Tuesday, January 10, 2012

Percutian Dubai-Abu Dhabi 19-25hb Dis 2011...(2)

Dubai Mall letaknya bersebelah Burj Khalifa. Kiranya macam Suria KLCC  dengan Petronas Towers la... Yang kelakar tu...bila masuk aje ke dalam mall, hidung masing-masing kembang-kembis. Ada bau sedap yang sangat familiar tapi tak dapat nak ingat bau apa.

Sekali eh... jumpa kedai ni. Laaa... PapaRoti. Patutlah kenal sangat baunya. Budak-budak terkinja-kinja nak... dah lama tak dapat ler katakan. Harganya 11.00 Dirham sebijik. Hantam sajalah...



Ini Dubai Aquarium. Dah selalu sangat masuk akuarium jadi semua setuju lalu depan aje. Nasib baik jugak... ada kawan kata Aquaria KL lagi bagus. Sebenarnya kat dalam Dubai Mall ada macam-macam tempat permainan lain macam Sega Repulic & Kidszania. Tak masuk jugak sebab budak-budak kononnya nak main ski. Lagipun bengkok ler Babah dia kalau semua tempat nak masuk sekaligus... kan? kan?

Kitaorang tunggu malam untuk tengok Musical Fountain. Yang itu memang puas hati... Cantik... Video ni kita ambik dari YouTube. Angle bagus. Yang kitaorang punya tak berapa terang gambarnya dan bising pulak dengan suara penonton. Termasuklah penonton dari Malaysia ni ha.. Segan la...

Budak-budak nak tengok lagi sekali. Tunggu lagi setengah jam untuk show seterusnya. Tapi yang itu guna lagu irama klasik China. Lagunya terlalu gemalai... jadi koreografi tak berapa meletup macam lagu Time to Say Goodbye. Alang-alang datang jauh... biar puas.

Lepas tu kitaorang lepak kat Bookworld by Kinokuniya sampai Mall tutup. Sakan semua shopping buku. Untuk budak berempat tu 2 bijik sorang. Untuk Haniis, kita jumpa satu set (5 buku)  "Allah gave me... " dan kita sendiri ambik 4 bijik. Alhamdulillah... happy muka masing-masing malam tu...

Ini di Hari ke Kedua. Kitaorang di Jumeirah Beach. Sebelum tu, di awal paginya Cik Abang bawak Aarif jumpa Doktor untuk bibirnya yang makin bengkak tu. Bila diaorang dah balik hotel, boleh pulak si Hannan cakap telinga dia sakit dan berair. Dia tak tidur semalaman. Alaahaaii anakku... kenapa ler tak cakap... kan boleh pergi saing dengan Aarif. Bila telefon... klinik tadi dah tak mau terima lagi walk-in patient pulak. Klinik lain pun sama... last-last Hannan setuju  makan Panadol dan kitaorang teruskan perjalanan.

Burj Al Arab ada di kejauhan arah sebelah kiri. Cik Abang saja berhenti... kasi budak-budak ambik angin dan main pasir. Haniis mula-mula menjerit-jerit tak mau pijak pasir. Lepas pujuk-pujuk nak jugak dia... Budak tak biasa berkaki ayam kat tanah... Hmmm...
Kereta kitaorang parking sebelah trak ala Optimus Prime ni. Benda ni besar bukan main. Rasanya sebab tak muat nak simpan kat garage... jadi terpaksalah letak kat tepi pantai je... Besar kemungkinan tuan punya trak ni ialah orang yang duduk kat rumah besar seberang jalan tu... Agaknyalah... hahaha... Pandai-pandai aje mengandai...

Apa-apapun... siapa pun tuan punya trak... kena buat jugak garage untuk trak bagak ni. Gila apa nak sadaikan trak harga juta-juta ni kat tepi pantai macam tu?  Dimakan garam karang... mau nangis. Tapi tak taulah kalau jenis terlebih-lebih banyak sangat duit... mungkin tak hal kot...

Tak sampai 15 minit dari pantai tadi. Inilah Burj Al Arab. Hotel Bertaraf 7 Bintang. Lepas ambik gambar... semua terus masuk kereta sebab angin kuat sangat. Pasir terbang masuk ke mata.

Selepas ni... cerita di Emirates Mall - Ski Dubai, jalan-jalan di Taman Childrens' City dan penutup hari... persembahan Ikan Lumba-lumba.

Until later...


No comments:

Post a Comment