
Dah macam jadi kemestian pulak nak mengkartun dan animate gambar birthday. Takpelah... bukan susah sangat pon.
Happy 5th Birthday Adeem. Umur dah besar dah, bila la badan kau nak besar sama Deem?
Until later...
Hari Ahad kelmarin saje aje ajak Cik Abang pergi Miri, jalan-jalan menghilangkan kebosanan.
Sempat jugaklah singgah rumah kawan Cik Abang yang baru pindah dari Shell KL ke Shell Miri. Dah petang kita pun bertolak nak balik. On the way tu ternampak showroom wakil Proton dan Cik Abang terus aje belok. Kita tengok Exora kata dia!
Apa lagi, biasalah kalau tengok kereta kat showroom. Masuk, duduk, bukak pintu, tutup pintu. Ke depan kebelakang, mana yang boleh try tu memang kita try lah. Budak-budak seronok aje.
So apa pendapat kita pasal Exora ni? Sebagai orang yang dah beberapa tahun guna MPV, not bad jugak Exora ni. Dari segi space dan look la... Bab-bab handling and driving tak boleh lagi nak cerita sebab belum drive he he...Kalau nak tau baca kat
">Link
Interior look ok, ada nampak upmarket sikit. Kalau model Hi-Line macam-macam benda ditambah banding dengan Mid-Line. Beza hanyalah dalam RM6000++. Paling menarik ialah Bluetooth handsfree connection, built-in DVD monitor dan portable Navigator. Hmmm...
Space dalam kereta ok, seating untuk 7 orang (2 + 3 + 2). My only complaint ialah untuk seat belakang cetek sangat tempat letak kakinya. Kalau budak yang duduk ok lagi, tapi kalau orang dewasa sakit la berlipat kaki, lenguh tu! Seat belakang bila dilipat dengan seat tengah, akan dapat satu ruang besar yang rata.
Apapun kiranya menarik jugaklah Exora ni. Pro and cons tu biasalah. Yelah... manalah tau kot-kot nak beli untuk kegunaan bila balik KL nanti. Kalau ikut kita, Suzuki APV yang ada sekarang ni dah ok dah.
Walaupun nampak tak berapa besar tapi ruang dalamnya cukup untuk kita sekeluarga duduk dengan selesa. Bila nak balik atau baru balik dari kampung, setakat 4 beg besar no problem. Turunkan aje satu seat belakang, lepas tu susun ajelah. Boleh tenggek stroller lagi kat atas beg.
Ada sekali tu, kitaorang dari Airport Miri terus singgah di E-Mart untuk buat grocery shopping. Ha kau... bawah-bawah seat semua penuh kita sumbat barang!
Kita memang sayang betul dengan Suzuki kita ni, rupa memang tak lawa nak banding dengan Kia Carnival kita yang dulu tapi bab kerja berat, memang kelas! Kita panggil kereta ni 'My little Gajah'! ha ha ha...
Cuma komplennya, kereta ni slim dan tinggi, bila kena angin kuat sikit, dah goyang Cik Kak! Aduuh... dah banyak kali jugak kena. Gigil badan bila rasa angin kuat sorong kereta. Oh no no no!
Ada jugak mencongak-congak untuk bawak kereta ni balik Malaysia tapi Cik Abang masih macam ragu-ragu. Dia terbayangkan perjalanan jauh KL-BP on the highway agaknya. Korang pun taulah, Malaysia punya driving style macamana kan. Kalau pun kita berhati-hati, orang lain belum tentu lagi. Belum campur lagi betapa licinnya surface highway tu bila hujan. Hal-hal safety inilah buat dia tak berapa teruja.
Well... kita tengok ajelah macamana nanti. Suzuki APV ke, Toyota Innova ke, Nissan Serena ke, Proton Exora ke, Perodua MPV ke, Fort Transit ke. Apapun, memang kena cari MPV sebiji.
Until later...
Walaupun Store Supermarket masih dapat bertahan, Fajar Supermarket terus tenggelam. Bila kedai kain Jakel (Prima Moda) bukak sebelah Carrefour, kedai-kedai kain kat Bus Stand sejuk, termasuklah Nagoya kat Summit Parade. Terpaksalah Nagoya pindah ke kompleks yang sama dengan Carrefour tu. Baru ni Gulati's pulak bukak kedai kat situ jugak. Hambik!
Kalau kitaorang kat rumah Mak Abah kat Parit Besar, shopping kat Carrefour. Lepas tu pergi Store Supermarket atau nama barunya Pacific Supemarket di Batu Pahat Mall.
Best shopping kat small town tau. Setakat baju budak-budak memang murah. Kedai baju Greenpoint dan Dyna pun ok sangat kalau setakat nak cari baju basahan (yang pakai hari-hari) untuk budak-budak.
Kalau kitaorang di rumah Mertua kat Minyak Beku, kitaorang shopping kat Summit Parade dan pasar kat oldtown Batu Pahat. Sampai kat pasar, Cik Abang mesti nak pekena Cendol dulu.
Lada kering, belacan Melaka, kopi 333, gula melaka mesti beli. Kadang-kadang laksa kering pun angkut jugak. Sekarang kedai runcit Syazwan jadi pilihan.
Bukan aje harga barang-barang ni lebih murah di Batu Pahat, yang penting kena dengan rasa tekak kita. Dulu mesti bawak balik rempah kari, kurma dan sup yang diadun kat kedai runcit Syed Ismail. Tapi sekarang tak lagi sebab saja nak tukar selera rasa. Mungkin next time balik teringin pulak siapa tau?
Abah, bila tau kitaorang nak balik, mesti dah siap-siap belikan rempah Mee Rebus & Mee Bandung Sernan. Kadang-kadang Rempah Soto pun ada.
Ada sekali, rasanya raya tahun lepas, kita angkut 6 pek tepung gandum, 1 pek margerine & 2 kilo kismis! Itu tak termasuk barang-barang dapur wajib kat atas tadi. Cik Abang geleng kepala aje ha ha ha... Senang cerita bila sampai kat Batu Pahat, memang tak panas punggung duduk rumah. Keluar masuk, keluar masuk!
Rasanya ini kisah biasa bagi orang-orang merantau jauh. Kawan-kawan kita pun sama jugak. Mesti ambik kesempatan borong bahan makanan dari tempat masing-masing. Orang Utara mesti nak cari belacan Penang, Kuah Rojak Mak Bee, Rempah Mak Siti. Kalau orang belah Kelantan Terengganu, mesti angkut keropok lekor, keropok ikan, rempah gulai Rose. Itu cuma contoh aje. List barang-barang yang diaorang angkut mesti lebih banyak lagi. Yang penting, makanan tu semuanya special dan reminds us of home.
Kepulangan kelmarin lebih istimewa sebab hajat hati nak hadiahkan satu laptop untuk Mak Abah tercapai. Advance duit kutu dan top-up sikit dengan savings. Sebenarnya hampir tak kesampaian sebab kedai-kedai yang kitaorang pergi ada aje tak kena model, harga, specs dan servisnya. Kita cakap kat Cik Abang, kalau takde jugak, memang kena KIV dululah plan. Dah tentunya esok nak fly ke Brunei.
Tapi kalau dah rezeki, akan dapat jugak macamana pun. Di Summit Parade, kiranya dah kedai paling last yang kitaorang masuk tu, ada yang menepati harga dan specsnya. Alhamdulillah...
Itupun kitaorang cuma dapat hantar pagi esoknya sebelum bertolak ke Airport Senai. Tak sempat langsung nak ajar Abah apa-apa. Maka terpaksalah Mak Abah pergi rumah Fizah semalam untuk crash course on Internet and getting online. Harapannya lepas ni lebih eratlah hubungan kami sekeluarga semuanya.
Maklumlah tak seorang pun dari kitaorang adik-beradik ada di Batu Pahat. Berapa kalilah dalam sebulan kitaorang dapat balik ke sana. Calling-calling pun tak dapat selalu. Yelah, macam kita ni, nak tunggu non-peak hours. Tapi bila dah dengan apa-apanya waktu lepas Maghrib... sampai ke tidur terus lupa nak call.
Haaa... sekarang dah online lebih senang. Kena mengakulah... kita semua sekarang ni kan memang mengadap komputer hari-hari. Kalau tak e-mail, Yahoo Messenger, takpun Facebook, siap berbloggging lagi. Lepas ni, kalau dah kebetulan Ym, boleh call Pc to Pc. Free aje... nak borak lama mana pun tak kesah kan? Takpun, tinggal aje e-mail.
Dapatlah jugak mengirim gambar-gambar cucu-cucu Mak & Abah yang jauh ni. Yelah, sejak-sejak guna Digital Camera, jarang benar mencuci gambar. Kita sendiri pun view pun kat Pc aje. Insya-Allah hajat yang baik akan menjadi kenyataan.
Until later...
Paling ngeri tengok mamat yang kasi makan buaya kat kolam besor. Beratur buaya besor-besor kat depan dia tunggu habuan. Dia relax aje. Dia cuma bawak tongkat panjang sebatang. Selamba aje tonyoh-tonyoh muka buaya, tak pun dia ketuk-ketuk kepala buaya tu dengan tongkat yang tak seberapa tu. Seriau!
Masa pergi Mardi Agrotechnology Park, harapan menggunung dapatlah kiranya makan durian ke, rambutan ke. Mana nak adanya, belum musim Cik Huda oi! Sendiri mau ingatlah kan he he...
Apapun tetap seronok dapat jalan-jalan keliling kebun yang besor. Dapatlah merasa nenas, mangga, belimbing, betik, nangka. Manis-manis belaka... yang tak manis cuma limau bali, masam-masam pahit. Hek! Pahit sampai ke tekak. Sempat beli nenas sebijik. Beratnya lebih sikit 2kg. Bila dah beli, mulalah pening pikir macamana nak bawak balik. Last-last sumbatkan dalam beg baju.
Masa dah nak balik, sempat pulak budak-budak tu main-main dengan monyet. Monyet tu pet salah seorang petugas. Ramah dan jinak. Mungkin sebab dah biasa dengan orang. Monyet tu kecik, Aarif & Adeem tak takut dan kitaorang tak cuak. Kalau monyet besar, sorry boys, no way!
On the way nak ke Pekan Kuah dari jeti, waaaah jeng jeng jeng... sebesor-besor papan tanda tulis "Idaman Suri - Tefal, Vision, Luminarc, Arcopal" ada lagi a few, tapi tak ingat. Ohh memang penuh dengan barang-barang idaman surirumah. Pakkal aje payah nak bawak naik kapalterbang.
Tu pun sempat hangkut satu Pressure Cooker untuk Mak Mertua. Dia punya tu entah raya tahun bila dah rosak habis. Memang niat nak hadiahkan dah lama. In fact dah jumpa satu yang menepati rupa dan harga. Tapi dah jumpa yang rupa dan harga lagi ngam kat sini, tekad aje beli. Sama le dengan kuali non-stick besor dengan penutup kaca untuk diri sendiri. Tekad aje. Bawak sampai ke Brunei tu. Dah guna dah pon.
Kalau ikut rasa, banyak lagi nak hangkut tapi.... saborlah diri... lain kali boleh borong lagiiiii...
Until later...
Esok harinya, sewa bot menyusuri kuala Sungai Kilim. Tengoklah tempat mana kita nak pergi dan berapa lama. Kitaorang ambik perjalanan ringkas untuk satu jam. Sewanya RM150.00 untuk menyusur sungai & kuala, pergi Gua Kelawar, lawat Fish Farm dan Eagle Feeding.
Tak jauh dari Jeti Kilim, singgah kat Gua Kelawar. Gelap dan bising dan busuk! Tak lama kat dalam tu. Budak-budak suspens, gelap le katakan. Tapi dalam pada tu sempat jugaklah tunjukkan stalactites & stalagmites dan kelawar yang bergantungan kat bumbung gua.
Kemudian sambung lagi perjalanan. Pemandangan memang cantik. Budak-budak ni pun pandai komen, diaorang kata air laut dan air sungai kat Langkawi ni cantik dan bersih. Memang betul pun. Harap it will stay that way always.
Sampai kat satu kawasan, mamat bot tu matikan enjin dan campak sisa daging ayam ke dalam air. Serentak tu melayang turun helang-helang. Banyak! Turun, cekup dan terbang semula. Berlegar-legar atas kepala. Macam tak percaya. Selalu tengok kat Discovery Channel aje, kali ni kat depan mata! MashaAllah...
Ada dua jenis helang, yang berwarna merah coklat berkepala putih (yang menjadi lambang Langkawi) dan juga berwarna putih bersayap kelabu & hitam.
Helang putih tu tak begitu banyak dan jarang turun. Pada hari tu ada seekor yang turun tapi tak dapat nak snap gambar. Tak sempat, yelah kamera tak laju... tak tertangkap speed burung ha ha ha... Hajat nak beli kamera yang best-best tu memang ada tapi budget tarak! Cik Abang belum approve budget he he... takpe, takpe I can be very patient when I want to. Eh lari topik!
Anyway, kitaorang semua memang gembira habislah tengok burung, tak nak balik! Bila mamat bot tu nak start enjin tapi nampak bot lain datang, kitaorang cakap nak stay lagi. Rasanya kitaorang bertunggu sampai 3 bot lain datang, tumpang orang lain punya show he he...
Lepas tu bot pergi round laut lepas sekitar pulau-pulau kecik. Tergelak masa kitaorang tengah meneliti satu pulau kecik yang dipanggil Pulau Kasut, tetiba dapat sms. Rupanya dah masuk roaming Thailand. Barulah mamat bot tu tunjukkan outline yang samar-samar kat belakang pulau tu ialah Thailand. Masing-masing ooooooo... ye ke...
Akhir sekali, pergi Fish Farm, well not exactly la... diaorang letak ikan-ikan dalam jaring kat tekong just for show. Kita boleh tengok aksi ikan dekat-dekat. Ikan barracuda tu garang, gigi pun tajam, bahaya kalau kena gigit. Ikan sumpit akan sumpit makanan dengan air. Ikan pari manja, cuma baik-baik jangan sampai kena libas ekor. Ikan malas pun ada, berenang pun baring aje... jangan tak percaya.
Budak-budak tak reti takut, kita pulak yang kecut perut. Pelantar tu kecik, titian cuma 3 papan lebar, cukup-cukup untuk satu orang lalu aje. Kitaorang grip lengan, kaki budak-budak punyalah kuat. Heeii... ikan besor-besor tu, naya je kalau terjatuh.
Kitaorang pun nampak banyak kapal-kapal layar berlabuh. Macam-macam nama dan dari jauh-jauh. Wow, tabik betullah kat diaorang ni. Bukan aje sebab diaorang berani berlayar lautan dunia dengan kapal layar yang tak berapa besor tu, tapi boleh pulak menampung lifestyle yang tak perlu pergi kerja ulang-alik macam kita-kita ni or in my case my Cik Abang la kan. Tapi nowadays, kerja dimana-mana pun boleh. Wired to the world kan?
Dalam perjalan balik, hujan mula turun. Berkejor budak-budak masuk bawah bumbung. Bot laju, jadi sakitlah muka ditujah hujan. Sampai Jeti Kilim dah betul-betul lebat. Lepak-lepak le kejap kat situ sementara tunggu hujan reda.
Sebenarnya ada lain-lain pakej yang lebih lama dan pergi lebih banyak tempat tapi lain kali aje la kot. Tak larat nak duduk sampai 4 jam dalam bot. Kang terboring ler pulak budak-budak tu. Ok, enjoy the pictures. Kita sambung lagi lain kali.
Until later...
Sorilah ya, gambar jadi cinonet. Untuk imej lebih besar, klik aje kat gambar tu eh!
Underwater World, walaupun kecil berbanding KLCC Aquaria dan lain-lain akuarium yang pernah kitaorang pergi tetap ada daya tarikan. Yang penting anak-anak seronok.
Cable Car~Sky Bridge dan naik bot menyusuri kuala Sungai Kilim rasanya paling seronok sekali. Tolehlah ke mana-mana pun, pemandangan cantik-cantik belaka. Kalau English tu dipanggil "Breathtaking" la...
Tak boleh nak kata apalah, memang kena mengaku, gayat semacam masa duduk dalam Cable Car. Gunung Machinchang tu punyalah tinggi, sangkut kabelnya pun dah hampir 90darjah. Sama aje kecut perutnya masa naik dengan turun.
Nak masuk ke Cable Car tu pun dah seriau. Benda tu bukannya berhenti, cuma lalu aje kat platform menunggu . Kita kena cepat-cepat selit masuk. Bila dah sampai dek kat atas tu pun sama jugak. Kena cepat-cepat langkah keluar. Takut jugak kalau-kalau tertinggal anak kan...
Apapun bila dah sampai di atas, all is worth it. Pemandangan memang cantik. Nampak laut, gunung-ganang, gaung kat bawah dek dan jambatan. Rasa macam berjalan atas angin. Langit terasa dekat betul dengan kepala. Sesekali bila angin bertiup, terasa jambatan tu bergoyang-goyang. Heeeii... crazy!
Cumanya tak larat turun-naik tangga tanah dari Dek ke Sky Bridge tu. Dah ler kecik, curam pulak tu. Aduuuh... mengah! Si Amiin macam biasa, tak nak jalan. Berdukung all the way. Lenguh kaki lenguh tangan.
Ni kalau bawak Mak Bapak yang sakit lutut, memang no go laah... Kita yang separa tua ni pun tak larat, apatah lagi yang memang dah tua. He he...
Tapi tabik kat rombongan Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik orang putih tu. Dengan badan yang besor-besor, dengan muka yang merah macam udang kena rebus, dengan peluh yang mencurah-curah, tetap jugak optimis manjat tangga! Tapi biasalah diaorang kan... memang sporting.
Hmmm... kan dah kata, kalau dah mula... memang payah nak berenti punya. Ni pun sebenarnya cerita dah memanjang ke kuala Sungai Kilim tapi kita potong dan paste kat page baru. Rasanya kita berhenti kat sini dululah ya. Esok lusa kita sambung balik cerita.
Until later...