|
Lebih dikenali dengan nama Fish Ball... |
Buat Bebola Ikan ni dah lama dah... sebelum bulan puasa tahun lepas lagi. Sebelum buat
Kefta Tagine dan
Kuih Getas. Tapi biasalah... kengkadang ada jugak cerita-cerita yang tertinggal. Macam resepi ni dan cerita budak-budak bersuka-ria kat Kidzania...
Tapi takpelah kan? Better late than never kata omputih. Buat Bebola Ikan atas permintaan Cik Abang - like normal la kan. Teringin kata dia... Oklaaa... Oklaaa... buat la nii... hehehe...
Kita pun terjahlah internet. Sengaja cari blog penulis bangsa China dari Malaysia dan Singapore. Yelah... dah tentu ini kan makanan dia. Kita jumpa resepi kat
SINI dan
SINI...
Dua blog tu ceritakan
rahsia untuk mendapatkan Bebola Ikan yang
lembut tapi menganjal bila dipicit dan melantun bila dibaling. Ia dipanggil
The Doink-Doink Factor. Kat
SINI ada video tunjuk macamana nak buat gerak rahsia itu yea... Meh cuba!
Bebola Ikan / Fish Ball...
1 kg ikan tenggiri segar
1 sdt garam
1 sdt serbuk lada putih
air secukupnya
ais secukupnya
Ikan disiang dan dibasuh bersih. Lap kering dengan tisu dapur.
Potong ikan kepada beberapa bahagian.
Kopek kulit ikan dan asingkan tulang-tulangnya
*Boleh juga belah ikan memanjang dari belakang kepala ke ekornya.
*Kemudian keruk isi ikan dengan menggunakan sudu.
Gaulkan garam dan serbuk lada putih pada isi ikan.
Gunakan pengisar kering dan kisar isi ikan.
*Boleh juga cincang isi ikan dengan pisau di atas papan pemotong kayu.
Masukkan isi ke dalam besen. Basahkan tangan dan kaup isi ikan.
Angkat dan balingkan semula ke dalam besen. Yea! Balingkan isi ikan itu!
Kaup, angkat dan balingkan isi ikan sebanyak kali yang boleh.
Buat sehingga isi ikan menjadi sebati, lembut dan licin berkilat.
Kalau tak larat, gunakan mixer dengan cangkuk untuk menguli doh.
|
Kita baling 10 kali... lepas tu lenguh. Jadi guna mixer untuk 5 minit. Kemudian baling lagi 10 kali... |
Sediakan air sejuk bercampur ais secukupnya.
Basahkan tangan dan kaup sedikit isi ikan. Genggamkan tangan.
Bebola ikan akan terhasil di ruang antara ibu jari dan jari telunjuk.
Ambil bebola ikan dengan sudu dan masukkan ke dalam air sejuk tadi.
Ulangi proses hingga habis. Rendam selama 1/2 jam.
Masukkan bebola ikan ke dalam air mendidih. Angkat apabila sudah terapung.
Sudah boleh digunakan untuk masakan atau disimpan dalam freezer.
Dah dapat tangkap rahsia untuk dapatkan The Doink-Doink Factor? Hahaha...
Acara baling-membaling itulah rahsianya. Kita rasa Bebola Ikan akan jadi lebih cantik, licin dan lembut kalau dicincang dengan pisau atas papan pemotong kayu. Ini ialah kerana urat-urat putih (tengok dalam gambar tu...) akan tercincang sama...
Paling penting... urat-urat putih tu takkan melilit pada cangkuk doh. Omak aaiii... letih nak membuangnya! Apa rasa? Lenguh bahu Kak! Hahaha... Dah tu tangan, baju, besen, pengisar, sink dapur... semuanya bau ikan. Tapi Alhamdulillah... berbaloi sebab satu keluarga dapat makan Bebola Ikan yang
sedap dan doink-doink belaka...
Lepas ni... projek Kek Ikan pulak. Apa? Fish Cake laa... Insyaa Allah...
Until later...