Sunday, May 3, 2009
Makan Sedap... Soto, Pasar Seria
Hari Isnin lepas, Linda bawak kita dan Oni pergi sarapan Soto di Pasar Seria. Lagi satu tempat yang kita tak tau wujud walau dah bertahun berulang ke Tamu Jumaat & Sabtu di Pasar Seria. Takpe... pepatah berkata, better late than never.
Sebagai orang Johor yang memang sinonim dengan masakan Soto, kita boleh kata masakannya tidak mengecewakan.
Cuma jangan keliru. Bagi orang Johor dan orang Semenanjung Malaysia amnya, Soto tu isinya Nasi Himpit. Dihidang bersama Bergedil dan Sambal Kicap.
Tapi sebelah sini, Soto tu isinya Mee Hoon. Dihidang bersama telur rebus dan sambalnya dibuat dari cili padi merah dikisar bersama cuka, namanya Sambal Lada Rindu. Bestkan nama?
Maka hari Rabu kita ajak Kak Salina dan pagi semalam pergi lagi dengan Cik Abang, Adeem dan Amiin. Ha ambik... bila dah pergi, sampai 3 kali seminggu he he...
Menu yang menjadi tarikan kat gerai ni ialah Sup dan Sotonya yang bermacam jenis.
Boleh pilih Soto Hati Buyah (buyah ertinya lembu) tapi yang peliknya bukan hati yang dihidangkan tapi paru lembu. ??? Jangan tanya kenapa... kita pun pelik jugak ni. Lepas tu ada Urat, Daging dan Ayam. Nak campur-campur kombinasi pun boleh.
Favourite kita ialah Sup Hati Buyah dan Urat. Masa makan dengan Kak Salina kelmarin siap bawak Sambal Kicap dari rumah. Tapi semalam kita campur aje Sambal Lada Rindu tu dengan kicap, same difference. Memang boleh pergi selalu...
Until later...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dulu tempat ni port geng2 Indon lepak sambil berkaraoke...tak tau la masih lagi ke tak.
ReplyDeleteHati buyah tu maknanya paru-paru dlm dialek melayu brunei.... Buyah tu maknanya buih. Tp bila digabungkan perkataan "hati buyah", maknanya paru-paru.. bukan lembu.
ReplyDelete