Sunday, February 5, 2012

Imam Bayildi...


Imam Bayildi maksudnya Imam Pengsan. Iyaa...betul... itulah namanya.

Kenapa Imam Pengsan? Ceritanya ada bermacam-macam versi. Ada yang kata dia pengsan dek kerana terserlahnya keenakan terung dan minyak zaitun dalam masakan ni. Ada yang kata dia pengsan sebab isteri dia beritahu... 12 tong besar minyak zaitun hadiah perkahwinan diaorang tu dah habis dah diguna semua. Tapi apapun sebabnya... yang penting... semasa dia merasa lauk ni, dia pengsan. Jadi bertukarlah nama lauk ni menjadi Imam Pengsan...

Kali pertama kita dengar resipi Turki ni ialah masa menonton rancangan Bobby Chin - Middle East. Takde teringin sangat nak buat pun... buat Terung Goreng Berlada lagi sedap... hehehe... tapi bila kebetulan terjumpa resipinya dalam buku memasak souvernir dari Sharjah... maka mencubalah jugak.

Alhamdulillah... tak pengsan. Meh cuba!

Imam Bayildi...

4 biji terung saiz sederhana
3 biji tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/4 cwn daun ketumbar & daun dill dihiris
1 biji lemon
minyak zaitun
garam & gula
serbuk lada putih & chilie flakes

Bersihkan terung dan lap kering.
Kupas sedikit kulit terung berselang jalur.
Panaskan minyak zaitun dan goreng terung sekadar rata.
Angkat dan biarkan sejuk sikit.

Kupas kulit tomato, buangkan biji dan potong dadu.
Potong dadu bawang besar dan cincang bawang putih.
Gaulkan kesemuanya bersama daun ketumbar, daun dill, secubit garam, sedikit serbuk lada putih, sedikit chillie flakes dan sesudu besar minyak zaitun.

Panaskan oven kepada 200C / Gas Mark 7.
Lengserkan sedikit minyak zaitun pada bekas tahan oven.
Susunkan terung di dalamnya.
Belahkan bahagian tengah terung, dan buatkan bukaan.
Tabur secubit garam dan tuangkan 1 sudu teh minyak zaitun ke dalam bukaan.
Masukkan tomato tadi dan taburkan secubit gula ke atasnya.
Panggang selama 20 minit. Perahkan lemon dan hidang.

Serbuk lada putih dan chilie flakes tu kita yang saja-saja tambah. Tekak melayu kak ooii... mesti nak rasa pedas sikit. Cara asal memasaknya ialah dengan mereneh 1 jam di dalam kuali. Kita guna cara ni kali pertama tapi terung jadi terlalu lembik. Nak angkat ke pinggan punyalah payah dan entahlah... pada kita, rasa jadi macam mamek sangat.

Jadi kita ubahlah sikit. Dengan memanggang... rasa terung dan intinya tetap terserlah. Warna sayur tetap segar. Tak perlu tunggu lama dan boleh terus hidang dalam bekas memasaknya.

Until later...

1 comment: