Monday, April 30, 2012

April dan Bingka Jagung...

Sejak akhir-akhir ni... asyik kerja buat bingka aje. Bingka Ubi dan Bingka Jagung. Lepas tu cuba pulak buat Bingka Susu dan Talam Ubi... fail tahap F++... hahaha... Resepi tak mengena, sabor ajelah...

Tapi biasalah tu, bila cuba-mencuba ni... Ada yang jadi, ada yang tidak. Kali pertama buat bingka ni, barang tak berapa cukup. Jagung adalah dalam tiga suku tin, tepung kastard cuma dapat suku cawan aje. Maka dengan sesuka hatinya kita campurkan tepung jagung untuk mencukupkan sukatan. Sungguh gitu, semua kata sedap. Jadi bila buat semula dengan sukatan bahan yang cukup... mmmmm... lagiiiii sedap!

Resepi dari Chef Hanieliza. 

Bingka Jagung...

1 cwn susu cair / susu UHT
1 1/2 cwn air
2 biji telur
1/2 sdbsr esen vanilla
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung kastard
1 tin besar jagung krim
3/4 cwn gula
3 sdbsr mentega cair
secubit garam

Panaskan oven kepada 180C dan sapukan minyak pada loyang.
Cara asal ialah hanya masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata.
Tapi kita lebih suka buat macam ni...
Campurkan susu, air, telur, vanilla, garam dan kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard, jagung krim, gula dan mentega cair.
Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Bakar dalam oven selama 1 jam.
Guna api bahagian atas pada 10 minit terakhir untuk dapatkan kesan bakar yang cantik.
Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Esen vanilla dan garam tu kita yang tambah sendiri. Rasa tak lengkap bila letak telur tapi tak letak esen vanilla. Garam pulak pemangkin rasa. Ini gambar bingka sebaik saja keluar dari oven.. kembang dan tinggi. Bila dah sejuk... kuihnya turun. Jangan risau... rasa kuihnya tetap mantap... Insya-Allah...
Nak buat lagi dan lagi...

Until later...

Monday, April 23, 2012

April dan Pisang Muda Masak Lemak...

Macam biasalah, bila hujung minggu mestilah pergi membeli barang-barang dapur. Masa berpusing-pusing kat bahagian sayur-sayuran, ternampaklah pisang muda. Ramai pulak yang membelinya. Orang India beli, orang Filipina pun beli jugak. Hmm.. menarik jugak ni. Tanya kat Cik Abang, nak makan lauk pisang muda? Dia kata okeh... jadi kita sambarlah sesikat kecik.

Jalan-jalan dalam dunia internet, kita jumpa bermacam-macam cara untuk masak lauk ni. Ada yang sangat simple.. cuma santan,  kunyit dan cili padi. Ada yang banyak rencah, siap guna daun kunyit, kerisik dan buah keras. Ada yang tumis rencahnya, ada yang tidak. Ada yang rebus dulu dan buang airnya, ada yang tidak. Jadinya memandai-mandailah kita menggodeh. Alhamdulillah... hasilnya tidak menghampakan...

Pisang Muda Masak Lemak...

1 sikat pisang muda (dlm 10 biji yg kecil)
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
6 biji cili padi
1/2 sdbsr serbuk kunyit
sedikit ikan bilis
sedikit udang kering
3 sdbsr kelapa parut
1/2 sdbsr ketumbar
1/2 sdteh jintan putih
1 btg serai
3 kpg asam keping
2 cwn air
1 cwn santan pekat
garam secukup rasa


Kupas bahagian kulit pisang yang berwarna hijau. Potong pisang kepada dua dan rendamkan dalam air garam.
Sangai kelapa parut, ketumbar dan jintan putih hingga garing.
Dengan sedikit air di dalam pengisar, kisarkan kelapa parut, ketumbar dan jintan putih yang disangai tadi.
Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan udang kering.
Kisarkan kesemuanya hingga benar-benar halus.
Tumiskan rencah kisar tadi bersama sedikit garam, serbuk kunyit, asam keping dan serai yang diketuk.
Tumiskan hingga naik minyak. Tuangkan 2 cawan air, masukkan pisang dan reneh hingga pisang empuk.
Masukkan santan kelapa dan didihkan sebentar. Sesuaikan rasa masam dan masin. Siap untuk dihidang.

Sebahagian bahan-bahan yang digunakan. Stok ikan bilis dari Malaysia dah habis. Ini kali pertama gunakan ikan bilis dari Sri Langka. Ikan bilisnya agak liat. Tak boleh dikopek dua macam yang kita biasa guna. Tapi sedap jugaklah rasanya. Bolehlah setakat nak buat rencah masakan. Cuma agak tak sesuai kot kalau dibuat Sambal Tumis.

Perasan tak kita sangai kelapa dengan rempah dan kisarkan terus dengan bahan-bahan lain? Haa kengkawan... itulah short-cut namanya. Asalkan dapat rasa-rasa kerisik kat kuah...

Until later...
Yang ini dimasak pada 12.5.12. Kali ni kita rebus dulu pisangnya sampai empuk dengan sedikit garam. Kesemua rencah - kecuali asam keping, kita kisarkan bersama kemudian masukkan ke dalam rebusan tanpa ditumis. Tambahkan santan pekat dan renehkan sekejap. Kita jugak gunakan cili padi yang berwarna merah sebab itulah warna kuah lebih kuning dari yang dulu...

Thursday, April 19, 2012

April dan Ikan Kerapu Masak Sambal...

Untuk pengetahuan semua... kat sini Ikan Kerapu dipanggil Hamour. Hari Jumaat lepas Cik Abang ke pasar, nampak ikan ni segar-segar. Dia pilih 2 ekor yang beratnya hampir 2kg. Kemudian penjual tu tambah lagi seekor kecik untuk cukupkan timbangan. Lepas tu ditambahnya lagi seekor bersaiz lebih kurang sama. Cik Abang kata cukuplah tu... dia nak 2kg aje.

Tapi yang peliknya, penjual tu campakkan lagi seekor kat dalam beg. Laaa... sudah... Cik Abang cuba kira-kira berapalah agaknya dia kena bayar. Sebab yang 3 ekor extra tu boleh capai berat 1 1/4kg... Maha suci Allah nak bagi rezeki. Penjual mintak harga 2kg aje. Alhamdulillah...

Jadi Selasa lepas kita goreng 3 ekor ikan percuma tu dan sirakan dengan sambal tumis. Alhamdulillah... sedapnya... Meh goreng ikan!

Ikan Kerapu Masak Sambal...

3 ekor ikan kerapu (400g seekor)
3 biji bawang besar saiz sederhana
4 ulas bawang putih
1 cwn lada kisar
2" halia
1" lengkuas
1 btg serai
3 keping asam keping
garam, gula secukup rasa

Rencah untuk ikan : serbuk kunyit, garam, sedikit serbuk lada hitam dan lada putih

Sapukan rata kesemua rencah pada ikan. Goreng hingga garing dan ketepikan.

Panaskan minyak yang secukupnya. Tumiskan lada kisar dan asam keping hingga naik minyak.
2 biji bawang besar dikisar bersama bawang putih dan halia. Ketuk lengkuas dan serai.
1 biji bawang besar dihiris kasar. Masukkan kesemuanya kedalam tumisan dengan sedikit garam dan gula.
Sesuaikan rasa masam, masin dan manis. Renehkan sambal hingga ia benar-benar masak.
Sendukkan sambal  ke atas pinggan, letakkan ikan dan sendukkan lagi sambal ke atasnya.
Siap untuk dihidang.

Yang ini edisi Ikan Tenggiri atau King Fish . Kalau dengan ikan ni, kita lebih suka gaulkan aje terus dengan sambal tumis sebelum menghidang...
Jemput makan...

Until later...

Tuesday, April 17, 2012

April dan Apam Balik...

Apasal tajuk asyik-asyik letak April kat depan? Alaaa saja-saja... Dah alang-alang kata bulan April ni istimewa, nak jugak letak nama dia kat tiap-tiap tajuk entry... hahaha... Untuk bulan ni aje... bulan depan dah tak buat dah...
Ini dia entry masak-masak setelah sekian lama... Apam Balik.

Kali pertama buat sendiri Apam Balik ialah masa dapat resipi dari kawan kita Mala. Taklah serius sangat nak buat pun sebab masa duduk kat Brunei kan selalu dapat balik ke Batu Pahat. Dapatlah terjah Apam Balik makcik-makcik kat depan The Store Batu Pahat yang memang the best tu...

Tapi bila dah duduk sini... terpaksalah gigihkan diri untuk membuatnya semula. Disebabkan kita nak jugak dapatkan apam yang macam makcik-makcik tu punya... maka kita pun bereksperimen lagi. Akhirnya dengan gabungan resipi Mala  dan Nita Sudipkayu, inilah resipi yang terhasil...

Apam Balik...

2 1/2 cwn tepung
1/2 cwn gula
1/2 sdbsr baking powder
1/2 sdbsr bicabonate of soda
2 cwn susu
1 biji telur
1/2 sdbsr esen vanilla
1 sdbsr minyak jagung / minyak masak

Kacang goreng yang dikisar
Gula dan jagung berkrim secukupnya

Gaulkan tepung, gula, baking powder dan bicarbonate of soda.
Pecahkan telur kedalam mangkuk lain.
Masukkan susu, esen vanilla dan minyak.
Pukul dengan garpu sehingga kesemuanya sebati.
Tuangkan ke dalam tepung dan gaul rata.
**Peram selama 45min - 1 jam untuk kegebuan maksima.
Panaskan kuali non-stick. Gunakan api kecil.
Tuangkan secawan adunan ke dalam kuali.
Tunggu sehingga adunan naik dan berlubang .
Taburkan gula, kacang goreng dan jagung berkrim.
Dengan hati-hati lipatkan apam dan angkat.
Gunakan tisu dapur untuk membersihkan kuali.
Ulang hingga adunan habis. Siap untuk dihidang.

Yang penting... adunan mestilah diperam dulu. Barulah Apam Balik naik dengan cantik bila dimasak. Bila dah siap, lembut dan gebunya tetap bertahan walaupun dah sejuk... Insya-Allah...

Until later...

p/s Kalau kuali terlebih panas, terkeraklah sikit kulit apam tu. Bila kualinya panas ngam-ngam, cantik dan muluslah jadinya. Cuma sabar tak sabar ajelah sebab kena menunggu lama...

Monday, April 16, 2012

April dan Musim Panas...

Musim panas dah kembali. Walaupun suhunya masih belum sepanas mana tapi dah mulalah terasa ni... Dalam rumah dah mula mencari air-con. Stokin tak perlu pakai, baju dah tak perlu berlapis-lapis. Minyak masak dah tak beku dalam botol. Subuh 3.50pg... awalnyeer... hehehe...

Alhamdulillah... lepas lebih 2 bulan sakit, Haniis dah sihat. Dah hilang dah bunyi-bunyian dalam dada dia. Dah berselera nak makan, jadi badan dia yang susut tu dah pun mula nak berisi balik.
Gambar ni diambik 13.3.2012. Ini pun dia dah mula susut sebenarnya...
Gambar ni diambik 13.4.2012. Kurus betul Haniis kan? Pipi terus membujur dah. Sayu tau tengok dia masa ni. Bila dukung, rasa ringaaan sangat badan dia. Tapi dua-tiga hari ni dia dah betul-betul berselera. Insya-Allah... tak lama lagi tembam baliklah budak kecik ni... Paling gembira tengok dia dah mula bergurau dan ketawa dengan kitaorang semua.

Awal bulan April ni dua rakan seperjuangan di Brunei dah selamat berpindah ke Timur Tengah ni. Ina dan keluarga ke Doha, Qatar. Mala dan keluarga ke Musqat, Oman. Alhamdulillah... rezeki Allah nak bagi.

Ini pulak gambar ambik-ambik feel eksperimen kat dapur...
Roti berinti Cream Cheese untuk bekal sekolah budak-budak dan Roti berinti Kelapa untuk bekal Cik Abang...
Ikan Kerapu Bakar. Masih lagi rasa Melayu, belum dapat rasa Timur Tengah. Nak kena eksperimen lagi...
Ini dah tak payah eksperimen dah. Labu Masak Lemak... new favourite... 

Best kan tengok gambar makanan? Lagilah bila tengah mengganti puasa macam kita hari ni... hahaha... Alhamdulillah, harini yang terakhir. Hannan masih berbaki 2 hari. Insya-Allah... boleh selesai sebelum Ramadhan menyapa...

Until later...

Wednesday, April 11, 2012

April dan Abaya...

Mintak maaf ler kat kengkawan yang ter"hek eleh" dengan entry sebelum ni. Tajuk punyalah gempak... isi ciput! Hahaha... maaf la yea... Memang pun ingat nak bersentimental lebih-lebih sikit, tapi dah Si Kenit tu potong jalan... terpaksalah potong entry.

Haritu kita cakap laptop kita bateri kaput kan? Dekat 2 minggu kitaorang mencuba-cuba... tapi benda ni tak mau jugak "on". Semalam akhirnya, Cik Abang dapatlah jugak meluangkan masa untuk ke pusat bandar. Kiranya nak cari sparepart kat kedai yang harganya termampu nak dibayar la kan... Dah sampai kedai... bukaklah cerita begitu-begini. Orang tu kata, "Ok, let's see.."

Dia pun cucuk plug kat soket, cucuk charger kat laptop dan dengan semulajadinya lampu bateri terus menyala. Haaaa...? Wat? Wat? Hapa kehal? Sudahnya... tutup mulut, tepuk dahi, urut dada. Sabor ajelah... Tak retilah nak cakap apa lagi dah! Sabor ajelah tau!

Dah sekejap aje kat kedai komputer... dapatlah lebih sikit masa untuk meround kat Souq Al Asiery... dengan tujuan khas nak mencari abaya. Terpaksa (!) mencari abaya (!)  Hahaha... itu laa... yang gatal sangat mulut pegi tanya Cik Abang tu sape suruh? Dahlah tu... boleh silap pulak menyusun ayat. Kan dah kena... haa padan muka! Apa cerita? Macam ni...

Haritu kita tanya kat Cik Abang,"Balik cuti nanti, nak pakai baju apa ek?" Ini dengan maksud... kita nak ler beli beberapa helai baju baru untuk perjalanan balik Malaysia bulan Jun nanti. Yelah... baju-baju yang ada tu kan semua yang dah dipakai sejak duduk Brunei lagi. Dah lama dah tuu... rasa-rasa macam nak tukar gaya la ni...

Tapi siapa sangka dia jawab, "Abaya kan ada.." Maka perbualan seterusnya berbunyi lebih kurang macam ni...

"Hoh? Nak pakai abaya ke?" "Pakailah... cantik apa..." "Eaii... abaya ke? Ish... alaa... nak pakai abaya ke kat Malaysia? Bukan apa... kalau kat sini, takde apa-apa hari-hari pakai abaya. Dah cara orang kat sini pakai gini. Tapi kat sana, ada certain perception pada orang yang pakai abaya ni... kang orang salah-faham pulak. Pakai long blouse dengan seluar panjang aje laa... Takpun long dress pun ok apa..." "Itu... been there, done that. Tu semua gaya-gaya dah pakai dah dulu." "Habis tu?" "Pakai ajelah abaya..." "Aaaa... hitaaaammm!" "Oklah tu... carik yang ada kaler-kaler sikit la..."

Selepas beberapa minit, "Ada bajet?" "Beli jee.."

Haaa kau! 3 helai kita pulun tempah petang tu... muahahaha... Ni nak ngendeng lagi, dapat selai-dua lagi pun best gak ni... muahahaha... Nak bini cantik kan... eh... nak bini pakai abaya cantik kan... muahahaha... hambikk...

Jadiknya, moral of the story... lepas ni... bila korang nampak kita enter frame dengan black abaya... faham-faham ler backstorynya yea... Ni kita dah cerita awal-awal ni, jangan ler tanya kita soalan-soalan yang kita tak terjawab yea kengkawan sekelian...

Kalau teringin nak tengok abaya gaya Qatar, cuba tengok kat sini - butikkunangkunang.blogspot.com. Original gaya Qatar...

Ok, dah malam. Baju sekolah budak-budak belum gosok...

Until later...

Tuesday, April 3, 2012

Bulan April yang Istimewa...

Hehehe... saje kasik best punya tajuk. Maklum ler dah lama tak mengepost kan? kan? Terus-terang cakap... dua hari lepas entry terakhir tu... kita dah siap-siap dah edit gambar untuk letak resipi... tapi battery laptop tu pulak boleh kaput. Dah tak boleh nak on laptop... mana gaya nak update resipi? Gambor semua kat dalam tu...

Campur pulak dengan hal budak-budak nak periksa dan Si Haniis yang tak baik-baik sakitnya... memang tak sempat berganti ler bateri. Kita ni bukan ada roda, ada lesen... semua nak kena tunggu Cik Abang. Jadi sabor ajelah menunggu yea... dan yea... kini masih lagi menunggu... ini guna laptop Hannan.

Halllaa budak... memang tak kasik chan Ibu dia nak lama-lama ngonline. Dah bertenggek atas perut ni haa... camne nak menaip? Apa-apa pun... anak kenalah di dahulukan...

Until later...