Tuesday, January 22, 2013

Penghujung tahun 2012 yang penuh erti...3

Bila diingat-ingat semula... malunya kita. Kemungkinan besar kita ialah pemegang rekod 'Ibu Paling Lewat' sepanjang sejarah kursus... 

Hari pertama kita lewat bangun dek melayan Si Haniis yang tak nak tidur sampailah pukul 3.00pg. Yang kita  ni boleh la pulaaaak terlelap sama lepas tu. Tahu-tahu aje dah pukul 8.30pg! Adooiii... 

Dalam pada hati berbelah-bagi nak pergi ke tidak... kita kerahkan budak-budak bersiap. Sambil-sambil kitaorang bersiap tu... cuba jugak telefon contact person NHA-Mind Secret. Yelah nak tanya macamana... boleh pergi ke... tak payah ke... boleh pulang duit ke... hehe...

Adik kita, Fiz kata, pergi aje... dia hantarkan. (Subuh tu Fiz relaks-relaks sebab ingat kitaorang dah pergi pagi-pagi naik teksi.) Waaa macam ribut! Dapat call back, diaorang pun suruh pergi aje. Kebetulan pagi tu ada sikit masalah dengan audio video... jadi diaorang pun mula lambat. Makanya budak-budak ni join kursus pkl 10.30pg...

Lepas buat late registration, dapatlah borak-borak dengan Dr. Norlee. Alhamdulillah... banyak maklumat yang kita dapat. 

Dalam pukul 11.30pg, kita mintak diri sebab nak pergi rekki jalan dan beli tiket bas balik ke BP. Untuk pengetahuan... Cik Abang dah terbang ke Qatar hari Jumaat, 21hb. Dia tak mau kita drive... jadi kenalah naik bas...
Cantik dan teratur, macam kat airport...
Kali pertama ni nak pergi Terminal Bersepadu Selatan. Dari Menara UOA naik LRT turun kat KL Sentral dan naik Komuter terus ke TBS-BTS. Sambil-sambil tu kita rekki... mana tangganya... mana lifnya... mana senangnya... mana susahnya... Beg baju besor sebijik, anak 5 orang berderet nak dibawak ni...

Lepas beli tiket... set plan dengan Fiz nak gi jalan-jalan. Jumpa semula kat Menara UOA pastu pergi KLCC. Ish... ramainya oraaaangg. Berhimpit-himpit tak boleh nak lalu. Masa menuju ke Surau untuk Solat Zohor, terbaulah bauan yang paling sedap dan wangi... ooo Garrett Popcorn rupanya...
Beli 2 pek popcorn caramel, 1 pek popcorn macadamia bersalut caramel yang sangat sedap. Nak lagi...
Inilah popcorn paling sedap (dan mungkin paling mahal) in the world... hahaha... Tak kisahlah... sesekali terlebih-lebih manis takpe la kan... Gambar ehsan Garrett Popcorn Shops Malaysia...

Pergi pulak Food Court. Aii...rombongan peminat K Pop dan drama Korea, bila ternampak kedai makanan Korea... terus ajelah mengorder. Makanan Korea ni  katanya pedas-pedas belaka. Dari jauh dah nampak merah merening warnanya... tapi kan... setakat yang dah 2-3 kali kita makan ni... takdelah rasa pedas sangat pun. Kiranya masih boleh kontrol ayulah kalau dimakan... 
Mangkuk batu punyalah berat, punyalah panas. Tarbakor lidah bila makan nasik...
Mungkin ke diaorang dah alter tahap kepedasan untuk sesuaikan dengan selera tempatan iaitu Qatar dan Malaysia? Hmm... kalau kat Qatar tahap kepedasan turun jadik 0.5 bolehlah faham. Tapi kalau kat Malaysia toksahlah. Hallamak... kitaorang ni kan makan sambal belacan, asam pedas dan gulai lemak cili padi Negeri Sembilan yang terkenal kaw-kaw punya tumbuk cili? Mungkinkah kena ke Korea jugak? Ewaah...

Keesokan paginya... haru-biru! Pagi tu teksi takde! Puas call... takde semua. Akhir-akhirnya terpaksalah Fiz dan suaminya Roy tolong hantarkan. Kemudian sepatutnya ibubapa datang semula ke tempat kursus dalam pukul 12.45tghari untuk sessi penerangan dan demonstrasi bersama anak-anak. 

Tapi aduuuhh mak aaiii... duduk depan komputer, mengadap senarai dan telefon tiap-tiap satu syarikat teksi... takde satu pun kata ada teksi! Dari pukul 11.00pg ni. Sudahnya bila dah masuk pukul 1.00ptg... terpaksalah kita call Fizah kat pejabat, mintak tolong dia balik dan ambik kitaorang. 

Akhirnya sampailah jugak kat Menara UOA dalam pukul 2.30ptg. Kita disambut dengan mata Aarif dan Adeem yang merah. Nangislah tu... Amiin ok-ok je... Takpelah Alhamdulillah... yang penting sampai...

Flight balik ke Doha pukul 2.45ptg 31hb Disember 2012. Alhamdulillah... masa sampai di KLIA haritu, adik ipar kita, Ayat dengan Mak Mertua yang datang menjemput. Sempat jugak menjenguk kakak ipar, Kak Oja yang masuk Hospital Putrajaya sebab semput yang teruk. 

Pagi 31hb tu kitaorang dah bersiap-siap sejak pukul 4.00pg. Awal sangat? Rakyat ramai kan... kang ada yang mamai laa... termenung laaa... itu-ini laaa... Kenalah bagi waktu persiapan yang cukup...
Sempat bergambar sebelum bertolak lepas Solat Subuh. Terima kasih Mak. Terima  kasih Abah...
Ayat, Mak Mertua dan Abah Mertua pun ikut sama menghantar. Alhamdulillah... Sampai di KLIA, makanlah dulu. Dalam perjalanan tak berhenti sebab takut terlewat. Dah tu adik kita, Noora dengan anak-anak dia pun sampai...
Walaupun jumpa sekejap aje, tapi bermakna...
Tengok tu... punyalah seronok. Berlari dengan girang macam kat padang...
Kali ni kita travel light. Beg-beg campur barang-barang dalam kotak cuma 88kg aje. Apasal sikit sangat? Entahlah ek? Macam takde mood sangat nak shopping-shopping lebih-lebih...
Haniis dan Tok Abahnya...
Ini gambar Abah dengan Haniis. Gambar belah kiri tu yang terbaru. Yang belah kanan tu masa balik cuti bulan Julai. Abah kata dekat 2 bulan dia tak ada selera makan sebab tekak dia rasa pahit sangat. Memang Abah tak selera langsung. Itu yang mendadak sangat turun berat badannya. Hmmm... kitaorang doakan Mak dan Abah sentiasa sejahtera... Amiin...

Until later...

2 comments:

  1. huda...balik qatar sendiri bawak 5 "handbag"? adoi... tabik2...

    p/s saya belum berkesempatan merasa makanan korea..tak taule boleh masuk tekak ke dak. suami saya pernah duduk saya 4 bulan kata tak sedap, so kami semua terkenalah tempias "psikologi" tak sedap, hihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... 2 dah ada kederat mengangkat beg dan menolak troli. 2 dah boleh jalan sendiri. Cuma 1 aje yg kena kelek. Boleh laaa...

    Anim, tekak kitaorg ok... bolehlah masuk. Tapi teringin sangat nak rasa "kepedasan" yang ori. Kuah merah dalam mangkuk kecik tu rasa mcm asam rebus je sebenarnya...

    ReplyDelete