Tuesday, January 3, 2012

Percutian Dubai-Abu Dhabi 19-25hb Dis 2011...(1)

Entry yang dah dipost 31hb terpaksa dipadam kerana sangat-sangat bermasaalah la Blogger nih. Adoi... sejak-sejak duduk Doha, macam-macam problem dengan Blogger. Kita berblog nak hilangkan sengal... bila dah macam ni... menambah-nambah sengal kepala kita pulak. Ini tawakkal aje la ni...Okey, ini cerita percutian masa cuti Semester Break dua minggu.

Sebelum ada yang keliru - Dubai, Abu Dhabi dan Sharjah ialah antara 3 negeri yang bernaung bawah nama United Arab Emirates. Matawangnya ialah Dirham.

Antara 3 negeri ni... yang paling bercita-cita tinggi ialah Dubai. Kebanyakan projek-projek mega macam Burj Al Arab, Dubai Mall, Burj Khalifa dan Ski World dalam Emirates Mall. Kitaorang mendarat kat Airport Sharjah dan sewa kereta untuk jalan-jalan ke Dubai dan Abu Dhabi.

Ini cerita Hari Pertama...

Sementara menunggu Babahnya uruskan nak menyewa kereta, budak-budak ni tak sudah-sudah berlari, bergasak, bergurau. Bila kita suruh duduk... diaorang kata bosanlah duduk-duduk. Kita kata, kalau tak nak duduk... berdiri aje. Jangan bergerak-gerak. Tapi dah nama pun budak... kita toleh sekejap aje tengok Haniis... diaorang dah bertempiar lari. Sudahnya Aarif tergolek... lepas tu pecah bibir.

Punyalah banyak darah keluar sampai bertadah kat tangan. Mujur ada wipes dalam handbag. Haa kauu... jam tu jugak kita membebel. Dah tak boleh nak sabar dah... geram betul! Dah takde modal nak bergasak... tidurlah jawapnya.

Bercuti kali ni, 3 out of 5 anak kena bawak jumpa Doktor... jangan tak percaya. Hentah apapa aje tau...



Dah on the road. Pusing-pusing jugak Sharjah ni kejap sebab pening kepala layan GPS. GPS ni pun kadang-kadang merapu jugak. Bila dah nampak signboard ni... Alhamdulillah...


Lotus Downtown Metro Apartment. 2 bilik dan serba lengkap. Sangat puas hati dengan tempat ni. Cepat-cepat solat dan lepas tu keluar cari makan. Semua dah kelaparan...



Restoran Iran tak jauh dari hotel. Order punya order... jadi banyak ni. Sedap memang sedap. Yang lapar tadi makan dah sampai  jadi kenyang. Yang lebih... bungkus - jangan segan! Jadi hidangan brunch hari lusa.



Hiasan dalamannya sangat cantik berseni...



Lepas tu terus ke Dubai Mall yang bersebelahan dengan Burj Khalifa. Lagi sekali... pusing-pusing keliling . Kadang-kadang pening jugaklah melayan Cik GPS ni... hahaha... Burj Khalifa masih pegang rekod bangunan tertinggi dunia. Ada Observation Deck kat Tingkat 124. Tiket dewasa 400 Dirham. Kalau beli online jadi 100 Dirham. Tak naik... tengok dari luar aje. Dengar cerita, kat Tingkat 158 ada Masjid. Kalau betul, itu masjid tertinggi dunia la ya... Bersolat di awangan...



Gambar istimewa untuk Mak Tok yang jahitkan baju Haniis yang cantik tu... Terima kasih Mak Tok!
Until later...

4 comments:

  1. salam huda,
    kak tak tahan tengok makanan Iran tu...menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. hahaha sabar ja la.. ingatkan hang dah tukar nama blog ke apa. berhari-hari aku klik tak keluar. akhirnya dapat jugak baca.

    ReplyDelete
  3. Salam Anim. Kiranya boleh la tekak Melayu kita ni layan...
    Mala... sebab tu la yang sejak duduk sini posting aku celam belum. Kadang-kadang langsung tak boleh masuk dashboard. Alahaaai... mungkin nak kena pindah jugak la Mala...

    ReplyDelete
  4. Tersenyum tengok gambar anak2 semua tertido. Comelnya...Si Haniis pun dah besar dah!

    ps: Bila plak kitaorang nak sampai ke Dubai-Abu Dhabi ni..?

    ReplyDelete