Wednesday, August 11, 2010

Rojak 4T dan Sambal Kicap...

Emmm... Rojak 4T yang dah disimbah Sambal Kicap...

Nama betulnya ialah Rojak Tahu, tapi kita lebih suka panggil Rojak 4T sebab bahan-bahannya semua bermula dengan huruf T iaitu Timun, Tauge, Tahu dan Tempe. Rojak yang paling mudah nak buat.

Kuahnya pulak hanyalah Sambal Kicap. Sambal yang memang sentiasa ada dalam peti sejuk kita. Maklumlah, orang Johor... mana boleh berenggang dengan Sambal Kicap.

Makan pisang goreng ke, keledek goreng ke, keladi goreng ke, ubi goreng ke, sukun goreng ke... mesti nak mencicah Sambal Kicap.

Kalau makan Soto atau Sup Tulang ke... lagi banyak dan lagi pedas Sambal Kicapnya, laaagi sedap! Haaa... meh cuba. Boleh buat juadah berbuka harini.

Rojak 4T

4 keping Tahu
4 keping Tempe
1 mangkuk Tauge
1 biji Timun

Timun dihiris mancis. Kalau tak tau macamana, tengok kat gambar bawah...

Hiriskan bulat-bulat dulu dan susunkan. Kemudian hiriskan memanjang. Jadilah rupanya macam batang mancis...

Letakkan ke dalam piring hidangan.
Tauge dicelur sebentar. Toskan dan letakkan di atas timun tadi.
Tahu dan tempe digoreng. Hiriskan ikut gaya kesukaan sendiri.
Taburkan kedua-duanya keatas timun dan tauge.
Hidangkan bersama Sambal Kicap.

Sambal Kicap

10 biji lada cili
1 ulas bawang putih
1 sdbsr gula
1/2 cwn kicap masin
2 sudu besar cuka

Kisarkan kesemuanya di dalam blender. Siap!

Untuk pengetahuan, ini ialah cara asasnya sahaja. Ada yang suka campurkan kacang goreng tumbuk. Ada jugak yang campurkan sedikit petis dan gunakan gula merah. Ada juga yang lebih suka gunakan perahan air limau kasturi atau limau nipis menggantikan cuka. Nak lebihkan gula pun ok. Ikutlah selera masing-masing.

Kalau ada lebih, jangan buang dulu. Disebabkan ada cuka atau air limau, sambal ni boleh bertahan lama kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi simpan, lagi sedap!

Katalah taknak buat banyak-banyak, setakat nak buat cicah-cicah goreng-gorengan, tumbukkan saja cili dan bawang putih tu. Kemudian baru gaulkan bersama kicap, gula, cuka atau perahan limau.

Orang tua-tua dulu ajar, masa menumbuk cili, biarkan 1 atau 2 biji cili tu bertangkai. Bawang putih pun tumbukkan aje tanpa buang kulitnya. Kenapa? Kita pun tak berapa pasti tapi macam pernah sipi-sipi telinga mendengar... jadi ubat. Supaya perut tu takdelah sakit bila dah makan sambal banyak-banyak...hehehe... Betul atau tidak, Wallahua'lam...

Jemput makan...

Until later...

2 comments:

  1. betul3...sambal kicap mmg tak lekang ngan org johor.huda johor belah mana yer....

    ReplyDelete
  2. kita org Batu Pahat... kat Pt Besar, Jln Kluang...

    ReplyDelete