24hb Disember 2012. Alhamdulillah... lima orang anak-anak ni dah selamat berkhatam. Majlis ditanggung dan diurus sepenuhnya oleh ibubapa diaorang. Cuma tumpang rumah aje...

Selepas beri sikit kata-kata aluan dan terima kasih, Abah menjemput Tuan Haji Saleh Saidi untuk memberi ucapan pulak. Beliau ialah Penyelia Guru-guru Al Quran Batu Pahat. Besar hati Mak dan Abah Tuan Haji Saleh Saidi dapat datang. Dia sebenarnya bercuti sakit untuk rawatan kanser. MasyaAllah... dipandang-pandang macam orang tak sakit...

Lepas tu Mak pulak beri sedikit ucapan dan mengumumkan bahawa diaorang tak dapat lagi menerima anak-anak kecik sebagai murid baru. Umur dah meningkat... dah tak larat. Maksudnya anak-anak murid yang ada ni ialah the last batch. Tapi bekas anak-anak murid dan anak-anak murid dewasa dialu-alukan...

Yang kelakarnya... lepas majlis habis... seorang ibu mendekati Mak dan mohon anak-anaknya diambil sebagai anak murid. Tak sampai hati nak menolak... apatah lagi budak-budak tu ialah cucu jiran yang sangat dekat dan anak kepada bekas anak murid diaorang jugak. Terima jugaklah akhirnya... 
Bekas anak murid yang berbaju hijau kat gambar paling atas tu sudah pun menjadi Guru Al Quran...
Keluarga bersama anak-anak mereka yang berkhatam Al Quran hari tu. Alhamdulillah... ada antara diaorang yang mendapat markah tertinggi dalam Ujian Tasmik iaitu ujian untuk mendapat Sijil Al Quran yang diiktiraf dari Majlis Agama Islam Johor.

Ada jugak yang dapat 8A dalam PMR yang lepas. Haaaiii... sejuk hati ibubapa masing-masing. Untuk pengetahuan... ibubapa yang dalam gambor tu pun tengah sedang belajar mengaji dengan Mak Abah...

Dah hampir lebih 20 tahun Mak Abah mengajar Al Quran. Mengajar dan jugak belajar. Mula belajar dengan guru-guru Al Quran sekitar Batu Pahat dan mendapatkan Tauliah Guru Mengaji Al Quran.

Kemudian diaorang melangkah lebih jauh. Dengan semangat belajar yang sangat tinggi... diaorang sanggup berulang setiap hujung minggu selama bertahun-tahun untuk Pengajian Al Quran di Universiti Malaya. Alhamdulillah... diaorang berkonvo ambik Diploma...

Lepas tu bertahun pulak berulang 2 kali seminggu ke Pontian dan Johor Bahru untuk mengambil Sanad Al Quran. Alhamdulillah... Mak Abah dah pun terima Sijil Sanad diaorang baru-baru ni.  Kita sangat-sangatlah impressed melihatkan Sijil Sanad yang berhelai-helai panjangnya tu...

Cuma ada kesedihan tentang hakikat tak ada seorang pun anak-anak dan cucu-cucu Mak Abah yang dapat menikmati kelebihan ilmu-ilmu baru diaorang. (Masa kitaorang adik-beradik khatam dulu... masih dengan cara pembacaan yang lama...) Ish... nak cerita pun terasa sebak. Anak-anak dan cucu-cucu semuanya duduk jauh belaka...
Gambar di majlis semasa menikmati hidangan...
Apapun... kita rasa syukur dengan semangat Hannan yang membakar bila dia tengok budak-budak sebaya dia dah khatam. Idea, cabaran dah dilontarkan dan dipersetujui cuma belum sempat story dengan Babahnya... so... itu lain kali cerita la ek...

Sehari sebelum majlis ni... kitaorang sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian Abang Sobirin, isteri dan anak-anaknya dalam kemalangan di Kemaman, Terengganu. Abang Sobirin ialah sepupu kita, anak Mak Mah kakak Abah... kawan bermain masa kecik-kecik dulu. Masa kecik-kecik sangat la dulu... masuk belasan tahun... dah segan nak berbual-bual. 

Jenazah mereka sekeluarga selamat dikebumikan di Bagan, Batu Pahat. Semoga mereka sekeluarga bersama orang yang beriman dan sentiasa mendapat Rahmat Allah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un... 

Until later...

6 comments:

  1. kagum dengan semangat dan kegigihan mak dan ayah huda. setelah "tersedar" dari lamunan, saya ingat saya sudah terlalu tua untuk mengejar ilmu dengan baki usia yang ada. rupa-rupanya ada lagi mereka yang berilmu dan lebih tua usia, tak jemu2 belajar. mudah2an saya dapat contohi keazaman mereka ber2.

    p.s alfatihah untuk arwah sobirin dan keluarganya

    ReplyDelete
  2. Kita apatah lagi Anim... kagum dan segan bertimpa-timpa. Diri kita dan anak-anak begitu banyak kekurangan kalau dibanding dengan anak-anak didik Mak Abah...

    Alhamdulillah... setakat ni anak-anak dan Cik Abang dah dapat guru yang bagus. Semoga Allah kekalkan kitaorang di bumi Doha ni supaya diaorang tak perlu lagi bertukar-tukar guru... dapat berkhatam Al Quran dengan bacaan dan tajwid yang bagus. Cuma kita aje yang masih mencari-cari...

    Tapi InsyaaAllah... matlamat yang baik akan mendapat kemudahan dari Allah...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak...balik bercuti 3 minggu tu..bestnya dpt jumpa keluarga tersayang. saya..insyaAllah akan balik malaysia bulan ni, tapi balik sorang je, cik abg hanya balik time raya puasa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Alhamdulillah, semana yang boleh, sama-samalah kita ikhtiarkan untuk balik kampung...

      Delete
  4. saya nak mintak izin untuk link kan blog kak huda ke blog saya. banyak entry kak huda yang saya nak kongsikan dengan kawan-kawan kat malaysia.

    blog saya tu masih hijau lagi...hehee...

    mohon kak huda izinkan yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemputlah link mana-mana yang sesuai dan beri kebaikan. Yang merapu-rapu tu toksah la yea... hehehe...

      Segan la pulak... blog Akak ni pun bukannya bagus mana pun...

      Delete