Wednesday, May 13, 2009

Fast Chicken Dish...

Mintak maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang datang sini dalam 5 hari kebelakangan ni tapi takde cerita baru.

Kita ke Semenanjung hujung minggu lepas. Ada misi yang perlu diselesaikan. Apa dia? Hmmm... ada juga berkira-kira nak bercerita tapi akhirnya ambik keputusan untuk tangguh dulu. Belum bersedia untuk berkongsi kisahnya di alam cyber ni walaupun rata-rata rakan di Panaga dah tau.

Jadi untuk harini apa persembahannya? Resipi Fast Chicken Dish.
Inspirasi dari my dear sis Fizah. Dia buatkan untuk kitaorang masa singgah rumah dia sebelum ke Langkawi kelmarin. Cik Abang dan budak-budak suka. Kita lagilah suka sebab dah jumpa satu lagi resipi yang ringkas tapi sedap!

Hari Sabtu lepas, kita tidur rumah dia. Mintak dia masakkan lagi sekali. Kali ni memang ambik ilmu habislah. Tengok sendiri kat dapur so that I'll get it right.

Resipi ni sangat sesuai untuk ibu-ibu yang kena memasak walaupun penat baru balik kerja. Ataupun bila dah buntu nak masak apa kan?

Kuncinya... beli ayam yang dah siap panggang kat supermarket. Fizah suka beli kat Tesco. Tak ingatlah samada Carrefour dan Giant pun ada jual ayam dah siap panggang ni. Mungkin ada jugak kot. Kalau kat sini, ayam kat Supa Save lah. So meh kita masak!

Fast Chicken Dish

1 ekor ayam panggang

2 biji kentang
1 biji lobak merah
1 kepala broccoli
5 keping cendawan shitake kering (direndam hingga lembut)

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit halia
Garam, Lada hitam, Minyak zaitun

Bahan-bahan mentahnya. Dalam mangkuk putih ialah bawang dan halia yang sudah dilayukan.

Potong kentang, lobak merah, broccoli dan cendawan shitake kepada bite sized pieces. Hiris bawang-bawang dan halia.

Tumiskan bawang dan halia dengan sedikit minyak zaitun hingga layu dan asingkan. Tambahkan sikit lagi minyak dan goreng kentang hingga separuh masak.

Kemudian masukkan 1/4 bawang layu tadi, sayur-sayuran dan cendawan.
Letak garam, lada hitam secukup rasa. Nak tambah serbuk perasa ayam sikit pun boleh kalau nak.

Tumis hingga sayur tiga suku masak. Maksudnya dah lembut sikit tapi masih rangup. Tutup api.

Potong-potong ayam panggang tadi. Saiz ikut suka ajelah. Susun dalam ovenproof dish.

Fizah suka tuangkan sikit minyak zaitun atas ayam supaya nanti ayamnya tak kering.
Letakkan sayur tumis tadi ke atas ayam. Akhir sekali bawang layu yang diasingkan tadi.

Masukkan dalam oven panas Gas Mark 6, 200C, 400F untuk 20-25 minit atau sehingga bawang caramelised.

Hidang bersama nasi atau pasta atau makan macam tu sahaja pun boleh. Kitaorang suka cicah dengan sambal kicap. He he... macam pelik kan? Tak kisahlah, janji sedap.

Until later...


No comments:

Post a Comment