Sunday, August 22, 2010

Mini Popia Jejari Ketam...

Mini Popia Jejari Ketam...

Pembuka puasa hari ini. Resepi ni kita dapat dari kawan kita Mala. Dia pulak ambil dari Buku Masakan Kuih Muih Minum Petang oleh Chef Hanieliza.

Kalau nak tengok resepi asal, klik kat sini. Resipi kita ni ada ubah-ubah sikit, biasala tu... Walaupun begitu, Alhamdulillah... tetap menjadi!

Mini Popia Jejari Ketam

50 keping kulit popia 5"x5"
25 batang jejari ketam
1 cwn lobak merah dihiris mancis
1 cwn sengkuang dihiris mancis
1/2 cwn bawang goreng
sedikit garam & aji-shio

Leraikan kulit popia. Jejari ketam dipotong dua.
Gaulkan lobak merah, sengkuang, bawang goreng yang diramas bersama garam dan aji-shio secukup rasa.
Bungkuskan jejari ketam dan inti sayuran ke dalam kulit popia seperti biasa.
Goreng hingga kekuningan. Angkat dan hidang.

Memang muai kalau dibuat saiz mini macam ni. Bolehlah dihulur sepiring kat jiran sebelah yea... Memanjang-manjangkan rezeki di bulan Ramadhan ni, banyak pahalanya, Insya-Allah.

Until later...

2 comments:

  1. Ni mcm best je kalau buat. Rasanya bahan dah ada di rumah. Hehehee..tapi sebab ada kelas, maybe kena tunggu Khamis la baru dpt try.

    ReplyDelete
  2. Memang sedap... sekejap aje licin. Yang best tu, takyah tumis2 intinya dulu. Potong, bungkus, goreng, siap!
    Dan Along, semoga tekad semangat sambung belajar terus teguh hingga ke akhirnya... respek you!

    ReplyDelete